Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 5 Disember 2011

MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikom, kom apa kombat, bat apa, batman. he..he..he... teringat pulak time budak2 dulu, dok nyayi lagu ni kat bataih ban sungai...


Ishh.... lama jugak la Pi Wai tak merapu dlm blog ni, bukannya apa Pi Wai tak beropa sihat, demam sampai dua minggu. Lepaih tu sakit kat kaki pulak, kena sengat menatang. Dekat 15 ari jugak la dok melingkar kat umah.


Mungkin hampa semua dah tau yang BAKEB kita dah menyawa balik. Tahniah la pada yang lekat jadi AJK baru ni masa mesyuarat 14.11.2011 lalu. Harap2 yang dilantik tu, jalankanlah tugas dan amanah yang orghang bagi kat kita. Jangan dok jadi macam gambaran peristiwa Israk Mikraj pulak. Gambaran oghang tua yang dok tambah beban atas bahu dia walau pun beban tu dah banyak dan berat, tapi dok gagah dan galak nak boh lagi. Bila Nabi tanya, Malaikat Israil kata itulah umat mu yang tak mampu nak buat kerja atau tunai amanah tapi nak juga terima....


AJK baru ni dah mula mesyuarat pada 22 November 2011 lalu. Banyak program dan agenda yang dirancang. Antara ketetapan yang diambil ialah nak bayar balik tunggakan kepada ahli yang berkahwin, kematian ahli keluarga, imbuhan ke SPASM di Johor dan serba mak nenek lagi. Pi Wai ingat kalu semua berjalan lancar, mungkin akhir bulan ni semua tunggakan itu akan dibayar. La ni sapa-sapa yang kawin. yang kematian ahli keluarga, yang pi Johor dan apa-apa juga bayaran yang tak dapat lagi, hampa calling En. Shahizan Affandi. Dia ditugaskan untuk menyenarai nama ahli dan bayaran yang masih belum dibayar. Haaa... tunggu apa lagi, call dia cepat!


Mesyuarat juga telah ambik ketetapan lain mulai Januari 2012, ahli yang bersalin, membuat kenduri perkahwinan, ditimpa kemalangan akan turut dibagi sumbangan. Dia punya jumlah atau nilai RM, Pi Wai tak bropa ingat la pulak tapi dlm RM50.00 kot. Tapi tak bagi duit la, BAKEB akan bagi dalam bentuk barangan atau hamper.


Kepada hampa yang ada cadangan atau idea yang baguih, tip top hampa sms mai kat Pi Wai. boleh Pi Wai ketengahkan dalam BAKEB. Tak kira apa isu la, sebab nama pun Badan Kebajikan...


La ni biro ekonomi dak mula start xtvt depa. Mulai 4 Dis 2011, depa dah mula buat jualan buku di pintu masuk lebry. Setiap buku BAKEB akan dapat komisen 20 %. Apa yang Pi Wai dapat tau buku Ombak Rindu yang dibuat filem la ni, laku sungguh!.


Biro agama pulak akan mula buat bubuq Asyura pada 13 Disember ni dan mungkin depa akan buat ceramah sempena Maal Hijrah pulak kot, dengaq kata.


Sampai tang ni dulu kot Pi Wai merapu kali ni, kita jumpa lagi !!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan