Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 1 Februari 2010

. : TAHNIAH & UCAP SELAMAT : .


Tahniah diucapkan kepada En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri kerana telah berjaya menjawat jawatan Pembantu Am Pejabat (N1) mulai 1 Februari 2010.

Beliau yang sekarang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan Sementara (S17) di Bahagian Koleksi Kedah telah menghadiri temuduga pada 12 Januari 2010, serentak dengan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan (S32) yang disaingi oleh En. Rosli b. Aziz, Ketua Bhg Koleksi Kedah, Pn. Norfardilla bt. Mohd Nor, Ketua Bhg Rujukan dan Pn. Roshida Ketua Bhg Gerakan Literasi.

Tapi result bagi jawatan S32 ini belum dikeluarkan lagi...... Agak-agak siapa yang berjaya? Haaa.... mari kita tanya pada Pak Belalang.... Wahai Ahli Nujum Negara, maklumkan kepada kami siapakah diantara mereka yang berjaya!

Ampunkan patik Tuanku, yang berjaya dalam temuduga itu ialah ......... ala... yang tu... Tuanku, yang tu... ala yang depa pakat-pakat sebut tu.... nampak tak yang goyang-goyang tu.......

Hmmm... dengar kata lagi, emak En. Faizal dah mula cari bahan-bahan nak buat Nasi Beryani, tapi Mak Cik jangan lupa cari mak baru pula pada anak En. Faizal nii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan