Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 30 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010.


Pejam celik, pejam pelik dah setahun masa berlalu. Lagi kita dok pejam celik lagi banyaklah salah dan dosa yang kita lakukan. So, selagi kita dok boleh celik lagi ni, banyak-banyaklah kita berbuat pahala dan kebajikan sebelum kita PEJAM TAK BOLEH CELIK lagi.


Selamat menyambut Tahun Baru 2010 daripada Jawatankuasa BAKEB/PPAK. Kuatkan tekad, semangat dan azam kita demi untuk kerjaya, jabatan dan keluarga ditahun 2010 ini.


1 BAKEB

Ahli didahulukan, aktiviti diutamakan.


Ahad, 27 Disember 2009

ALBUM PERKAHWINAN PUAN AZLINA BT. MAT AKHIR

Haa...Tu dia nak tunjuk kat hampa semua, gambar-gambar perkahwinan Pn. Azlina ( jangan dok silap tulis cik lagi no kat nama dia ) untuk tatapan semua ahli BAKEB. Gambar ni dicilok daripada blog Murnimasreena... Makasihhhhh.

Hmm.. sama cantik sama padan.... sedondon..
Amboi... colour pun Kedah Sejahtera ....

Tumpang semangkok .....



Antara set hantaran perkahwinan.. Tu dia! siap dengan burung dalam sangkar sekali.. burung apa? BURUNG MURAI .... burung apa? BURUNG MURAI... burung apa? BURUNG MURAI...

Rabu, 23 Disember 2009

AMALAN SUNAT DALAM BULAN MUHARAM.

1. Tanggal 10 Muharam disunatkan berpuasa (puasa Asyura), tetapi Nabi s.a.w menganjurkan berpuasa juga pada hari sebelumnya supaya tidak menyerupai amalan orang Yahudi yang berpuasa sekali setahun iaitu pada 10 Muharam sahaja. Imam Syafie menyatakan sunat berpuasa pada tiga hari iaitu hari 9, 10 dan 11 Muharam.

2. Dalam bulan ini disunatkan juga agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin.

3. Disunatkan melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.

4. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.

5. Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.

6. Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari Asyura seolah-olah dia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.

7. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari Asyura seolah-olah telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.

8. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari Asyura maka nescaya dia tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

9. Sesiapa yang memberi minum pada hari Asyura maka dia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.

10. Sesiapa yang bersedekah pada hari Asyura maka seolah-olah dia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.


Haa.. dok tunggu apa lagi ? cuba kita pakat-pakat try ikut apa yang disarankan ini, jangan dok kira nak kacau BUBUR ASYURA saja...... 10 Muharam ialah pada hari Ahad, 27 Disember 2009.

Khamis, 17 Disember 2009

Jumaat, 11 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.


Jawatankuasa BAKEB mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H kepada semua kakitangan PPAK. Semoga di tahun baru ini segala usaha, kerja dan amalan kita mendapat keberkatan disisi ALLAH.

Rabu, 9 Disember 2009

MAJLIS SAMBUT MENANTU.

Tahniah kepada En. Abdullah b. Haji Md Ali, kakitangan Perpustakaan Cawangan Baling yang bakal menerima menantu kerana melangsungkan perkahwinan anak lelaki beliau En. Afenzi B. Abdullah dengan Cik Rosjunaidah bt. Roslan pada Isnin, 28 Disember 2009 ( dikad jemputan dicatit hari ININ daaa..) di Kampong Banggol Sedang, Sungai Limau, Baling Kedah.

Kalau tuan pergi memburu
Jangan lupa membawa lampu
Tahun ini menimang menantu
Tahun depan menimang cucu

Semoga majlis beliau berjalan lancar dan diberkati oleh ALLAH. Amin... Kepada kakitangan yang tinggal berdekatan dengan rumah beliau, pergilah meraikan majlis ini...

MAKLUMAN UNTUK KAKITANGAN PERPUSTAKAAN DESA PROJEK KHAS PNM.

Kepada anda yang ingin menjadi ahli BAKEB dan berminat untuk menyertai Sukan Perpustakaan Awam Se Malaysia di Johor, sila masukan bayaran-bayaran tersebut (bank-in) ke dalam akuan BAKEB di BIMB - 02011010039854.

Jangan lupa fax atau poskan salinan tersebut kepada Pn. Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh !

KURSUS INDUKSI PPAK 02/2009.

Tarikh : 8 - 10 Disember 2009.
Tempat : Auditorium PPAK.

Kursus selama 3 hari ini dikhaskan untuk kakitangan yang baru berkhidmat di PPAK. Kursus dihadiri oleh seramai 22 orang peserta daripada Perpustakaan Pusat, Cawangan dan Perpustakaan Desa.

Selamat berkursus, semoga input yang diperolehi daripada kursus selama 3 hari ini dapat membantu meningkatkan lagi tahap dan kualiti perkhidmatan ditempat masing-masing.


Selasa, 8 Disember 2009

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN.

Tarikh : 17 Disember 2009.
Masa : 10.00 pagi.

Kakitangan yang ingin mengemukakan sebarang isu, sila hubungi nama-nama berikut untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

1. Pn. Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh.
2. En. Yahya b. Abd Raof.
3. En. Mustafa b. Kassim.
4. En. Addi b. Abu Bakar.
5. En. Saiful Nizam b. Jamaludin.
6. En. Mohamad Hidayat b. Mohamad Zahir.
7. Pn. Yuzaini bt. Yusoff.

Khamis, 3 Disember 2009

TAMAT PERKHIDMATAN.

Pn. Nor Aziyah bt. Azizan.

Selamat mendapat jawatan baru diucapkan kepada Pn. Nor Aziyah bt. Azizan, kakitangan Bahagian Rujukan yang akan menamatkan perkhidmatannya di PPAK kerana telah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 di Kementerian Pendidikan Malaysia.



Beliau akan melaporkan diri pada 7 Disember 2009 ini. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.


Selasa, 1 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kakitangan PPAK yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Disember 2009 ini.

1. Rohaiza bt. Abdul Wahid, kakitangan PD Kg. Belat, Kubur Panjang dengan pasangannya En. Mohd Khairi b. Said pada hari Khamis, 3 Disember 2009.

2. Siti Hajar bt. Mohamad Ali, kakitangan PD Kg. Kilang Batu, Bandar Bharu dengan pasangannya En. Zulfadli b. Abdullah Saleh pada hari Ahad, 6 Disember 2009.
3. Nor Nuzaimah bt. Mokti, kakitangan PD Kg. Charok Kudung, Pendang dengan pasangannya En. Mohd Noorsyafizal b. Haji Che Lan @ Ahmad pada hari Sabtu, 19 Disember 2009.

4. Azlina bt. Mat Akhir, kakitangan Bahagian Katalog dengan pasangannya En. Mohd Nor b. Yaakob pada hari Khamis, 24 Disember 2009.

Cik Azlina bt. Mat Akhir


Hai ..... semua staff perempuan saja ni, yang lelakinya bila lagi oiii... jangan peram-peram lama sangat, nanti menangis balik tempayan pulak !!!

Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah hati mempelai PPAK ini seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha, juga seperti Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Kami memohon doa dan restuMu, berkatilah perkahwinan mereka dan semoga majlis perkahwinan mereka berjalan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan mempelai PPAK ini berkekalan buat selama-lamanya hingga akhir hayat.

Amin Ya Rabbal Alamin..

UCAPAN TAKZIAH.

Jawatankuasa BAKEB merakamkan ucapan takziah kepada En. Ku Izham b. Ku Baharom, kakitangan Bahagian Perolehan di atas kematian adik beliau pagi ini, 2.12.2009, di Kampong Telok Bagan, Alor Setar Kedah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, bertakwa serta beramal soleh denganNya. Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya...... Al-Fatihah.

ALBUM PERKAHWINAN PUAN MUAZAH BT. MOKHTAR

Tarikh : 21 November 2009
Malam larut pasanglah tanglung
Supaya mudah orang berjaga
Ikan di laut asam digunung
Dalam kuali bertemu juga
Kain batik baju batik
Batik datang dari Jawa
Adik cantik abang pun cantik
Bagai pinang dibelah dua
Duduk bersanding di atas pelamin
Bagaikan raja memerintah negeri
Bisikan cinta ikatan terjamin
Moga kebahagiaan Allah beri
Sudah terkota lafaz dan cinta
Semoga berkat cinta sejati
Hiduplah bersama bercinta-cinta
Susah dan payah samalah mengerti
Senyum dinda cantik di mata
Azimat rindu membawa ceria
Hidup bersama menjalin cinta
Cantik dihati cantiklah dimata
  • Hidup berdua kuatlah ibadat
  • Gagah perkasa seorang perwira
  • Sehati sejiwa membawa berkat
  • Hidup bersama dalam sejahtera
  • Mentera bukan sebarang mentera
  • Lafaz nikah ikatan hati
  • Mentua bukan sebarang mentua
  • Mentua berdua ibubapa sejati.

Teman-teman yang tumpang sekaki... yang sebelah kanan pengantin tu bila lagi daaaa...

Ahad, 29 November 2009

QURBAN PPAK.

Pada hari Isnin, 30 November 2009, buat pertama kalinya dalam sejarah, PPAK telah mengadakan Qurban dan jamuan kepada kakitangannya sempena perayaan ini. Seekor lembu yang telah disumbangkan oleh YAB Menteri Besar Kedah telah disembelih di PD Kampong Kepala Bukit, Tobiar, Pendang.
Seramai 7 orang kakitangan PPAK telah menyertai majlis penyembelihan tersebut. Mereka terdiri daripada Tuan Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid, En. Md Kasa b. Salleh, Pn. Hasnah bt. Haji Taha, En. Mohd Nazri b. Abu Bakar, En. Yahya b. Abd Raof, En. Mohd Baser b. Othman dan En. Sasmin b. Othman. Daging Qurban tersebut kemudiannya telah diuruskan oleh Jawatankuasa PD Kampong Kepala Bukit untuk dimasak dan kemudiannya dihantar ke PPAK. ( Terima kasih kepada AJK PD Kg. Kepala Bukit yang diketuai oleh En. Khali b. Ahmad )
Di PPAK, majlis tahlil telah diadakan dengan bacaan doanya telah dipimpin oleh Tuan Haji Abd Hamid b. Ahmad, salah seorang AJK Persatuan Pesara Negeri Kedah. Turut hadir menyertai jamuan ialah YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib, Pengerusi PPAK yang tiba agak lewat kerana terikat dengan tugasan rasmi beliau di Wisma Darul Aman.
YB Dr. Haji Hamdan dengan ditemani oleh Tuan Pengarah PPAK sedang menjamu selera..
Daging yang siap dimasak ... betul-betul HOLIAU..


Sedia untuk dikorbankan...


Sembelihan telah dilakukan oleh Tuan Imam Masjid Kg. Kepala Bukit.

AJK PD Kg. Kepala Bukit sedang melapah daging.. geng PPAK cuma jadi pemerhati saja ... pakai baju kerja ... nak buat camno..




Tuan Haji Abd. Hamid sedang mengetuai bacaan tahlil.



Masa yang dinantikan ......

PESTA SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM MALAYSIA.

Pesta sukan ini akan diadakan pada bulan Mei atau Jun 2010 di Johor Baharu. Melalui mesyuarat pada 19.11.2009, Jawatankuasa BAKEB telah bersetuju untuk membuat potongan gaji bulanan RM 20.00 mulai bulan Disember 2009 kepada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pesta sukan ini.

Kepada anda yang berminat sila hubungi Setiausaha BAKEB, Pn. Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh atau, Penolong Setiausaha BAKEB, En. Yahya b. Abd Raof. Dalam perancangan jawatankuasa, selesai sukan ini, peserta akan dibawa melancong ke SINGAPURA...

Rabu, 25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN.



Jawatankuasa BAKEB/PPAK mengucapkan mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua ahli dan kakitangan PPAK. Kepada kakitangan yang melakukan ibadah Qurban tu, semoga Qurban anda semua diterima oleh ALLAH S.W.T. Haa... yang ada darah tinggi tu jangan dok pulun sangat makan daging tu..!

Oh ya, jangan lupa pada 30 November ini Qurban oleh PPAK! Jadi, pakat-pakat mai no !

TAMAT PERKHIDMATAN ..... PN.ZURIANA MOHD RAZIZ

Khamis, 26 November 2009 merupakan hari terakhir bagi Pn. Zuriana bt. Mohd Raziz. kakitangan Bahagian Gerakan Literasi bertugas di PPAK. Mulai esok beliau akan berhenti bertugas di PPAK kerana mengikuti suami beliau, En. Ghazali b. Abd. Rahman bertugas di Kemaman, Terengganu.

Semoga beliau maju jaya dalam segala lapangan yang bakal disertainya selepas ini dan .... cepat-cepatlah menimang cahaya mata..
Berikut disiarkan gambar dari album perkahwinan beliau pada bulan Oktober 2009 lalu, untuk kenangan bersama....

PENYERAHAN LEMBU KORBAN AIDILADHA.





Pada 23 November 2009, Jawatankuasa Biro Agama telah mengiringi Pengarah PPAK untuk menerima seekor lembu daripada YAB Menteri Besar Kedah untuk dijadikan Qurban kepada PPAK di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Lembu tersebut akan disembelih pada 30 November 2009 di Perpustakaan Desa Kampong Kepala Bukit, Pendang.Dagingnya akan dimasak oleh penduduk kampong tersebut dan dihantar kembali ke PPAK untuk jamuan tengahari.

Kepada kakitangan yang tinggal berdekatan adalah dijemput hadir pada tengahari tersebut untuk bacaan tahlil dan jamuan.

Selasa, 24 November 2009

MESYUARAT BAKEB PERTAMA.

Tarikh : 19 November 2009.
Lokasi : Anjung Ilmu.

Antara agenda mesyuarat kali pertama bagi sessi 2009/2011 ialah :-
1. Pelantikan ketua biro.
2. Pertukaran tandatangan Setiausaha dan Bendahari di dalam akaun bank.
3. Penghantaran laporan tahunan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan.
4. Tawaran keahlian kepada kakitangan Perpustakaan Desa PNM.
5. Pesta Sukan Antara Perpustakaan.

Mesyuarat bersetuju untuk menyertai pesta sukan ini yang akan diadakan pada bulan Mei atau Jun 2010 di Johor.Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat potongan RM 20.00sebulan kepada kakitangan yang ingin menyertai sukan ini. (Angaran kos ialah RM 120.00.

Kepada staff PD PNM surat tawaran dan borang keahlian BAKEB akan dihantar kepada mereka pada bulan Disember ini.

Khamis, 19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak ahli yang berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2009. Antaranya yang diketahui hingga ke hari ini ( bagi Perpustakaan Pusat Sahaja ) ialah :

1. Anak Pn. Roshida bt. Othman - 5A.
2. Anak Pn. Sharipah bt. Bahadon - 5A.
3. Anak En. Ghazali b. Yaakob - 4A 1B.

Mana-mana ahli,samada di Pusat, Cawangan dan Desa yang anak-anak mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR,PMR SPM & STPM selepas ini, sila maklumkan kepada YDP BAKEB. Mana lah tau, mungkin Biro Kebajikan ada suprise nak hulurrrr.

Rabu, 18 November 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cik Muazah bt. Mokhtar, kakitangan Bahagian Pentadbiran & Kewangan yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan En. Azmil b. Haji Azizan pada Sabtu, 21 November 2009 di No.52, Kampong Gunung Hilir, Gunung Keriang Alor Setar. Semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakkal kepada Mu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri yang solehah yang sentiasa membantu. Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka suami isteri dipenuhi Al-Mawaddah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat. Amin ....

Muazah bt. Mokhtar.

Isnin, 16 November 2009

MAJLIS ASYURA.

Tarikh : 21 Januari 2009.
Lokasi : PPAK, Jalan Kolam Air.
Maaf no gambar-gambar ini terpaksa diterbitkan dalam dua siri sebab line kat multimedia tak elok, gambar-gambar pula BERAT NAK LOAD !
Ish! Ish! gambar ni kecil pula, tak boleh nak masuk saiz besar ! berat nak load gambar-gambar ni....
Yang tu dok tunduk muih api ka dok perbesar api ?
Taruk ! Man taruk! kencing manis kalu, ubat juga cari...
Bahan yang tunggu masa nak taruk dalam periuk !
Amboi, dan lagi depa posing no..

Ni baru buah awai, relax la hampa kacau....

Sambil kupas, sambil ngap pun ada geng ni....

Hak ni masa sessi perisi kulit kacang dalam bilik makan!