Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 23 Disember 2009

AMALAN SUNAT DALAM BULAN MUHARAM.

1. Tanggal 10 Muharam disunatkan berpuasa (puasa Asyura), tetapi Nabi s.a.w menganjurkan berpuasa juga pada hari sebelumnya supaya tidak menyerupai amalan orang Yahudi yang berpuasa sekali setahun iaitu pada 10 Muharam sahaja. Imam Syafie menyatakan sunat berpuasa pada tiga hari iaitu hari 9, 10 dan 11 Muharam.

2. Dalam bulan ini disunatkan juga agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin.

3. Disunatkan melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.

4. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.

5. Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.

6. Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari Asyura seolah-olah dia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.

7. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari Asyura seolah-olah telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.

8. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari Asyura maka nescaya dia tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

9. Sesiapa yang memberi minum pada hari Asyura maka dia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.

10. Sesiapa yang bersedekah pada hari Asyura maka seolah-olah dia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.


Haa.. dok tunggu apa lagi ? cuba kita pakat-pakat try ikut apa yang disarankan ini, jangan dok kira nak kacau BUBUR ASYURA saja...... 10 Muharam ialah pada hari Ahad, 27 Disember 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan