Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 28 April 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - MEI : .


1 Mei - Roszaini bt. Hamzah - PD Kg. Hilir, Merbok.

2 Mei - Husnul Huda bt. Abdul Halim - Cawangan Baling.

3 Mei - Wan Mohamad b. Wan Abdullah - Cawangan Kulim.

5 Mei - Siti Rozaihan bt. Mohamad Hanif - Bhg Sirkulasi.

- Rosemiza bt. Tajudin - PD Kg. Pulau Pisang.

- Rozita bt. Mahd Noor - PD Kg. Tradisi Lembah Keriang.

- Sanit A/P Din See - PD Watt Titi Akar.

6 Mei - Juhari b. Lazim - Bhg Rangkaian Perpustakaan.

7 Mei - Muazah bt. Mokhtar - Bhg Pentadbiran.

8 Mei - Zamzamiyah bt. Mokhtar - Bhg Pentadbiran.

9 Mei - Mohamad Azhar b. Yusoff - PD Masjid Pdg Nyior.

- Wan Mohamad Rizal b. Wan Ishak - PD Kg. Sg. Batu.

10 Mei - Muhamad Zaki b. Abdul Rahman - PD Kurnia Jaya.

12 Mei - Rozita bt. Shaari - PD Kg. Charok Kudung.

13 Mei - Sharipah bt. Bahadun - Bhg Katalog.

- Murni Masreena bt. Mohd Disa - Bhg Sirkulasi.

14 Mei - Siti Aishah bt. Abu Salleh - PD Siber Ilmu KEDA Tanjung Setul.

15 Mei - Yahya b. Abd Raof - Bhg Rujukan.

16 Mei - Yusnita bt. Daud - Cawangan Jitra.

20 Mei - Mohd Baser b. Othman - Bhg Pembangunan.

21 Mei - Rosmiza bt. Din - Bhg Sirkulasi.

22 Mei - Nor Hana bt. Fadzir - Bhg Koleksi Ismail Hussein.

- Siti Rosnani bt. Rosman - Cawangan Sungai Petani.

25 Mei - Shuhaida bt. Salim - Cawangan Jitra.

27 Mei - Nor Khairunisa' bt. Che Hashim - Bhg Koleksi Kedah.

- Ghazali b. Abdullah - Cawangan Kulim.

28 Mei - Mohd Zamri b. Omar @ Idris - Bhg Teknologi Maklumat.

29 Mei - Sohaimi b. Osman - Bhg Media.

- Aida bt. Mustafa - PD Masjid Al-Rahmaniah.

30 Mei - Norhashimah bt. Ibrahim - PD Kg. Paya Kerchut.

31 Mei - Siti Fakarozila bt. Zakaria - Bhg Sirkulasi.


Isnin, 26 April 2010

. : MALANG TIDAK BERBAU : .

Dah balik ke rumah dahh... sebab kat Hospital depa bagi makan tak cukup....he.. he .. he..



Dukacita dimaklumkan Cik Nur Nadhirah bt. Ahmad Tajuddin, kakitangan Bhg Koleksi Kedah telah mengalami kemalangan jalan raya pada 26 April 2010. Beliau kini terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah di wad 6A Kenanga, katil no 5. No tel beliau ialah 017-5257276. Bersamalah kita doakan semoga beliau segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Hmmm nampaknya PPAK akan kehilangan orang kuat acara bola jaring ke sukan SPASM di Johor nanti, kerana dimaklumkan kecederaan tangannya agak serius...



Selasa, 20 April 2010

. : BAYARAN KE SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA : .

Kepada kakitangan yang telah memberikan persetujuan untuk menyertai rombongan ke sukan ini tetapi belum membuat pembayaran melalui potongan gaji bulanan, anda semua dikehendaki menjelaskan bayaran tunai RM 120.00 tersebut kepada Pn. Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh atau pun bank-in kan wang tersebut ke dalam akaun BAKEB di CIMB Bank - 02050009761058 sebelum 6 Mei 2010.

Bayar, jangan tak bayar.....

. : MATCH OF THE WEEK - 2ND ROUND : .

Hari / Tarikh : Khamis, 22 April 2010.
Masa : 9.00 malam.
Arena : WNS Futsal, Kuala Sungai, Alor Setar.
Pasukan lawan : Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.

Jom pakat pi ramai-ramai..... kalau yang rajin tu, bawa la apa-apa yang patut, boleh la pakat-pakat kunyah....

. : ALBUM FUTSAL : .

Haaa... inilah dia aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh Ketua Jurulatih Futsal PPAK, En. Mohd Hazare Zakaria ketika match of the week minggu lalu.

Fulamak.., meletup WNS Arena malam tu dengan jaringan besar 9 - 3 yang memihak kepada PPAK!! Tahniah kepada pasukan futsal PPAK!

Tapi sayang, aksi ala shaolin soccer pada malam itu hanya sempat di rakam beberapa keping sahaja kerana kesibukan Ketua Jurulatih mengatur strategi....



David Beckham Perlis malu dirakam wajahnya...




Pengantin baru yang masih lembut lutut tapi bersemangat nak turun beraksi


Aii brader, tak kan kena meggi saja kot! apamacam? holiau tak?




Antara penyokong tegar dan ketegar pada malam itu....






Inilah barisan kita... yang ikhlas berjuang... siap sedia berkorban... demi untuk pertiwi..

















Sabtu, 17 April 2010

. : UCAPAN TAKZIAH : .



Takziah diucapkan kepada Cik Nurul Hezar bt. Tajudin, kakitangan di PD Kg. Gajah Putih, Sik di atas kematian bondanya yang tercinta pada 17 April 2010.

Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah diiringi dengan Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali untuk kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan kepada Allahyarhamah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...... Amin...

Cik Nurul Hezar


Rabu, 14 April 2010

. : MATCH OF THE WEEK : .


Tarikh : 15 April 2010.
Masa : 9.00 malam.
Arena : WNS Futsal, Sungai Baru, Alor Setar.

Saksikan perlawanan futsal teragung abad ini - perlawanan persahabatan antara Perpustakaan Awam Kedah VS Perpustakaan Awam Perlis. Kakitangan PPAK yang tinggal berdekatan dialu-alukan untuk pergi beramai-ramai.

JOM PAKAT PI RAMAI-RAMAI ........

Rabu, 7 April 2010

. : IKLAN KOMERSIAL : .


Assalamualaikom, nak minta maaf no! nak tumpang mencelah sikit di buletin ni...

Saya Haji Alias b. Baharom ingin mengambil kesempatan disini untuk berkongsi pengalaman bersama kakitangan PPAK lain dan sesiapa saja yang melayari blog ini. Saya sedang menjalankan perniagaan produk barangan yang kian mendapat pasaran sekarang. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 019-4485075 / 017-5476595 ataupun layari di sini http://nonimarket.blogspot.com.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 6 April 2010

. : UCAPAN TAHNIAH : .

Semakin lebar senyumannya...


Tahniah diucapkan kepada Cik Murni Masreena bt. Md. Disa, Ketua Bhg Sirkulasi, kerana dilantik sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan S27 berkuatkuasa mulai 1 April 2010.

Kita nantikan tarikh jamuan kesyukuran darinya.....jeng ! jeng!

Ahad, 4 April 2010

SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA

Assalamualaikom, berita terkini !!!

Yang DiPertua BAKEB dan beberapa orang AJK BAKEB sedang menghadiri mesyuarat berkaitan sukan ini di Johor Baru sekarang, (5 April 2010). Maklumat terkini yang disampaikan kepada bloggers ialah pertambahan acara di SPASM iaitu :

1. Badminton - perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu lelaki, bergu wanita dan bergu campuran.

2. Ping Pong - format seperti badminton.

3. Karom.

4. Congkak.

5. Dart.

6. Sukaneka. (turut diambil markah)

Sesiapa yang berhasrat menyertai acara baru ini, sila hubungi En. Mohd Hazare b. Zakaria.