Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Sabtu, 24 Julai 2010

. : SELAMAT MENIMANG CAHAYAMATA PERTAMA :.


Tahniah dan selamat menimang cahayamata yang pertama pada Pn. Nang Rabiatun bt. Nik Ismail, kakitangan Bhg. Rujukan Perpustakaan Pusat. Beliau selamat bersalin seorang anak lelaki pada pagi Sabtu, 24 Julai 2010.

Selasa, 20 Julai 2010

. : KEBANGGAAN BAKEB/PPAK : .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad dan Cik Marniyati bt. Mehat kerana terpilih mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan Permainan Tradisional MAKSAK Malaysia pada 16 hingga 18 Julai di Kajang, Selangor.

Pn. Ku Mastom ( Kak Chik ) mengambil bahagian dalam acara Batu Seremban, manakala Cik Marniyati ( Kak Long ) dalam acara Congkak.

Nak tahu kejayaan mereka ? jeng ! jeng ! sila hubungi mereka..............

Selepas ini boleh masuk pertandingan model..

Aksi Kak Long..

Aksi Ku Mastom.

Isnin, 19 Julai 2010

. : SALAM TAKZIAH : .


Takziah diucapkan kepada Puan Rosnani bt. Ibrahim sekeluarga, kakitangan PD Lubuk Batu di atas kematian ibu beliau pada hari ini 20 Julai 2010.
Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pn. Rosnani bt. Ibrahim

Marilah kita semua sedekahkan surah Al-Fatihah satu kali dan surah Al-Ikhlas 11 kali untuk dihadiahkan kepada roh ibunya....



Sabtu, 17 Julai 2010

. : KEMUSYKILAN AGAMA : .

Perhatian untuk semua ahli BAKEB/PPAK, kakitangan PPAK dan pengikut Buletin BAKEB. Berita baik untuk anda semua, bersempena bulan Syaaban dan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba nanti, Yang Berbahagia Tuan Haji Ustaz Fadzil b. Haji Hassan, seorang pendakwah bebas yang pernah memberikan Kuliah Mingguan kepada kakitangan PPAK dan kini sering ke udara melalui Kedah FM telah sudi untuk berkongsi ilmu bersama kita.

Sehubungan dengan itu sesiapa yang mempunyai sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan agama bolehlah menghubungi beliau dengan menghantar permasalahan itu ke email beliau iaitu :

insyaAllah beliau akan berusaha untuk membalasnya..

Isnin, 12 Julai 2010

. : SELAMAT PENGANTIN BARU :.


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cik Siti Mariam bt. Din, kakitangan Bahagian Koleksi Kedah yang bakal melangsungkan perkahwinannya dengan En. Hafizuddin b. Bahruddin di Kampong Lanjut Malau, Mukim Jabi 06400 Pokok Sena pada 17 Julai 2010 bersamaan 5 Syaaban 1431H.


Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawaddah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.