Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 27 Disember 2011

MAKAN-MAKAN NGAN JAWAHIR

Minggu lepaih, time abih mesorat BAKEB, Cik Nah dgn Pi Wai dok sembang ngan 2 n 3 oghang otai lama kat lebry ni. Sembang punya sembang kami pun sepakat nak kuar makan2 dgn Jawahir, sebelum dia bersara pada 1.1.2012 ni. Riki punya riki dapatlah 14 oghang otai lama kat lebry ni yang setuju kuar makan tengahari dgn Eds pada 27.12.2011 kat restoran di Pumpong.

Nak jadi crita pulak, ari tu jugak adalah sebeday Pak Ku Am. Apa lagi gamat jugak lah geng otai ni dok sembang. Majlis rasmi akan dibuat kat lebry pada 1.1.2012 nanti.








Ahad, 18 Disember 2011

< KACAU BUBUQ SORA >

Musim bubuq sora mai pulak dah !!! Kat lebry Alor Setaq pun , macam taon-taon sudah jugak la, kami pakat kacau sorang sikit. Collect sorang RM5.00. Ada gak yang bagi lebih. Lepaih collect tu pakat atur orang pulak beli pekakaih dia. Pas tu pakat edar n bawak balik pulak sorang sikit pekakaih tu untuk di rebus.


Lupa pulak nak habaq, kami pakat kacau bubuq tu pada 13 Disember 2011. Port dia macam besa jugak la, belakang lebry. Makan pagi nasi lemak n cucuq sorang dua tiga biji, lebry sponsor! Mula start kacau pukoi 10.00 lebih kurang, nak dekat pukoi 1.00 baru masak masak bubuq tu...



Ni nak habaq sama kat hampa, ari ni 20 Disember 2011, AJK BAKEB meeting buat kali ke 2. Antara agenda yang dibincang adalah nak bayaq balik RM120.00 kat geng kita yang pi Johor taon sudah. manakala bayaran tertunggak lain akan dibayaq pelan-pelan lepaih ni. Tapi tak tau jangkamasa lagi pasai dok tunggu mantan Bendahari lama serah balik barang-barang berkaitan kewangan spt buku cek n macam2 kagi. Dia kata nak kena cari dulu.... nak cari apa lagi tak tau la pulakkk...sepatutnya lepaih mesorat agung dulu tu, dah sepatutnya diserah kepada jawatankosa baru, tak payah tunggu oghang pi mintak dah....



Dan kalu ikut perancangan. kita akan buat majlis perpisahan untuk Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bhg Koleksi Ismail Hussein pada 2 Januari 2012 nanti. Kak Eds kita dah opsyen taon depan, n tarikh 2 Januari tu adalah ari terakhir dia reja kat lebry. Hmmm..... sahih ramai yang pakat meramu ayaq mata ari tu ....




Pn. Jawahir







Atas & bawah : Ahli BAKEB yang kena turn juai buku untuk tabung BAKEB.




Jeng ! jeng ! ni la dia buboq sora yang dah siap di packing dan dah ready untuk di ngap!

Sodap jugak ayaq tangan geng lebry Kedah ni ropanya.....

Isnin, 5 Disember 2011

MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikom, kom apa kombat, bat apa, batman. he..he..he... teringat pulak time budak2 dulu, dok nyayi lagu ni kat bataih ban sungai...


Ishh.... lama jugak la Pi Wai tak merapu dlm blog ni, bukannya apa Pi Wai tak beropa sihat, demam sampai dua minggu. Lepaih tu sakit kat kaki pulak, kena sengat menatang. Dekat 15 ari jugak la dok melingkar kat umah.


Mungkin hampa semua dah tau yang BAKEB kita dah menyawa balik. Tahniah la pada yang lekat jadi AJK baru ni masa mesyuarat 14.11.2011 lalu. Harap2 yang dilantik tu, jalankanlah tugas dan amanah yang orghang bagi kat kita. Jangan dok jadi macam gambaran peristiwa Israk Mikraj pulak. Gambaran oghang tua yang dok tambah beban atas bahu dia walau pun beban tu dah banyak dan berat, tapi dok gagah dan galak nak boh lagi. Bila Nabi tanya, Malaikat Israil kata itulah umat mu yang tak mampu nak buat kerja atau tunai amanah tapi nak juga terima....


AJK baru ni dah mula mesyuarat pada 22 November 2011 lalu. Banyak program dan agenda yang dirancang. Antara ketetapan yang diambil ialah nak bayar balik tunggakan kepada ahli yang berkahwin, kematian ahli keluarga, imbuhan ke SPASM di Johor dan serba mak nenek lagi. Pi Wai ingat kalu semua berjalan lancar, mungkin akhir bulan ni semua tunggakan itu akan dibayar. La ni sapa-sapa yang kawin. yang kematian ahli keluarga, yang pi Johor dan apa-apa juga bayaran yang tak dapat lagi, hampa calling En. Shahizan Affandi. Dia ditugaskan untuk menyenarai nama ahli dan bayaran yang masih belum dibayar. Haaa... tunggu apa lagi, call dia cepat!


Mesyuarat juga telah ambik ketetapan lain mulai Januari 2012, ahli yang bersalin, membuat kenduri perkahwinan, ditimpa kemalangan akan turut dibagi sumbangan. Dia punya jumlah atau nilai RM, Pi Wai tak bropa ingat la pulak tapi dlm RM50.00 kot. Tapi tak bagi duit la, BAKEB akan bagi dalam bentuk barangan atau hamper.


Kepada hampa yang ada cadangan atau idea yang baguih, tip top hampa sms mai kat Pi Wai. boleh Pi Wai ketengahkan dalam BAKEB. Tak kira apa isu la, sebab nama pun Badan Kebajikan...


La ni biro ekonomi dak mula start xtvt depa. Mulai 4 Dis 2011, depa dah mula buat jualan buku di pintu masuk lebry. Setiap buku BAKEB akan dapat komisen 20 %. Apa yang Pi Wai dapat tau buku Ombak Rindu yang dibuat filem la ni, laku sungguh!.


Biro agama pulak akan mula buat bubuq Asyura pada 13 Disember ni dan mungkin depa akan buat ceramah sempena Maal Hijrah pulak kot, dengaq kata.


Sampai tang ni dulu kot Pi Wai merapu kali ni, kita jumpa lagi !!!!!!