Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 2 Mac 2011

BOM DAH MELETUP !!!!!

Salam untuk semua ahli. Dah lama tak bersiaran dalam blog ini. Ramai yang menghubungi dan bertanya MENGAPA SEPI TANPA BERITA ?

Jawapannya mudah. Gunung berapi yang ada sekarang, hanya menunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Kini dah tiba masa lahar itu dikeluarkan apabila cukup sifatnya.... Kebabooooommmm.

Jeng ! Jeng !... Dukacita dimaklumkan bahawa En. Shahizan Affandi b. Zakaria telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua mulai 2 Januari 2011. Sebab-sebabnya ?... Lu fikir lah sendiri kata Nabil, tetapi kata bidalan Melayu, sudah gaharu, cendana pula....

Maka ekoran daripada itu beberapa 10 orang AJK lain turut menjejaki langkah beliau apabila meletakkan jawatan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

Sehubungan dengan itu dengan ini adalah dimaklumkan bahawa

MESYUARAT AGUNG KHAS AKAN DIADAKAN PADA :

Tarikh : 24 Mac, Khamis
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Auditorium PPAK

Semua ahli adalah dijemput hadir !!

Aturcara Majlis

9.00 pagi : Pendaftaran / minum pagi.

9.45 pagi : Ahli-ahli mengambil tempat.
: Bacaan Doa.
: Ucapan Pemangku YDP Bakeb/PPAK.
: Mesyuarat dimulakan.
: Jamuan tengahari.
: Majlis bersurai.

Agenda Mesyuarat

a) Membentang dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 30 September 2009 hingga September 2010.
b) Pemilihan Jawatankuasa baru sessi 2010 / 2011.

Pakat mai ramai-ramai no.......