Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 30 Mei 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - JUN : .


Hmmm... dah masuk setengah tahun 2010 rupanya, rasa baru sangat kita menyambut tahun 2010.... terlalu cepat masa dan waktu beredar.... inilah yang di Sabdakan oleh Nabi Muhammmad SAW iaitu, pada akhir zaman nanti jarak waktu akan terasa seperti dipendekan dan menjadi terlalu singkat...


Selamat ulang tahun diucapkan kepada kakitangan kita yang akan menyambutnya pada bulan Jun ini !

  • 1 Jun - Zarina bt. Zawari - PD Kg. Datuk, Tekai Kiri.

  • 3 Jun - Mastura bt. Majid - Bhg. Perolehan.

  • 8 Jun - Norliza bt. Abu Bakar - PD Kg. Binjul.

  • 10 Jun - Norazlina bt. Saidin - PD Kg. Datuk, Tekai Kiri.

  • 11 Jun - Shahizan Affandi b. Zakaria - Bhg. Rangkaian Perpustakaan / Norilsyahirah bt. Ilias - Bhg. Multimedia.

  • 13 Jun - Shafizah bt. Sofi - PD Kg. Kilim.

  • 14 Jun - Mohd Amin b. Abdul Rahman - PD Kg. Belau / Hisham b. Abu Seman - Cawangan Langkawi.

  • 18 Jun - Abdul Rahman b. Mat Zain - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

  • 19 Jun - Siti Hajar bt. Mahmud - Bhg. Pentadbiran / Siti Zubaida bt. Saad - PD Pekan Naka.

  • 20 Jun - Norhana bt. Yahya - Cawangan Merbok / Ramezan b. Ramli - Cawangan Jitra.

  • 22 Jun - Che Som bt. Ahmad - Bhg. Sirkulasi.

  • 23 Jun - Aswani bt. Awang - Bhg. Rujukan / Mohd Yusof b. Awang - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

  • 24 Jun - Syafik Ihsan Affandi b. Zakaria - Bhg. Majalah, Hadiah & Pertukaran.

  • 26 Jun - Mohd Desa b. Ismail - Cawangan Sungai Petani.

  • 28 Jun - Jasmin Suhana bt. Mohd Hanapiah - Bhg. Perolehan.

  • 29 Jun - Halijah bt. Saad - PD Kg. Raja Atas.

  • 30 Jun - Norsiah bt. Zainol - PD Kg. Sungai Karangan.

Selasa, 25 Mei 2010

. : SKETSA PAK MEON : .

Menjelang SPASM yang bakal berlangsung beberapa hari lagi, ramai atlet PPAK yang giat berlatih samada secara perseorangan atau berkumpulan. Tidak ketinggalan membuat latihan ialah kumpulan untuk persembahan pada malam akhir pertandingan.

Persembahan PPAK pada kali ini ialah " sketsa Pak Meon ". Boleh tahan juga persembahan dan idea dia orang ni, yang keseluruhannya adalah terdiri daripada staff dan muka baru yang menyertai pertandingan ini. Payah la otai lama nak cari makan lepas ni...

Tahniah dan syabas kepada kumpulan ini !



























Rabu, 19 Mei 2010

. : LATIHAN KAWAD SPASM :.

Latihan kawad untuk perbarisan sempena SPASM di Johor mulai diadakan pada 20.5.2010 di PPAK Alor Setar. Latihan diketuai oleh En. Mohd Baser b. Othman. Seramai 30 orang kakitangan terlibat dalam kumpulan kawad ini.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan dari Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Desa yang sanggup bersusah payah datang untuk sessi latihan kawad ini... Niat cuma satu, UNTUK PPAK ! semoga mereka dan kakitangan lain yang akan mewakili dan menyokong PPAK akan mendapat sesuatu ganjaran yang sewajarnya daripada pihak pengurusan PPAK.








Siapa pulak yang lindung kamera ni...........


Amboi... dalam letih kawad pun sempat berposing lagi Mama Rina kita ni..







Ini dia jurulatih kawad kita, En. Mohd Baser, nampak bersemangat sekali pagi ni, apa tidak nya, hari ini merupakan hari lahir beliau ! SELAMAT HARI LAHIR kita ucapkan! Petang ni boleh buka kedai kecik kot?

Ahad, 16 Mei 2010

. : TAKLIMAT SUKAN SPASM : .

Makluman kepada semua pemain dan penyokong PPAK yang akan ke Johor Baharu. Suatu taklimat khas mengenai sukan tersebut akan diadakan pada ketepatan seperti berikut :

Tarikh : 23 Mei 2010, (Ahad)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Auditorium PPAK

Sehubungan dengan itu semua anda dijemput hadir......

Sabtu, 1 Mei 2010

. : PERTUKARAN TUGAS : .

Mulai 2 Mei 2010, terdapat beberapa pertukaran tugas yang melibatkan 4 orang pegawai iaitu :


  1. En. Hashimi b. Hassan - Daripada Bhg Rangkaian Perpustakaan ke Bhg Pembinaan Koleksi.

  2. En. Shahizan Affandi b. Zakaria - Daripada Bhg Pembangunan ke Bhg Rangkaian Perpustakaan.

  3. En. Rosli b. Aziz - Daripada Bhg Koleksi Kedah ke Bhg Pembangunan.

  4. Pn. Hasnah bt. Haji Taha - Daripada Bhg Katalog ke Bhg Koleksi Kedah.

Selamat bertugas di tempat baru kepada mereka yang berkenaan dan selamat kembali ke tanah air kepada Pn. Hasnah bt. Haji Taha yang telah berangkat mengerjakan ibadah umrah beberapa hari yang lalu.......

Untuk melihat berita terkini Cik Nur Nadhirah, sila tengok kembali malang tidak berbau...