Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 30 Mac 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - APRIL : .


1 April - Mohd Safani b. Sahail - PD Sungkap Para, Sungai Lalang, Sungai Petani.

2 April - Ros Farah bt. Rozid - PD Kg. Padang Durian, Pendang.

3 April - Sucmaly @ Anu A/P Sing Hooi - PD Kg. Tok Set, Pendang.

5 April - Habibah bt. Shuib - PD Kg. Jelai, Pendang.

8 April - Nor Liyana bt. Mohd Razi - PD Masjid At-Tahir, Kg. Sg. Gelam, Merbok.

9 April - Noor Haizan bt. Mat Razali - Cawangan Bandar Baharu.

11 April - Ku Zamri b. Ku Yahaya - Bhg. Koleksi Kedah.

- Che Yah bt. Mahmud - PD Kg. Wang Tepus, Jitra.

13 April - Siti Nuradilah bt. Azmi - PD Titi Gajah, Anak Bukit.

16 April - Mohd Fuad b. Zainol - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Mohamad Hidayat b. Mohamad Zahir - PD Kg. Tradisi, Changlun.

17 April - Nazlan b. Omar - Cawangan Jitra.

20 April - Md. Kasa b. Salleh - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Haji Alias b. Baharom - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

- Che Zuki b. Che At - Cawangan Kulim.

21 April - Nor Diana bt. Omar - PD Desa Kg. Yooi, Langkawi.

22 April - Azhari b. Abdul Aziz - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

26 April - Mohd Suffian Heedy b. Zamani - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

28 April - Nurul Farhana bt. Halim - PD Teloi Timur, Baling.

30 April - Nor Shamshiatul Rushila bt. Mohd Foad - Cawangan Sik.


Ahad, 28 Mac 2010

. : ALBUM PERKAHWINAN ANAK ROSLI AZIZ : .

Majlis ini dilangsungkan pada Sabtu, 27 Mac 2010 di no. 267, Taman Orkid. Ish... begitu cepat masa berlalu... macam baru tahun sudah saja melihat Hafiz, anak En. Rosli menyanyi lagu Ukays, Di Sini Menanti Di sana Menunggu pada Jamuan Hari Raya PPAK, tup ! tup ! dah besar, dan dah jadi suami orang...

Moga berkekalan hingga ke anak cucu....




Staff PPAK bersama tuan rumah...


Selamat Pengantin Baru Muhammad Hafiz dan Nazuha.


Tuan rumah sibuk melayan tetamu.... amboi ! kali ni kenduri sakan no... tumpang berkat S32 sama kot no......


Gerbang pelamin




Amboiiii.... tak sabar nak menimang anak dah ni.... Tak pa, lepas ni hantar kat Tok Wan bagi dia mengasuh...

Cenderahati daripada tuan rumah..

- Gambar sumbangan Cik Murni Masreena dan Pn. Ku Mastom

Haaa... Pn. Noraini Yusof dan En Megat Annas Fikri, kalau tak keberatan dan nak berkongsi dengan staff PPAK, hantar la gambar perkahwinan tu...

Ahad, 21 Mac 2010

. : ALBUM PERKAHWINAN NUR AZHANI : .


Kepada kakitangan yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Pn. Nur Azhani bt. Basharudin, kakitangan Bhg. Pentadbiran & Kewangan dan pasangannya En. Mohd Firdaus b. Abdul Jamil, pada Khamis, 18 Mac 2010 lalu, disini di paparkan sebahagian koleksi gambar hari bahagia mereka.


  • Terima kasih kepada Cik Murni Masreena kerana sumbangan gambar-gambar ini..

Rabu, 17 Mac 2010

. : CURI TULANG, TEPUK DADA TANYA ...... : .


Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan kemasyarakatan. Sikap negatif kita terhadap pencuri adalah disebabkan pendidikan agama yang kita terima selama ini.

Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku PENCURIAN MASA atau lebih difahami dengan istilah CURI TULANG dalam tugas kita seharian.

Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami KERJA ADALAH IBADAT terhadap ALLAH, jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

Selain ganjaran PAHALA yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi jika pengabaian terus berlaku, kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati WANG GAJI. Tegasnya, wang upah yang kita terima jadi TIDAK BERSIH.

Selain itu, kita juga BERDOSA terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah.Ditegur, bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.

Ingatlah, sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting dalam diri kita supaya tidak menjadi orang tidak pernah cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula akan berciciran terjadi kepada kita....

Tepuk dada, tanya IMAN!
Berita Harian, 26.2.2010

Selasa, 16 Mac 2010

. : SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA KE 19 : .

Sah! hanya 4 acara ini sahaja yang PPAK akan sertai dalam SPASM ke 19 pada 4 - 8 Jun 2010 di Johor Bharu nanti, iaitu :
  • Bola Jaring - Wanita.

  • Futsal - Lelaki.

  • Ten Pin Bowling Berpasukan - Lelaki & Perempuan.

  • Rock Climbing - Lelaki & Perempuan.

Haaaa... kepada staff yang dah confirm nak pi tu.. dan teringin masuk dalam acara di atas, sila hubungi Ketua Biro Sukan iaitu En. Mohd Hazare b. Zakaria untuk urusan latihan dan pemilihan pemain.


3 acara di atas tu kira okey la juga, tapi acara terakhir tu, seperti gambar kat bawah ni, ada ke staff yang berkebolehan?

Isnin, 8 Mac 2010

. : SELAMAT PENGANTIN BARU : .

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada bakal Raja Sehari PPAK yang akan dinobatkan sempena musim cuti penggal pertama persekolahan mulai 14 Mac 2010 nanti.


  • 14 Mac 2010 : Cik Noraini bt. Yusoff, PD Kg. Dato' Syed Ahmad, Padang Peliang dan pasangannya En. Asnawi b. Musa yang bakal dilangsungkan di F10, Kg. Banggol Besi, Pendang.

  • 14 Mac 2010 : En. Megat Annas Fikri b. Rosli, PD Masjid Siong, Pokok Setol Baling dan pasangannya Cik Solahiyah bt. Haji Mohd Khidir yang bakal dilangsungkan di no.42, Taman Desa Aman, Guar Chempedak.


  • 18 Mac 2010 : Cik Nur Azhani bt. Basharudin, Bhg Pentadbiran & Kewangan dan pasangannya En. Mohd Firdaus b. Abdul Jamil yang bakal dilangsungkan di no. 37, Taman Malai Fasa 2, Jalan Langgar Alor Setar.

  • 27 Mac 2010 : En. Rosli b. Aziz, Ketua Bhg Koleksi Kedah yang bakal melangsungkan perkahwinan anaknya En. Muhammad Hafiz dan pasangannya Cik Nazuha bt. Fuad di no. 267, Taman Orkid, Simpang Empat Alor Setar.

Jumaat, 5 Mac 2010

. : TAZKIRAH SOLAT : .


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya amal yang pertama sekali dihisab pada hari Akhirat ialah SEMBAHYANG. Jika sembahyang seseorang itu diterima, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang dan fardhunya, Allah Taala berfirman "Periksalah, adakah hambaKU itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardhunya. Demikianlah juga keadaan amalnya yang lain".(Hadis At-Tarmidzi)

Seseorang mukmin sejati tidak akan cuai dalam melakukan ibadat solat fardhu diwajibkan, termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat disamping mengerjakan ibadat sunat yang termampu dilakukan olehnya.

Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar, sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai dikalangan manusia tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.

Sehubungan dengan itu, rebutlah peluang semasa kita masih hidup ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata, "Berusahalah untuk duniamu, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah engkau akan mati pada esok hari.

Azab meninggalkan sembahyang :
  • SUBUH :- Jika satu waktu meninggalkannya, Allah Taala akan campakkan ke dalam Api Neraka Jahanam selama 60 tahun.

  • ZOHOR :- Jika satu waktu meninggalkannya, bersamaan seperti seseorang itu membunuh seramai 1,000 orang Islam.

  • ASAR :- Jika satu waktu meninggalkannya, bersamaan seperti memikul dosa dan azab orang yang meruntuhkan Kaabah.

  • MAGHRIB :- Jika satu waktu meninggalkannya, seperti berzina dengan ibunya / bapanya sendiri.

  • ISYAK :- Jika satu waktu meninggalkannya, Allah Taala menyeru kepada orang itu, " Hei orang yang meninggalkan sembahyang, AKU tidak redha lagi kamu tinggal di atas bumi AKU dan berteduh di bawah langit AKU, makan, minum dan tidur dengan Rahmat AKU ".

Isnin, 1 Mac 2010

. : KENAIKAN PANGKAT : .


Tahniah diucapkan kepada En. Rosli b. Aziz, Ketua Bhg Koleksi Kedah, kerana dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan (S32) berkuatkuasa mulai 1 Mac 2010.


Ha... kali ni nak kena buat kenduri besar-besaran la nampaknya dan berseorangan pula. Eloklah tu, ramai staff yang dok bersungut nak rasa duit Cik Li ni, tak pernah dok rasa lagi, masin ka, tawar ka.... Tapi rasanya manis kot kalau buat jamuan kali ni....


Sekali lagi tahniah buat Brader BOB!