Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 17 Mac 2010

. : CURI TULANG, TEPUK DADA TANYA ...... : .


Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan kemasyarakatan. Sikap negatif kita terhadap pencuri adalah disebabkan pendidikan agama yang kita terima selama ini.

Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku PENCURIAN MASA atau lebih difahami dengan istilah CURI TULANG dalam tugas kita seharian.

Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami KERJA ADALAH IBADAT terhadap ALLAH, jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

Selain ganjaran PAHALA yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi jika pengabaian terus berlaku, kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati WANG GAJI. Tegasnya, wang upah yang kita terima jadi TIDAK BERSIH.

Selain itu, kita juga BERDOSA terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah.Ditegur, bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.

Ingatlah, sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting dalam diri kita supaya tidak menjadi orang tidak pernah cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula akan berciciran terjadi kepada kita....

Tepuk dada, tanya IMAN!
Berita Harian, 26.2.2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan