Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 29 November 2009

QURBAN PPAK.

Pada hari Isnin, 30 November 2009, buat pertama kalinya dalam sejarah, PPAK telah mengadakan Qurban dan jamuan kepada kakitangannya sempena perayaan ini. Seekor lembu yang telah disumbangkan oleh YAB Menteri Besar Kedah telah disembelih di PD Kampong Kepala Bukit, Tobiar, Pendang.
Seramai 7 orang kakitangan PPAK telah menyertai majlis penyembelihan tersebut. Mereka terdiri daripada Tuan Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid, En. Md Kasa b. Salleh, Pn. Hasnah bt. Haji Taha, En. Mohd Nazri b. Abu Bakar, En. Yahya b. Abd Raof, En. Mohd Baser b. Othman dan En. Sasmin b. Othman. Daging Qurban tersebut kemudiannya telah diuruskan oleh Jawatankuasa PD Kampong Kepala Bukit untuk dimasak dan kemudiannya dihantar ke PPAK. ( Terima kasih kepada AJK PD Kg. Kepala Bukit yang diketuai oleh En. Khali b. Ahmad )
Di PPAK, majlis tahlil telah diadakan dengan bacaan doanya telah dipimpin oleh Tuan Haji Abd Hamid b. Ahmad, salah seorang AJK Persatuan Pesara Negeri Kedah. Turut hadir menyertai jamuan ialah YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib, Pengerusi PPAK yang tiba agak lewat kerana terikat dengan tugasan rasmi beliau di Wisma Darul Aman.
YB Dr. Haji Hamdan dengan ditemani oleh Tuan Pengarah PPAK sedang menjamu selera..
Daging yang siap dimasak ... betul-betul HOLIAU..


Sedia untuk dikorbankan...


Sembelihan telah dilakukan oleh Tuan Imam Masjid Kg. Kepala Bukit.

AJK PD Kg. Kepala Bukit sedang melapah daging.. geng PPAK cuma jadi pemerhati saja ... pakai baju kerja ... nak buat camno..




Tuan Haji Abd. Hamid sedang mengetuai bacaan tahlil.



Masa yang dinantikan ......

PESTA SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM MALAYSIA.

Pesta sukan ini akan diadakan pada bulan Mei atau Jun 2010 di Johor Baharu. Melalui mesyuarat pada 19.11.2009, Jawatankuasa BAKEB telah bersetuju untuk membuat potongan gaji bulanan RM 20.00 mulai bulan Disember 2009 kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pesta sukan ini.

Kepada anda yang berminat sila hubungi Setiausaha BAKEB, Pn. Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh atau, Penolong Setiausaha BAKEB, En. Yahya b. Abd Raof. Dalam perancangan jawatankuasa, selesai sukan ini, peserta akan dibawa melancong ke SINGAPURA...

Rabu, 25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN.



Jawatankuasa BAKEB/PPAK mengucapkan mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua ahli dan kakitangan PPAK. Kepada kakitangan yang melakukan ibadah Qurban tu, semoga Qurban anda semua diterima oleh ALLAH S.W.T. Haa... yang ada darah tinggi tu jangan dok pulun sangat makan daging tu..!

Oh ya, jangan lupa pada 30 November ini Qurban oleh PPAK! Jadi, pakat-pakat mai no !

TAMAT PERKHIDMATAN ..... PN.ZURIANA MOHD RAZIZ

Khamis, 26 November 2009 merupakan hari terakhir bagi Pn. Zuriana bt. Mohd Raziz. kakitangan Bahagian Gerakan Literasi bertugas di PPAK. Mulai esok beliau akan berhenti bertugas di PPAK kerana mengikuti suami beliau, En. Ghazali b. Abd. Rahman bertugas di Kemaman, Terengganu.

Semoga beliau maju jaya dalam segala lapangan yang bakal disertainya selepas ini dan .... cepat-cepatlah menimang cahaya mata..
Berikut disiarkan gambar dari album perkahwinan beliau pada bulan Oktober 2009 lalu, untuk kenangan bersama....

PENYERAHAN LEMBU KORBAN AIDILADHA.





Pada 23 November 2009, Jawatankuasa Biro Agama telah mengiringi Pengarah PPAK untuk menerima seekor lembu daripada YAB Menteri Besar Kedah untuk dijadikan Qurban kepada PPAK di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Lembu tersebut akan disembelih pada 30 November 2009 di Perpustakaan Desa Kampong Kepala Bukit, Pendang.Dagingnya akan dimasak oleh penduduk kampong tersebut dan dihantar kembali ke PPAK untuk jamuan tengahari.

Kepada kakitangan yang tinggal berdekatan adalah dijemput hadir pada tengahari tersebut untuk bacaan tahlil dan jamuan.

Selasa, 24 November 2009

MESYUARAT BAKEB PERTAMA.

Tarikh : 19 November 2009.
Lokasi : Anjung Ilmu.

Antara agenda mesyuarat kali pertama bagi sessi 2009/2011 ialah :-
1. Pelantikan ketua biro.
2. Pertukaran tandatangan Setiausaha dan Bendahari di dalam akaun bank.
3. Penghantaran laporan tahunan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan.
4. Tawaran keahlian kepada kakitangan Perpustakaan Desa PNM.
5. Pesta Sukan Antara Perpustakaan.

Mesyuarat bersetuju untuk menyertai pesta sukan ini yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun 2010 di Johor.Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat potongan RM 20.00sebulan kepada kakitangan yang ingin menyertai sukan ini. (Angaran kos ialah RM 120.00.

Kepada staff PD PNM surat tawaran dan borang keahlian BAKEB akan dihantar kepada mereka pada bulan Disember ini.

Khamis, 19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak ahli yang berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2009. Antaranya yang diketahui hingga ke hari ini ( bagi Perpustakaan Pusat Sahaja ) ialah :

1. Anak Pn. Roshida bt. Othman - 5A.
2. Anak Pn. Sharipah bt. Bahadon - 5A.
3. Anak En. Ghazali b. Yaakob - 4A 1B.

Mana-mana ahli,samada di Pusat, Cawangan dan Desa yang anak-anak mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR,PMR SPM & STPM selepas ini, sila maklumkan kepada YDP BAKEB. Mana lah tau, mungkin Biro Kebajikan ada suprise nak hulurrrr.

Rabu, 18 November 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cik Muazah bt. Mokhtar, kakitangan Bahagian Pentadbiran & Kewangan yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan En. Azmil b. Haji Azizan pada Sabtu, 21 November 2009 di No.52, Kampong Gunung Hilir, Gunung Keriang Alor Setar. Semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepada Mu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri yang solehah yang sentiasa membantu. Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka suami isteri dipenuhi Al-Mawaddah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat. Amin ....

Muazah bt. Mokhtar.

Isnin, 16 November 2009

MAJLIS ASYURA.

Tarikh : 21 Januari 2009.
Lokasi : PPAK, Jalan Kolam Air.
Maaf no gambar-gambar ini terpaksa diterbitkan dalam dua siri sebab line kat multimedia tak elok, gambar-gambar pula BERAT NAK LOAD !
Ish! Ish! gambar ni kecil pula, tak boleh nak masuk saiz besar ! berat nak load gambar-gambar ni....
Yang tu dok tunduk muih api ka dok perbesar api ?
Taruk ! Man taruk! kencing manis kalu, ubat juga cari...
Bahan yang tunggu masa nak taruk dalam periuk !
Amboi, dan lagi depa posing no..

Ni baru buah awai, relax la hampa kacau....

Sambil kupas, sambil ngap pun ada geng ni....

Hak ni masa sessi perisi kulit kacang dalam bilik makan!

Rabu, 11 November 2009

BAKEB/PPAK.

Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia daripada pihak pengurusan kepada semua ahli BAKEB/PPAK.

Salam pengenalan. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya dapat pihak pengurusan melancarkan blog BAKEB/PPAK untuk tatapan semua ahli. Semoga dengan adanya blog ini semua maklumat, perkembangan dan aktiviti BAKEB/PPAK dapat diketahui oleh semua ahli. Diharapkan juga semoga blog ini dapat berperanan sebagai suatu wadah untuk semua ahli berinteraksi dalam gerbang IT.

Adalah menjadi harapan pihak pentadbiran BAKEB bahawa dengan melalui blog ini juga semua ahli-ahli dapat melontarkan buah fikiran dan idea-idea yang bernas dan jitu kepada pihak pentadbiran BAKEB demi melancarkan lagi BAKEB/PPAK.

Tahniah kepada pihak pentadbiran baru BAKEB terutama yang dapat mengekalkan diri sebagai AJK, manakala kepada muka baru, selamat datang dan selamat menabur bakti.