Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 27 Disember 2011

MAKAN-MAKAN NGAN JAWAHIR

Minggu lepaih, time abih mesorat BAKEB, Cik Nah dgn Pi Wai dok sembang ngan 2 n 3 oghang otai lama kat lebry ni. Sembang punya sembang kami pun sepakat nak kuar makan2 dgn Jawahir, sebelum dia bersara pada 1.1.2012 ni. Riki punya riki dapatlah 14 oghang otai lama kat lebry ni yang setuju kuar makan tengahari dgn Eds pada 27.12.2011 kat restoran di Pumpong.

Nak jadi crita pulak, ari tu jugak adalah sebeday Pak Ku Am. Apa lagi gamat jugak lah geng otai ni dok sembang. Majlis rasmi akan dibuat kat lebry pada 1.1.2012 nanti.








Ahad, 18 Disember 2011

< KACAU BUBUQ SORA >

Musim bubuq sora mai pulak dah !!! Kat lebry Alor Setaq pun , macam taon-taon sudah jugak la, kami pakat kacau sorang sikit. Collect sorang RM5.00. Ada gak yang bagi lebih. Lepaih collect tu pakat atur orang pulak beli pekakaih dia. Pas tu pakat edar n bawak balik pulak sorang sikit pekakaih tu untuk di rebus.


Lupa pulak nak habaq, kami pakat kacau bubuq tu pada 13 Disember 2011. Port dia macam besa jugak la, belakang lebry. Makan pagi nasi lemak n cucuq sorang dua tiga biji, lebry sponsor! Mula start kacau pukoi 10.00 lebih kurang, nak dekat pukoi 1.00 baru masak masak bubuq tu...



Ni nak habaq sama kat hampa, ari ni 20 Disember 2011, AJK BAKEB meeting buat kali ke 2. Antara agenda yang dibincang adalah nak bayaq balik RM120.00 kat geng kita yang pi Johor taon sudah. manakala bayaran tertunggak lain akan dibayaq pelan-pelan lepaih ni. Tapi tak tau jangkamasa lagi pasai dok tunggu mantan Bendahari lama serah balik barang-barang berkaitan kewangan spt buku cek n macam2 kagi. Dia kata nak kena cari dulu.... nak cari apa lagi tak tau la pulakkk...sepatutnya lepaih mesorat agung dulu tu, dah sepatutnya diserah kepada jawatankosa baru, tak payah tunggu oghang pi mintak dah....



Dan kalu ikut perancangan. kita akan buat majlis perpisahan untuk Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bhg Koleksi Ismail Hussein pada 2 Januari 2012 nanti. Kak Eds kita dah opsyen taon depan, n tarikh 2 Januari tu adalah ari terakhir dia reja kat lebry. Hmmm..... sahih ramai yang pakat meramu ayaq mata ari tu ....




Pn. Jawahir







Atas & bawah : Ahli BAKEB yang kena turn juai buku untuk tabung BAKEB.




Jeng ! jeng ! ni la dia buboq sora yang dah siap di packing dan dah ready untuk di ngap!

Sodap jugak ayaq tangan geng lebry Kedah ni ropanya.....

Isnin, 5 Disember 2011

MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikom, kom apa kombat, bat apa, batman. he..he..he... teringat pulak time budak2 dulu, dok nyayi lagu ni kat bataih ban sungai...


Ishh.... lama jugak la Pi Wai tak merapu dlm blog ni, bukannya apa Pi Wai tak beropa sihat, demam sampai dua minggu. Lepaih tu sakit kat kaki pulak, kena sengat menatang. Dekat 15 ari jugak la dok melingkar kat umah.


Mungkin hampa semua dah tau yang BAKEB kita dah menyawa balik. Tahniah la pada yang lekat jadi AJK baru ni masa mesyuarat 14.11.2011 lalu. Harap2 yang dilantik tu, jalankanlah tugas dan amanah yang orghang bagi kat kita. Jangan dok jadi macam gambaran peristiwa Israk Mikraj pulak. Gambaran oghang tua yang dok tambah beban atas bahu dia walau pun beban tu dah banyak dan berat, tapi dok gagah dan galak nak boh lagi. Bila Nabi tanya, Malaikat Israil kata itulah umat mu yang tak mampu nak buat kerja atau tunai amanah tapi nak juga terima....


AJK baru ni dah mula mesyuarat pada 22 November 2011 lalu. Banyak program dan agenda yang dirancang. Antara ketetapan yang diambil ialah nak bayar balik tunggakan kepada ahli yang berkahwin, kematian ahli keluarga, imbuhan ke SPASM di Johor dan serba mak nenek lagi. Pi Wai ingat kalu semua berjalan lancar, mungkin akhir bulan ni semua tunggakan itu akan dibayar. La ni sapa-sapa yang kawin. yang kematian ahli keluarga, yang pi Johor dan apa-apa juga bayaran yang tak dapat lagi, hampa calling En. Shahizan Affandi. Dia ditugaskan untuk menyenarai nama ahli dan bayaran yang masih belum dibayar. Haaa... tunggu apa lagi, call dia cepat!


Mesyuarat juga telah ambik ketetapan lain mulai Januari 2012, ahli yang bersalin, membuat kenduri perkahwinan, ditimpa kemalangan akan turut dibagi sumbangan. Dia punya jumlah atau nilai RM, Pi Wai tak bropa ingat la pulak tapi dlm RM50.00 kot. Tapi tak bagi duit la, BAKEB akan bagi dalam bentuk barangan atau hamper.


Kepada hampa yang ada cadangan atau idea yang baguih, tip top hampa sms mai kat Pi Wai. boleh Pi Wai ketengahkan dalam BAKEB. Tak kira apa isu la, sebab nama pun Badan Kebajikan...


La ni biro ekonomi dak mula start xtvt depa. Mulai 4 Dis 2011, depa dah mula buat jualan buku di pintu masuk lebry. Setiap buku BAKEB akan dapat komisen 20 %. Apa yang Pi Wai dapat tau buku Ombak Rindu yang dibuat filem la ni, laku sungguh!.


Biro agama pulak akan mula buat bubuq Asyura pada 13 Disember ni dan mungkin depa akan buat ceramah sempena Maal Hijrah pulak kot, dengaq kata.


Sampai tang ni dulu kot Pi Wai merapu kali ni, kita jumpa lagi !!!!!!

Isnin, 24 Oktober 2011

MUSIM KENDURI KENDARA

Siti Farah



Haaa... la ni dah nak koi2 habih taon dah. Tinggai 2 bulan saja lagi nak abih taon 2011. Ujung2 taon ni serba mak nenek dok ada. Musim periksa la, musim kawin la, musim cuti la n serba mak neka dok ada. UPSR dah abih, PMR pun dah abih, SPM n STPM dah tak bropa ari saja lagi nak, mula.


Mu kalu abih periksa ni, mai la musim kemduri pulak. Kat lebry Kedah dah mula start dah kenduri ni. Nak habaq bagi la kat hampa yang tak tau lagi, kakitangan Bhg Rujukan kat Kolam Ayaq ni, Cik Siti Farah bt. Mohamad akan menamatkan zaman anak dara dia pada 27 Oktober 2011 ni. Dia punya couple nama Sarizal b. Abdul Muzit. Tak tau pulak Pi Wai orang mana, dan dok reja apa.


Mu kalu dan, hampa pi la umah dia di Kampong Sakan, Jalan Datuk Kumbar pada 27 Oktober ni. Mu kalu tak kena panggi pun apa salahnya nak pi. Lepaih jumpa pengantin, balik la, tok sah dok makan....


Jadi,.... pada pasangan ni kita ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekai ke anak cucu la harapnya. Jangan dok jadi macam geng artis, sudah la..... nak bertunang, nak kawin,.... riuh rendah..... tapi dok bercerai pun riuh rendah jugak !.... he ... he .... menikah tak dan setaon pakat riuh nak bercerai pulak.... Donia... donia.....

Isnin, 17 Oktober 2011

JOYAH PEKASAM




Hampa besa tengok ka gambaq di ataih ni? hampa besa makan ka ? Ha.. mu kalu kot belah utara ni tak besa tengok dan tak besa makan, saja nak mati dah tu atau dah jadi melayu murtad oghang tua-tua kampong kata... he...he...

Kalu sebelum ni hampa dok besa tengok Rozita Che Wan dok belakon dalam telemovie Kiah Pekasam, ha... kat lebry Kedah ada sorang klon dia, nama dia Joyah. Jadi kita panggi dia Joyah Pekasam. Dia suruh Pi Wai promote ikan pekasam ni kat sapa-sapa yang rajin layan blog ni dan teringin nak makan.

Mu kali hampa teringin dan telioq nak makan, hampa tepon dia di 016 - 5063176. Dia kata ada dua tiga jenih ikan dia dok juai, ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat dan ikan lampam. Harga dia sekilo RM 18.00. Nak beli ckit pun boleh dia kata..... Mu kalu nak, hampa tepon cepat.

Huiiii..... mau kalu goreng tengah hujan turun masa nak makan nasi tengahari,,, mak oiii... satu kampong bau dan meleleh ayaq lioq ooooo....

Isnin, 10 Oktober 2011

JOM PI SINGAPORE !!!

Pak Cik kayoooo !!!!!!!



Yaaaa beda bedu...... hujung taon ni kita dapat bonoih. Makasih la kat YAB PM kita yang prihatin kat geng yang dok reja gomen macam kita. Bukan apa, mu time ujung taon ni bukan tak tau, nak kena wak kluar duit macam2, trutama pasai hai anak2 nak masuk skolah. Mu kalu sorang tak pa la juga, apa lagi yang hak bujang trang tang tang, tadak gadoh nak pikiaq apa. Tapi mu kalu kena macam Pi Wai yang dok ada 5 oghang anak ni, mak oiii paghahhhh paket jugak. Mana ngan unipom skolah la, yuran la, buku tulih la dan serba mak nenek lagi. Tapi bila PM bentang bajet kata nak bagi bonoih 1/2 bulan gaji tu, haaaaa rasa lapang la ckit.


Dan mu kalu hampa ada duit lebih bajet kat anak2 tu, apa kata hampa ikut Pi Wai bawa kluarga ka, bawa awek ka pi makan angin kat Singapore. Ala... murah saja kos dia.....RM 500. Kos dia ni sekali ngan transport, sewa hotel, kos masuk kat tempat2 kat sana. Tapi makan sendri2 la....Tang pasport, hak mana ada visa, tadak masalah apa la, tapi yang tadak tu kita akan buat passport group.



Kalu hampa mau pi, hampa tepon mai kat Pi Wai. Tarikh dia pada 20 Disember 2011, ala lambat lagi, dan lagi la mu kalu nak simpan ketoi duit lagi. Kita akan brtolak pada 20/12/2011 pukoi 8.00 malam dari Aloq Staq. Dalam pukoi 6.00 pagi kita akan berenti sembahyang Suboh dan mandi kat R & R Machap dan menyorok lebih kurang kat situ. Lepaih tu kita akan terus pi Johor Baru dan check in kat hotel JA Residence dan teruih pi Singapore.

Masok Singapore, kita akan pi dulu kat Merlion Park, tempat patung singa dok semboq ayaq tu, habuan hampa nak ambik gambaq kat situ untuk balik tayang kat oghang kata hampa dah pi Singapore dah, sat ni oghang kata hampa pemohong pulakkk. Lepaih tu kita akan pi kat Bugis Street untuk beli belah apa yang patut habuan oghang umah kita. Kmudian kita akan pi makan tengahari kat Geylang Serai, mau kalu dan, mu kalu tak dan, kita akan pi makan kat tepi Masjid Sultan saja, boleh makan dan sembahyang skali kat situ.



Dalam pukoi 3.00 petang kita akan masuk ke Universal Studio sampai pukoi 6.00 ptg. Lama jugak kita masuk kat sini pasai luaih dan besaq tempat ni, lagi pun pasai tiket masok dia mahai nak mampuih. Lepaih kita kluar dari sini, kita akan pi tengok Songs Of The Sea pulak, nak tengok pertunjukan ayaq skali ngan bunga api. Habih tu kita akan pi kat Seranggoon Road pulak untuk beli belah dan makan malam. Kat sini ada Mustafa Centre, ala... macam Mydin kat Malaysia la jugak. Abih shopping dan makan kita kan balik ke Johor untuk tidoq.


Mangkit pagi esok, lepaih menyorok kat hotel ni, kita akan bertolak balik dan singgah kat Bandar Hilir Melaka pulak, habuan nak tunjuk dan crita mngenai sejarah negeri Melaka kat anak2. Kat sini kita dok sampai pukoi 4 petang dan teruih balik Aloq Staq.


Pakej ni Pi Wai atur untuk keriangan dan bagi sronok penutup taon saja. Tak untung tera mana pun, lepaih beda tambang Pi Wai saja, tapi sronok nak bawak geng taman Pi Wai dan geng lebry saja pi makan angin.



Hotel kat Johor Baru

Merlion Park.


Gerai makan kat Geylang Serai

Lokasi untuk Songs Of The Sea


Gerai cenderamata kat Bugis Street

Mercu tanda baru Singapore



Area pintu masuk Universal Studio Singapore


Area The Lost World


Lokasi Waterworld


Pintu masuk arena Jurassic Park



Lokasi Revenge Of The Mummy




Harga tiket ke Universal Studio Singapura. Hampa dharab tengok dengan duit kita, baru tau mahai tak mahai nak masuk dan betapa murahnya pakej Pi Wai buat ni...... tatak untung punya maa.... saja bikin suka2 saja....

Jumaat, 7 Oktober 2011

SANTAI KELUARGA

Haa, kali ni Pi Wai nak crita pasai satu program yang diatur dan dirancang secara tak sengaja oleh beberapa oghang staff, depa kata geng stackroom !. he.. he.. ikut suka hampa la nak gelar atau panggi apa pun. Program ni, macam oghang tua-tua kata, tau-tau jadi saja, tak diplan dan on the spot saja, jadi terus.



Crita dia bermula pada pagi Khamis 29 September, bila Arope dok tanya sapa-sapa mau pi dekat umah mentua dia kat Kg. Raga, Yan. Mu kalu mau, pakat ulur la duit sorang ckit, habuan nak setup benda nak makan kat situ. Pot dia baguih punya dok ada, umah Dato' mana tak tau yang dia kenai dan umah tu hanya jadi umah persinggahan Dato' tu saja bila balik coti.


Tanya punya tanya, ada la dalam 16 atau 17 orang yang setuju dan pakat ulur ketoi sorang cikit dan pakat setuju pi kat Kg. Raga pada hari Sabtu, 1 Oktober 2011. Ada yang bujang, ada yang berkeluarga yang pakat pi ari tu. Hmmmm... riuh rendah kawasan pot tu ari tu dengan hilai tawa dan jerit pekik staff dan anak-anak depa. Kira boleh kata jadi family day jugak la konon-kononnya....


Pi Wai tengok semua yang pi ari tu pakat enjoy sakan. Happy pasai pakat lepaih tension pasai reja dan seronok boleh bawa anak bini pakat bersembang hang aku.... Pi Wai adalah oghang yg pertama sampai mu kalu tak salah dlm pukoi 9.30 pagi lagu tu la kot. Bukannya apa, anak2 dari malam lagi dah dok gebang sesama depa nak pi mandi ...... lepaih tu baru yang lain pakat sampai. Pukoi 5.30 petang baru semua pakat belah balik.....


Kalam ayat, memang sronok betoi la sesekali buat program berkeluarga macam ni. Dengaq kata lepaih ni depa nak atur nak buat pi santai kat pantai pulak, tapi belah mana tak tau, tapi yang pasti bukan Pantai Johor..... he.. he...


Arope tengah dok cuci kolam mandi....
Wahida n wife Pi Wai dok siang ikan temenong....

Geng ni mu kalu sampai saja,... teruih pakat pulun balut rokok daun.....


Anak-anak staff pakat dok main dalam kolam yang Arope cuci ..... mulanya depa mandi dalam sungai, bila tau ada kolam saja, pakat tak mau mandi dalam sungai dah....


Pi Wai jadi tukang basuh dan angkat ikan saja....


Rozana, wife Pak Joe, jadi lifeguard budak-budak dalam sungai.....


Mat Sayut jadi kepala tukang bakaq ikan dan ayam...yang lain jadi tukang tengok dan tukang makan saja.....


Mak oiiii..... meleleh ayaq lioq.....


Oii Mat, apa hang lambat sangat bakaq tu, aku dah lapaq ni....


Geng yang digelaq sebagai geng stackroom, sedang lepaih gian main sepak raga.....


Tu dia, Pi Wai kena kerumon dengan anak buah staff...




Time makan tengahari...


Mie Mat dok kelentong mohong kat Mat Sayut dan Wan Sharip...


Pak Ku Am lepaih gian main ayaq....


Aksi oghang tua lepaih gian main polo ayaq.....














Sebahagian staff berposing bersama ahli keluarga sebelum pakat balik rumah masing-masing.....
Hip hip horeyyyy.... lepaih ni kita buat program macam ni lagiiii.....