Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 28 Februari 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - MAC : .


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran diucapkan kepada :
  • Pn. Rohaya bt. Awang Kechik - Cawangan Merbok - 2 Mac.

  • En. Taudin b. Ismail - Cawangan Baling - 2 Mac.

  • Cik Siti Nor Jannah bt. Abu Bakar - Bhg Katalog - 7 Mac.

  • En. Khairul Azhar b. Mohd Asri - Bhg Sirkulasi - 7 Mac.

  • En. Nikman Affandi b. Idris - Bhg Teknologi Maklumat - 10 Mac.

  • Cik Jawahir bt. Ismail - Bhg Koleksi Kedah - 12 Mac.

  • Cik Murshida bt. Zainol - Bhg Sirkulasi - 13 Mac.

  • En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri - Bhg Koleksi Kedah - 19 Mac.

  • Pn. Che Rahnah bt. Bakar - Bhg Katalog - 23 Mac.

  • Pn. Noraini bt. Razimi - Cawangan Kulim - 24 Mac.

  • Cik Siti Sarah bt. Hasbullah - Bhg Gerakan Literasi - 27 Mac.

  • Pn. Razlina bt. Ramli - Cawangan Sg. Petani - 27 Mac.

  • En. Mohd Syakir b. Md. Yusof - Bhg Rangkaian Perpustakaan - 31 Mac.

Manusia yang paling baik adalah yang paling panjang umurnya dan banyak amalnya. Manusia yang celaka adalah yang panjang umurnya tetapi tidak ada amalnya.( Hadis Nabi Muhammad SAW)


Haaa... yang nak buat kenduri doa selamat tu, keloi-keloi la sama no....


Rabu, 24 Februari 2010

. : MAULIDUR RASUL :.


Esok Jumaat, 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010 adalah hari Maulidur Rasul, dan kita akan bercuti sehingga ke hari Ahad kerana mendapat cuti gantian yang jatuh pada hari Jumaat. Diakhir-akhir ini, dan pada tahun ini sahaja, banyak peristiwa besar yang berlaku pada hari Jumaat yang perlu kita renungi dan hayati bersama dengan penuh keinsafan. Antaranya :


  • 27 November 2009 - Hari Raya AidilAdha.

  • 18 Disember 2009 - Tahun Baru Hijrah 1431.

  • 25 Disember 2009 - Hari Natal.

  • 1 Januari 2010 - Tahun Masehi.

  • 15 Januari 2010 - Gerhana Matahari.

  • 26 Februari 2010 - Maulidur Rasul.

  • 28 Mei 2010 - Hari Wesak.

  • 10 September 2010 - Hari Raya AidilFitri.

  • 27 Ogos 2010 - Nuzul Quran.

  • 5 November 2010 - Deepavali.

Apakah maksud tersirat yang Allah Taala aturkan ini? Hanya DIA yang lebih mengetahuinya. Dan ingatlah bahawa, KIAMAT juga akan berlaku pada hari Jumaat! Bagi yang masih alpa dengan nikmat DUNIAWI, masih belum terlambat rasanya untuk kita kembali kepangkal jalan.



Ahad, 21 Februari 2010

. : JAMUAN KESYUKURAN : .

Isnin, 22 Februari 2010, seramai 21 orang kakitangan PPAK telah mengadakan jamuan kenduri kesyukuran kerana mendapat kenaikan pangkat, kenaikan untuk penyandang dan lantikan baru perjawatan. Jamuan kenduri kesyukuran yang tertangguh sejak beberapa hari yang lalu akhirnya berjaya juga diadakan pada tarikh ini, malangnya Tuan Pengarah pula tidak dapat bersama meraikan jamuan ini kerana terpaksa berangkat ke Pahang kerana urusan rasmi.

Amat bertuah juga kepada kakitangan yang mengadakan jamuan ini kerana YB Dr. Haji Hamdan b. Mohd Khalib, Pengerusi PPAK bersama PA beliau turut sudi datang memeriahkan majlis ini. Terima kasih YB!

Katering majlis ini didatangkan khas daripada Daerah Yan! Sapa lagi brokernya kalau bukan Kak Chik Ku Mastom kita! Antara menu ala kampong yang disediakan ialah gulai ikan termenung, ayam goreng berempah, sambal tumis ikan kering, ikan kering goreng, ulam campur , puding dan buah-buahan, manakala Pn. Juriza menyumbangkan bubur kacang sebagai pemanis mulut.

Senarai mereka yang mengadakan jamuan ini ialah :
  • En. Hashimi b. Hasan
  • En. Shahizan Affandi b. Zakaria
  • Pn. Siti Salmiah bt. Ahmad
  • En. Yahya b. Abd Raof
  • Pn. Che Som bt. Ahmad
  • En. Sohaimi b. Osman
  • En. Ku Zamri b. Ku Yahya
  • En. Mohd Yusof b. Ismail
  • En. Ghazali b. Yaakob
  • Pn. Hajah Sharipah bt. Bahadon
  • Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad
  • En. Ku Izham b. Ku Baharom
  • En. Ridhwan b. Shariff
  • Tn. Haji Alias b. Baharom
  • Cik Nor Khairunnisa' bt. Hashim
  • Cik Nur Azhani bt. Basharudin
  • En. Mohd Fuad b. Zainol
  • Pn. Azlina bt. Md Akhir
  • En. Che Saufi b. Ahmad
  • En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri
  • Pn. Juriza bt. Safie

Ha... semua ni dah buat kenduri, yang nak dapat S32 lepas ni kena buat kenduri sorang-sorang la noooo...



Gulai ikan temenung....


Sambal tumis ikan kering...


Ikan kering goreng...


Ayam goreng berempah....


Ni buah limau.. balance raya cina punya maaa..


Puding....


Terima kasih YB kerana sudi hadir!


Bila la jodoh dua orang ni nak mai.... kira jadi terus la senang kira... tak payah cari jauh-jauh ... mai kerja pun sekali... naik kereta baru pulak tu... nak bersanding nanti kita berarak dengan bas bergerak!... boleh gak masuk TV..ngeh!ngeh!ngeh!







Ai yaaa... bila mau makan lu angkat gambar... bila mau makan lu angkat gambar... bila masa wa mau makan ?




Oppp!!!! nang bo tey nang koi botey koi, jangan ambik gambar Nang la...


Ishhh, baik-baik Che Hashim, nanti jatuh pula HP tu dalam nasi...






Yang dua orang tu masuk pertandingan kuruskan badan... kira ratah lauk saja.. ha... tak pa! hampa nak ratah apa pun, tang nasi dan ayam tu hampa bagi kat aku... kuang! kuang! kuang!


Arop : Nik Man, hang tau tak pasai apa aku ajak hang mai makan lambat? pasai..... boleh makan dan tambah banyak...


Oooiiiii..... jangan la ambik gambar kami tengah makan! malu la...


Opppp!! jangan tengok,, aku ambil ayam banyak!!!

Rabu, 17 Februari 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR : .


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kakitangan PPAK yang menyambutnya pada bulan Februari
  • Janaki A/P Murugan - PD Kg. Thye Eng (3 Feb)

  • En. Azarul Jimy b. Awang - PD Kg. Paya Pahlawan (6 Feb)

  • En. Abd. Rashid b. Ali - Cawangan Merbok (10 Feb)

  • Pn. Roshida bt. Othman - Bhg Gerakan Literasi (12 Feb)

  • Pn. Rohana bt. Omar - Bhg Katalog (12 Feb)

  • Siti Khadijah bt. Abdul Gani - PD KEDA Lahar Tunjung (14 Feb)

  • Buhairah bt. Hassan - PD Kg. Bendang Bukit (14 Feb)

  • Pn. Rafidah bt. Mohd Ghazi - Bhg Teknologi Maklumat (16 Feb)

  • En. Mohd Yusof b. Ismail - Cawangan Jalan Kuala Kedah (17 Feb)

  • Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad - Bhg Perolehan (18 Feb)

  • Siti Farah bt. Mohamad - Cawangan Jalan Kuala Kedah (21 Feb)

  • En. Zulkepli b. Yahaya - Cawangan Sungai Petani (22 Feb)

  • En. Mohd Tarmizi b. Khairodin - Bhg Rujukan (25 Feb)

  • Noorazilah bt. Azizan - Cawangan Baling (25 Feb)

  • Pn. Che Puteh bt. Mat - PD Felda Gunung Bongsu (25 Feb)

  • Pn. Hasnah bt. Haji Taha - Bhg Katalog (26 Feb)

  • Kartinah bt. Md. Sari - PD Felda Lubuk Merbau (26 Feb)

Antara yang akan ditanya apabila kita mati nanti ialah tentang umur kita! BAGAIMANA KITA MENGISI UMUR KITA SEWAKTU MASIH HIDUP! BERBAHAGIALAH BAGI MEREKA YANG MENGISI UMUR YANG DIPINJAMKAN SEKETIKA INI DENGAN MENGIKUT LUNAS AGAMA DAN SYARIATNYA.


Rabu, 10 Februari 2010

. : SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA 2010 : .

Tarikh : 4 - 8 Jun 2010.
Tempat : Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunus, Larkin, Johor.
Acara :
  • 4 x 100m (4 Lelaki / 4 Perempuan)
  • Bola Jaring (7 Perempuan)
  • Bola Tampar (6 Lelaki)
  • Bowling Berkumpulan (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Permainan Tradisional (VIP)
  • Rock Climbing (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Polo Air (Lelaki / Perempuan)
  • Futsal (Lelaki / Perempuan)
Tu dia Aiiih!!! hampa boleh main ka semua acara ni?.. Mak Oii... ni la bahana Malaysia tak dapat pingat kat Olimpik agaknya yang depa buat acara ni! Tapi mana la tau no, kot-kot staff PPAK yang bakal mewakili Malaysia dapat dicungkil melalui sukan atau acara yang dipertandingkan kali ini !...

Itu baru acara, tak kira kos nak pi lagi!! Mesyuarat AJK BAKEB pada 10.2.2010 dok congak-congak, nak dekat RM 500 setiap orang yang berhajat nak pergi ke sukan ni tak kira samada sebagai peserta atau penyokong! Dan mesyuarat dah menetapkan hanya 2 buah bas iaitu 80 orang sahaja yang akan menyertai, itu pun jika ada sambutan!

Amacam sanggup ke you all semua tanggung semua ni? Lu Fikir La sendiri..... Tapi, PPAK akan cuba minta bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri, manalah tau kot-kot boleh. Jadi marilah bersama-sama kita berdoa semoga barisan atlet dan penyokong mendapat sedikit sokongan kewangan bagi membiayai dan menyertai sukan ini.....

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25.2.2010. Haa..... yang nak pi cepat-cepat confirm dengan Pn. Nurina noo......kot ramai orang kalu, terlopeh la pulok!!!
Apakah kejayaan di Terengganu 2008 akan berulang?

Selasa, 9 Februari 2010

. : WOW ! KERETA BARU : .

Fu Yoo.... tahun 2010 ni, ramai dikalangan staff PPAK yang membeli kereta baru... Tu tak termasuk yang beli 2nd punya. Kira loaded jugalah staff PPAK ni..

Ha... hampa yang dok di cawangan dan PD tu yang tau sapa-sapa lagi yang beli dan tukar kereta bagitau la mai kat kami no! Boleh kita pakat kongsi tengok, manalah tau kot-kot jumpa di jalan boleh kita lawan bagi hon.... macam Abang Kasim kat Raja Lawak tu.. PON ! PON !



  • Yang ni, tengah dok panas-panas dan bau kedai lagi. ALZA ni Cik Norshahila, Ketua Bhg Majalah, Hadiah dan Pertukaran yang punya..

  • Ha, yang ni pula Grand Livina. Sapa punya ? Rahsia....
  • Myvi ni pula lagi special, tak payah dok beli! dapat ceme sahaja berkat anugerah dan kebolehan beliau dalam penulisan. Tahniah dan dan syabas kepada Cik Li atau Uncle Bob kita iaitu En. Rosli, Ketua Bhg Koleksi Kedah kerana memenangi kereta ini dalam pertandingan yang dianjurkan oleh akhbar The Star. Dengar kata Myvi nak ditukar kepada MyLi dan nombor pun nak ditukar kepada S32... jangan marahhhh aaaa...

Ketua Bhg Rujukan, bila nak bawa mai HONDA CITY baru?

Sabtu, 6 Februari 2010

. : KEMBALI KE RAHMATULLAH : .


Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian. Hanya Allah SWT yang mengetahui bilakah kematian itu akan menjemput kita. Dari Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita akan kembali.


Jawatankuasa BAKEB/PPAK merakamkan ucapan takziah kepada Cik Asma bt. Ali, Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran & Kewangan di atas kematian ibunya, Allahyarhamah Saodah bt. Mahmud pada jam 9.30 pagi ini ( 7.2.2010 ) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat Kanser Perut.


Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita semua membaca Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada ibu beliau.. Al- Fatihah....


Cik Asma bt. Ali

Jumaat, 5 Februari 2010

. : TAZKIRAH - DOSA : .


Tidak dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau dosa besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita.

Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT.

Walaupun menurut Al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Menurut Imam Al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu,
  • Sifat Rububiyyah ( sifat ketuhanan )
Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT.
  • Sifat Syaitaniyyah ( sifat syaitan )
Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan.
  • Sifat Bahimiyyah ( sifat kehaiwanan )
Seperti tamak haloba, memperturutan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya.
  • Sifat Subu'iyyah ( sifat kebuasan )
Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.

Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat.

(Berita Harian 28.1.2010 )

Isnin, 1 Februari 2010

. : TAHNIAH & UCAP SELAMAT : .


Tahniah diucapkan kepada En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri kerana telah berjaya menjawat jawatan Pembantu Am Pejabat (N1) mulai 1 Februari 2010.

Beliau yang sekarang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan Sementara (S17) di Bahagian Koleksi Kedah telah menghadiri temuduga pada 12 Januari 2010, serentak dengan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan (S32) yang disaingi oleh En. Rosli b. Aziz, Ketua Bhg Koleksi Kedah, Pn. Norfardilla bt. Mohd Nor, Ketua Bhg Rujukan dan Pn. Roshida Ketua Bhg Gerakan Literasi.

Tapi result bagi jawatan S32 ini belum dikeluarkan lagi...... Agak-agak siapa yang berjaya? Haaa.... mari kita tanya pada Pak Belalang.... Wahai Ahli Nujum Negara, maklumkan kepada kami siapakah diantara mereka yang berjaya!

Ampunkan patik Tuanku, yang berjaya dalam temuduga itu ialah ......... ala... yang tu... Tuanku, yang tu... ala yang depa pakat-pakat sebut tu.... nampak tak yang goyang-goyang tu.......

Hmmm... dengar kata lagi, emak En. Faizal dah mula cari bahan-bahan nak buat Nasi Beryani, tapi Mak Cik jangan lupa cari mak baru pula pada anak En. Faizal nii...