Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 10 Oktober 2011

JOM PI SINGAPORE !!!

Pak Cik kayoooo !!!!!!!



Yaaaa beda bedu...... hujung taon ni kita dapat bonoih. Makasih la kat YAB PM kita yang prihatin kat geng yang dok reja gomen macam kita. Bukan apa, mu time ujung taon ni bukan tak tau, nak kena wak kluar duit macam2, trutama pasai hai anak2 nak masuk skolah. Mu kalu sorang tak pa la juga, apa lagi yang hak bujang trang tang tang, tadak gadoh nak pikiaq apa. Tapi mu kalu kena macam Pi Wai yang dok ada 5 oghang anak ni, mak oiii paghahhhh paket jugak. Mana ngan unipom skolah la, yuran la, buku tulih la dan serba mak nenek lagi. Tapi bila PM bentang bajet kata nak bagi bonoih 1/2 bulan gaji tu, haaaaa rasa lapang la ckit.


Dan mu kalu hampa ada duit lebih bajet kat anak2 tu, apa kata hampa ikut Pi Wai bawa kluarga ka, bawa awek ka pi makan angin kat Singapore. Ala... murah saja kos dia.....RM 500. Kos dia ni sekali ngan transport, sewa hotel, kos masuk kat tempat2 kat sana. Tapi makan sendri2 la....Tang pasport, hak mana ada visa, tadak masalah apa la, tapi yang tadak tu kita akan buat passport group.



Kalu hampa mau pi, hampa tepon mai kat Pi Wai. Tarikh dia pada 20 Disember 2011, ala lambat lagi, dan lagi la mu kalu nak simpan ketoi duit lagi. Kita akan brtolak pada 20/12/2011 pukoi 8.00 malam dari Aloq Staq. Dalam pukoi 6.00 pagi kita akan berenti sembahyang Suboh dan mandi kat R & R Machap dan menyorok lebih kurang kat situ. Lepaih tu kita akan terus pi Johor Baru dan check in kat hotel JA Residence dan teruih pi Singapore.

Masok Singapore, kita akan pi dulu kat Merlion Park, tempat patung singa dok semboq ayaq tu, habuan hampa nak ambik gambaq kat situ untuk balik tayang kat oghang kata hampa dah pi Singapore dah, sat ni oghang kata hampa pemohong pulakkk. Lepaih tu kita akan pi kat Bugis Street untuk beli belah apa yang patut habuan oghang umah kita. Kmudian kita akan pi makan tengahari kat Geylang Serai, mau kalu dan, mu kalu tak dan, kita akan pi makan kat tepi Masjid Sultan saja, boleh makan dan sembahyang skali kat situ.



Dalam pukoi 3.00 petang kita akan masuk ke Universal Studio sampai pukoi 6.00 ptg. Lama jugak kita masuk kat sini pasai luaih dan besaq tempat ni, lagi pun pasai tiket masok dia mahai nak mampuih. Lepaih kita kluar dari sini, kita akan pi tengok Songs Of The Sea pulak, nak tengok pertunjukan ayaq skali ngan bunga api. Habih tu kita akan pi kat Seranggoon Road pulak untuk beli belah dan makan malam. Kat sini ada Mustafa Centre, ala... macam Mydin kat Malaysia la jugak. Abih shopping dan makan kita kan balik ke Johor untuk tidoq.


Mangkit pagi esok, lepaih menyorok kat hotel ni, kita akan bertolak balik dan singgah kat Bandar Hilir Melaka pulak, habuan nak tunjuk dan crita mngenai sejarah negeri Melaka kat anak2. Kat sini kita dok sampai pukoi 4 petang dan teruih balik Aloq Staq.


Pakej ni Pi Wai atur untuk keriangan dan bagi sronok penutup taon saja. Tak untung tera mana pun, lepaih beda tambang Pi Wai saja, tapi sronok nak bawak geng taman Pi Wai dan geng lebry saja pi makan angin.



Hotel kat Johor Baru

Merlion Park.


Gerai makan kat Geylang Serai

Lokasi untuk Songs Of The Sea


Gerai cenderamata kat Bugis Street

Mercu tanda baru Singapore



Area pintu masuk Universal Studio Singapore


Area The Lost World


Lokasi Waterworld


Pintu masuk arena Jurassic Park



Lokasi Revenge Of The Mummy




Harga tiket ke Universal Studio Singapura. Hampa dharab tengok dengan duit kita, baru tau mahai tak mahai nak masuk dan betapa murahnya pakej Pi Wai buat ni...... tatak untung punya maa.... saja bikin suka2 saja....

1 ulasan:

  1. kalau ader geng penang nak join bleh ka hahahah...best gak tuh..

    BalasPadam