Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Jumaat, 19 November 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Gambar ni diambil sebelum bertunang lagi ni....


Tahniah kepada mempelai kita En. Khairul Azhar b. Mohd Asri, kakitangan Bahagian Sirkulasi Perpustakaan Pusat dan pasangannya Pn. Murshida bt. Zainol, bekas kakitangan Bahagian Sirkulasi yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 20 November 2010 di rumah pengantin perempuan di F 300, Kampong Belau, Merbok Kedah.


Manakala rumah pengantin lelaki di 65, Jalan Masjid Kabu 10, Kg. Selengkoh Tengah, Sungai Limau, Yan akan diadakan pada 11 Disember 2010.


Amboi!... amboi !... sempat lagi bercanda cinta sewaktu bertugas dikaunter no!...


Moga kekal ke anak cucu ......


Jumaat, 12 November 2010

PROGRAM QURBAN AIDILADHA 1431H / 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini PPAK sekali lagi mendapat seekor lembu untuk dijadikan qurban sempena Hari Raya AidilAdha. Ini merupakan tahun atau kali ke 2 PPAK menerima lembu qurban daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Syukur, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Jika sebelum ini kakitangan PPAK hanya melopong apabila mendengar dan melibat jabatan-jabatan lain dan tertentu sahaja yang menerima lembu qurban ini, kini kakitangan PPAK boleh mengambil bahagian menyertai ibadah qurban secara bergotong royong memasak dan merasai bersama menu dan masakan hasil dari daging qurban ini.

Pada tahun ini sembelihan akan dilakukan di belakang PPAK Jalan Kolam Air pada hari Sabtu 20.11.2010 manakala daging tersebut akan dimasak pada hari Ahad, 21.11.2010.

Sehubungan dengan itu semua kakitangan PPAK adalah dijemput beramai-ramai pada hari tersebut.

Majlis penyerahan lembu qurban ini telah diadakan pada hari Sabtu, 13.11.2010 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

PPAK telah diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah, Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid menerima lembu tersebut dari YAB Menteri Besar.

Tuan Pengarah sedang menerima replika lembu daripada YAB Menteri Besar Kedah.

Lembu yang telah diterima oleh PPAK.

YAB Dato' Seri Menteri Besar sedang menyampaikan tazkirah qurban.

Deretan lori yang mengandungi lembu qurban.

Urusetia sedang membuat pengagihan lembu qurban.

Khamis, 30 September 2010

. : SELAMAT PANJANG UMUR : .


1 Oktober - Abdul Rahman b. Md. Isa - PD Labu Besar, Kulim.
- Fazirah bt. Abdul Kadir - PD Kg. Sawa, Padang Pusing Pendang.

5 Oktober - Idris b. Ahmad - Cawangan Sungai Petani.

8 Oktober - Siti Zaharah bt. Mohamad Razak - PD Kg. Masjid Siong Pokok Setol, Siong Baling.


9 Oktober - Rosnani bt. Ibrahim - PD Kg. Lubok Batu, Jitra.

10 Oktober - Hashimi b. Hassan - Ketua Bhg Katalog.

16 Oktober - Muhamad Jefri b. Sobri - PD Kg. Permatang Pasir, Bandar Baharu.

- Sompit A/P E Tian - PD Kg Tok Set, Pendang.


18 Oktober - Rabiatul Adawiyah bt. Md. Yusof - PD Kg. Mahawangsa, Pendang.

21 Oktober - Muhammad Radzi b. Md. Isa - PD Dato' Syed Ahmad, Padang Peliang.


22 Oktober - Norfardilla bt. Mohd Nor - Ketua Bhg Rujukan.
- Rosli b. Aziz - Ketua Bhg Pembangunan.
- Talib b. Ali - Cawangan Yan.
- Siti Mariam bt. Din - Cawangan Kulim.

23 Oktober - Shazwani bt. Mohd Zulkifli - Bhg Sirkulasi.

- Wan Mohd Helmie b. Wan Salim - Cawangan Baling.

27 Oktober - Zarinawati bt. Zakaria - Cawangan Sungai Petani.

28 Oktober - Rosniza bt. Ali - PD Kg. Padang Lalang, Langkawi.

31 Oktober - Siti Salmiah bt. Ahmad - Bhg Pentadbiran & Kewangan.

- Mohd Rodzi b. Othman - PD Kg. Masjid Al-Istiqamah, Kg. Kuala
Teriang, Langkawi.

Selasa, 28 September 2010

. : JAMUAN HARI RAYA AIDIFITRI 2010 : .

Tarikh - Sabtu 25 September 2010.
Tempat - Perkarangan PPAK, Jalan Kolam Air.
Menu - Nasi Tomato, sate, ais krim, nuget, dadih, puding, kek, kuew teau dan mee goreng.

YB Dr. Hamdan, Pengerusi PPAK sedang memberikan ucapan di majlis. Walaupun masih dalam kesedihan dengan kematian anak beliau menjelang Aidilfitri, namun beliau tetap sudi hadir ke majlis.

Sessi cabutan bertuah ... hadiah yang diterima amat bersesuaian dengan penerima yang sedang lena diulit dalam dunia pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Tahniah En. Mohd Azhar! ... Dalam diam-diam sempat lagi jual minyak di kaunter no!...

Antara barangan cabutan bertuah.

Ha... kepada yang masih belum tahu dan kenal, inilah dia suami Puan Jawahir bt. Ismail kita..

Makanan terhangat di jamuan!!!

Lagi ... barangan cabutan bertuah ... rugi siapa yang tak hadir...

Sessi mengisi perut dah bermula ....

Sessi menerima duit raya....

Hmmm,.. Pakya menerima blender tahun ini ....

En. Idris b. Ahmad daripada Cawangan Sungai Petani...

En. Abd Rashid b. Ali daripada Cawangan Merbok.

Puan Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh, menerima cabutan ke 3 yang terbesar. Boleh naik ke tu ?

Cabutan ke 2 terbesar, En. Mohd Syafik Ihsan Affandi menerima mesin basuh.

Pemenang cabutan bertuah pertama, En. Wan Khairul Anuar menerima sebuah peti sejuk.



YB Dr. Hamdan pun turut menerima cabutan bertuah....

Rabu, 8 September 2010

. : SALAM AIDILFITRI : .


Yang DiPertua dan seluruh Ahli Jawatatankuasa BAKEB/PPAK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli-ahli BAKEB/PPAK. InsyaAllah semoga kita semua dapat bertemu dalam majlis Jamuan Hari Raya pada 25 September 2010 nanti.


Daripada Abu Ayub, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa selama setahun." ( Hadis riwayat Muslim )

Ahad, 5 September 2010

. : SALAM TAKZIAH : .



YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib

Allahyarham Mohd Syazmin.

Jawatankuasa BAKEB/PPAK merakamkan ucapan takziah kepada YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib, Penaung BAKEB/PPAK selaku Pengerusi PPAK di atas kematian putra beliau Allahyarham Mohd Syazmin, 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau pada petang 2 September 2010 lalu.

Seorang lagi putra beliau iaitu Mohd Syazwan, 18 tahun kini sedang koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh Mohd Syazwan terbabas apabila cuba mengelak kenderaan yang sedang memotong kenderaan lain dilorong yang bertentangan dengan mereka.

Ketika kejadian, kedua orang anak beliau ketika itu sedang dalam perjalanan pulang daripada SMK Agama Sik.

Marilah kita doakan agar putra yang sulong itu segera sembuh dan putra yang ke dua itu dicucuri rahmat dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga YB Dr. Haji Hamdan dan keluarga tabah menerima ujian yang terhebat daripada Allah ini apatah lagi disaat kita semua akan menyambut Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Aminnnn...

Al- Fatihah.....

Rabu, 1 September 2010

. : TAZKIRAH RAMADHAN - 3 : .


Daripada Aisyah R.A, katanya : Rasululullah S.A.W apabila masuk sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malamnya ( dengan memperbanyakkan ibadat ), membangunkan isterinya ( agar turut memperbanyakkan beribadat ) serta mengeraskan ikat pinggangnya ( sebagai kiasan bahawa Baginda menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya ).


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ahad, 29 Ogos 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - SEPTEMBER : .


01 September - Yuzaini bt. Yusoof - PD Kg. Padang.
04 September - Ellyati bt. Othman - PD Kg. Kilang Batu.

06 September - Azimin b. Ahmad @ Ismail - Bhg. Multimedia.
09 September - Zuraini bt. Awang - PD Bukit Nambua.
10 September - Naimah bt. Ismail - PD KEDA Bendang Perang.

12 September - Mohd Hafiz b. Sa'id - Bhg. Katalog.

- Noor Hirdaryanti bt. Saidin - PD Kg. Bagan Samak.

- Aminah bt. Ramli - PD Kg. Padang Limau Dalam.

13 September - Siti Aminah bt. Mohamad Ali - PD Kg. Kilang Batu.

14 September - Suzaimee bt. Shaidin - PD Masjid As-Saadah.

15 September - Juriza bt. Safie - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.
16 September - Zaidah bt. Harun - PD Kg. Lindungan Raja.

20 September - Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid - Pengarah PPAK.

25 September - Azwan b. Ahmad - Bhg. Majalah.

- Mohd Zaidi b. Mohd Noor - Bhg. Sirkulasi.

- Noorhafiza bt. Saad - PD Kg. Sungkap Para.

- Noor Syuhaida bt. Ishak - PD Siber Ilmu Kg. Telok Malik.

27 September - Nur Azhani bt. Basharuddin - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Mustafa b. Kassim - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

29 September - Nurul Azirah bt. Zakaria - Caw. Pulau Langkawi.
Terima kasih kepada Pn. Naimah di atas peringatan .......

Sabtu, 21 Ogos 2010

. : TAZKIRAH RAMADHAN - 2 : .


Sabda Rasululullah S.A.W : "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, dimana Allah melimpah-ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini".


Hadis riwayat Ubadah bin Somit.

Ahad, 15 Ogos 2010

. : TAZKIRAH RAMADHAN - 1 : .


Sesungguhnya di dalam Syurga ada satu pintu yang dipanggil "Al-Rayyan", yang akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari Kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain dari mereka. Diseru "Mana orang-orang yang berpuasa?" Maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

SALAM TAKZIAH




Takziah diucapkan kepada En. Hashimi b. Hassan, Ketua Bhg. Katalog di atas kematian ibunya Allahyarhamah Pn. Che Lian bt. Osman, yang dibunuh dengan cara yang amat tragis pada 15 Ogos 2010 di Yan. ( lihat laporan Harian Metro, muka surat 15 bertarikh 16 Ogos 2010).




Semoga beliau tabah menerima dan menghadapi dugaan daripada Allah dibulan yang mulia ini. Marilah kita semua mendoakan agar roh ibu beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa serta beramal soleh.




Bersamalah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali kepada roh ibu beliau.... Al- Fatihah...


Rabu, 11 Ogos 2010

. : MARHABAN RAMADHAN AL-MUBARAK : .


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA JAWATANKUASA BAKEB / PPAK.

1. Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. ( Bukhari & Muslim )

2. Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, ALLAH tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum. ( Bukhari )

Selasa, 3 Ogos 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - OGOS : .


Bulan Ogos merupakan bulan sambutan meraikan kemerdekaan negara kita. Semoga semangat patriotik ini akan tetap tersemat dikalangan kakitangan yang menyambutnya pada bulan ini, teristimewa kepada 2 orang kakitangan yang menyambutnya bertepatan dengan tarikh hari kemerdekaan pada tahun ini.


Tapi jangan kita lupa, Ogos tahun ini juga kita semua akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang pada 11 Ogos 2010. Semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik dari Ramadhan yang telah berlalu.


5 Ogos - Mohd Rizan b. Ibrahim @ Hamid - PD Kg. Barokhas, Kuala Nerang.

7 Ogos - Mohd Nazri b. Abu Bakar - Bhg. Perolehan.

- Sharmila bt. Che Abdullah - PD. Kg. Yooi, Langkawi.

11 Ogos - Rosmaria bt. Said - PD Kg. Menora, Baling.

13 Ogos - Rohani bt. Yaacob - Caw. Langkawi.

14 Ogos - Mohd Jafri b. Abdul Wahab - PD Permatang Pasir.

15 Ogos - Hairol Ardi b. Mohd Hashim - Caw. Sungai Petani.

17 Ogos - Ghazali b. Yaakub - Bhg. Perolehan.

19 Ogos - Mohd Razif b. Mohd Noh - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

21 Ogos - Marniyati bt. Mehat - Bhg. Media.

23 Ogos - Suhana bt. Abdul Razak - Bhg. Multimedia.

25 Ogos - Badrul Hisyam b. Md Arshad @ Hashim - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Mohd Asri b. Bahrom - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

27 Ogos - Ridhwan b. Shariff - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Noor Anis Adha bt. Ahmad - Caw. Kulim.

29 Ogos - Noraini bt. Kamis - Caw. Kulim.

31 Ogos - Siti Nurul Hajar bt. Abdul Jabbar - Bhg. Koleksi Kedah.

- Noor Aini bt. Salleh - PD Kubur Panjang.

Sabtu, 24 Julai 2010

. : SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA PERTAMA :.


Tahniah dan selamat menimang cahayamata yang pertama pada Pn. Nang Rabiatun bt. Nik Ismail, kakitangan Bhg. Rujukan Perpustakaan Pusat. Beliau selamat bersalin seorang anak lelaki pada pagi Sabtu, 24 Julai 2010.

Selasa, 20 Julai 2010

. : KEBANGGAAN BAKEB/PPAK : .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad dan Cik Marniyati bt. Mehat kerana terpilih mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan Permainan Tradisional MAKSAK Malaysia pada 16 hingga 18 Julai di Kajang, Selangor.

Pn. Ku Mastom ( Kak Chik ) mengambil bahagian dalam acara Batu Seremban, manakala Cik Marniyati ( Kak Long ) dalam acara Congkak.

Nak tahu kejayaan mereka ? jeng ! jeng ! sila hubungi mereka..............

Selepas ini boleh masuk pertandingan model..

Aksi Kak Long..

Aksi Ku Mastom.

Isnin, 19 Julai 2010

. : SALAM TAKZIAH : .


Takziah diucapkan kepada Puan Rosnani bt. Ibrahim sekeluarga, kakitangan PD Lubuk Batu di atas kematian ibu beliau pada hari ini 20 Julai 2010.
Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pn. Rosnani bt. Ibrahim

Marilah kita semua sedekahkan surah Al-Fatihah satu kali dan surah Al-Ikhlas 11 kali untuk dihadiahkan kepada roh ibunya....



Sabtu, 17 Julai 2010

. : KEMUSYKILAN AGAMA : .

Perhatian untuk semua ahli BAKEB/PPAK, kakitangan PPAK dan pengikut Buletin BAKEB. Berita baik untuk anda semua, bersempena bulan Syaaban dan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba nanti, Yang Berbahagia Tuan Haji Ustaz Fadzil b. Haji Hassan, seorang pendakwah bebas yang pernah memberikan Kuliah Mingguan kepada kakitangan PPAK dan kini sering ke udara melalui Kedah FM telah sudi untuk berkongsi ilmu bersama kita.

Sehubungan dengan itu sesiapa yang mempunyai sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan agama bolehlah menghubungi beliau dengan menghantar permasalahan itu ke email beliau iaitu :

insyaAllah beliau akan berusaha untuk membalasnya..