Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 3 Februari 2013

My Beautiful Malaysia : Volunteerism Day Negeri Kedah

Haaa... nak habaq kat hampa, program ni telah dilancarkan di Gunung Keriang, ala... tempat petang2 oghang pakat pi tengok kera tu..... Program ni serentak seluruh Malaysia, semua oghang pakat pi jd sukarelawan gtong ryong bersih kawasan2 tertentu.

Kat Gunung Keriang, perasmian telah dilakukan oleh Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, turut hadir ialah YAB Menteri Besar Kedah.

Geng lebry Kedah pi 10 oghang, ikut pi ilah big boss, En. Hashimi. Geng 10 oghang ni brtolak pi pkoi 7 pagi buta lagi, sbb prgram nak mula pkoi 8 pagi..... Hmmm abih lincin rumput, daun, pkok dan sampah geng ni pi clear....

Pi Wai pi jugak, tp ngan geng taman Pi Wai la..... 

Agak2 hampa la, masa ambik gmbar ni depa dah mula reja ka dah abih reja?

Hampa tengok Jannah sorang saja yg dok pulun kaih sampah he .. he...

Jujai PPAK aksyen tanam pokok .....


Oghang dok kalut gtong ryong depa dan dok posing lagi ni....

Rabu, 16 Januari 2013

TRANSFORMASI ISLAMIK PPAK

Mak oii, bukan main sakan entri berita Pi Wai kali ni.... Heh..heh.. macam slogan PM pulak.

Ha.. dah lama blog ni bersawang dengan sarang spiderman, maka kali ni barulah Pi Wai rasa nak berselera sikit nak menulis, dulu tak beropa nak sronok menulis sbb masalah dalaman PPAK, tapi la ni rasa naik balik semangat tu bila dah bertukar kepala dan tampuk kepimpinan........

Macam kita semua dok tau la, boss kita kat lebry ni dah bertukar, walaupun masih berstatus pemangku, tetapi En. Hashimi dah menunjukkan talent kepimpinan beliau. Beberapa perubahan berkaitan PPAK telah diubahsuai oleh beliau sikit demi sikit.....

Tapi tu la, masa YB tak menyambung khidmat mantan boss lama, bukan main lagi khabar angin yang menggoncang PPAK, riuh rendah kata nak ambil oghang luar la jadi boss, nak ambik KCS la jadi boss dan yang dok  perasan kata mantan dulu nak disambung pun ada.... he .. he..

Sampai satu peringkat, ada bebrp oghang pegawai dan staff yang pi jumpa YB nak minta YB jangan ambik En. Hashimi pun ada.... Mujurlah YB lebih arif dan peka dgn isu semasa dan YB tu lebih matang dan banyak pengalaman beliau di peringkat negeri dan global.....

Antara tindakan awal En. Hashimi ialah mengisi segera perjawatan Pen Peg Perpustakaan yang dikosongkan Pn. Jawahir yang dah berlarutan hampir stahun. Tahniah kepada Pn. Nurizma bt. Zahari yg berjaya menyandang jawatan tersebut selepas sessi temuduga yg Pi Wai rasakan lebih telus dan berintegriti berbanding temuduga2 yang lalu.

Bebrp calun favourite yg berstatus kontrak dan sementara telah gagal dalam temuduga tersebut, yg kini turut menjadi bualan hangat pulak di PPAK. Apa pun kita harus akur dengan ketentuan, kerana Qadha dan Qadhar Allah merupakan rukun iman yg wajib kita percaya....

Lepaih jawatan Pen Pegawai, jawatan Pembantu pulak menyusul apabila Kak Siti dan Kak Pah bersara awal. Akhirnya Maryani dan Arope berjaya dalam temuduga tersebut, dak tak lama lagi jawatan PAR pulak akan dibuat temuduga bila tempat Arope tu kosong, sapa yang nak kena loteri pulak? jeng..jeng.. mari kita pakat teka.......

Dan dalam sehari dua lagi drp ari ni ( 17.1.2013 ) akan ada pulak rasanya rombakan kerana pengisian perjawatan yang telah kosong dan terisi itu.... ha.. mai kita tengok pulak sapa yang nak kena tukar dan ditukarkan  ...... Opppss masa tak mengizinkan.... nanti Pi Wai sambung balik nooo ... gambaq pu tak dan nak boh caption.....


 

Tambah kapsyen