Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Jumaat, 5 Mac 2010

. : TAZKIRAH SOLAT : .


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya amal yang pertama sekali dihisab pada hari Akhirat ialah SEMBAHYANG. Jika sembahyang seseorang itu diterima, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang dan fardhunya, Allah Taala berfirman "Periksalah, adakah hambaKU itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardhunya. Demikianlah juga keadaan amalnya yang lain".(Hadis At-Tarmidzi)

Seseorang mukmin sejati tidak akan cuai dalam melakukan ibadat solat fardhu diwajibkan, termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat disamping mengerjakan ibadat sunat yang termampu dilakukan olehnya.

Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar, sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai dikalangan manusia tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.

Sehubungan dengan itu, rebutlah peluang semasa kita masih hidup ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata, "Berusahalah untuk duniamu, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah engkau akan mati pada esok hari.

Azab meninggalkan sembahyang :
  • SUBUH :- Jika satu waktu meninggalkannya, Allah Taala akan campakkan ke dalam Api Neraka Jahanam selama 60 tahun.

  • ZOHOR :- Jika satu waktu meninggalkannya, bersamaan seperti seseorang itu membunuh seramai 1,000 orang Islam.

  • ASAR :- Jika satu waktu meninggalkannya, bersamaan seperti memikul dosa dan azab orang yang meruntuhkan Kaabah.

  • MAGHRIB :- Jika satu waktu meninggalkannya, seperti berzina dengan ibunya / bapanya sendiri.

  • ISYAK :- Jika satu waktu meninggalkannya, Allah Taala menyeru kepada orang itu, " Hei orang yang meninggalkan sembahyang, AKU tidak redha lagi kamu tinggal di atas bumi AKU dan berteduh di bawah langit AKU, makan, minum dan tidur dengan Rahmat AKU ".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan