Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 10 Februari 2010

. : SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA 2010 : .

Tarikh : 4 - 8 Jun 2010.
Tempat : Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunus, Larkin, Johor.
Acara :
  • 4 x 100m (4 Lelaki / 4 Perempuan)
  • Bola Jaring (7 Perempuan)
  • Bola Tampar (6 Lelaki)
  • Bowling Berkumpulan (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Permainan Tradisional (VIP)
  • Rock Climbing (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Polo Air (Lelaki / Perempuan)
  • Futsal (Lelaki / Perempuan)
Tu dia Aiiih!!! hampa boleh main ka semua acara ni?.. Mak Oii... ni la bahana Malaysia tak dapat pingat kat Olimpik agaknya yang depa buat acara ni! Tapi mana la tau no, kot-kot staff PPAK yang bakal mewakili Malaysia dapat dicungkil melalui sukan atau acara yang dipertandingkan kali ini !...

Itu baru acara, tak kira kos nak pi lagi!! Mesyuarat AJK BAKEB pada 10.2.2010 dok congak-congak, nak dekat RM 500 setiap orang yang berhajat nak pergi ke sukan ni tak kira samada sebagai peserta atau penyokong! Dan mesyuarat dah menetapkan hanya 2 buah bas iaitu 80 orang sahaja yang akan menyertai, itu pun jika ada sambutan!

Amacam sanggup ke you all semua tanggung semua ni? Lu Fikir La sendiri..... Tapi, PPAK akan cuba minta bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri, manalah tau kot-kot boleh. Jadi marilah bersama-sama kita berdoa semoga barisan atlet dan penyokong mendapat sedikit sokongan kewangan bagi membiayai dan menyertai sukan ini.....

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25.2.2010. Haa..... yang nak pi cepat-cepat confirm dengan Pn. Nurina noo......kot ramai orang kalu, terlopeh la pulok!!!
Apakah kejayaan di Terengganu 2008 akan berulang?

1 ulasan:

  1. sat2 tumpang lalu..aku nak wat bisnes jgak.... 'Keropok Leko dari cendering Terengganu'1KG + Tepung+Sos= RM10 ja.nak order sila hubungi SYAKIR 012-5899914

    BalasPadam