Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 24 Januari 2012

APA DAH JADI ??

Salam,

Ai yaa apa sudah jadi wa punya blog ? sudah kena godam maaa ... Manyak hali wa talak buka, tau-tau sudah jadi lain macam ma !!!

Mana antu la godam wa punya blog !!! Abih tunggang langgang... Ai yaaa manyak tarak baik punya olang ...

Wa ingat la, wa lupa log kluar punya pasai la ini macam jadinya ..... Abih design dia kacau ! Tak kan CHE GAYAH kot ???

Talak apa, bila wa free wa bikin lain dia punya design ......

Rabu, 18 Januari 2012

Selasa, 17 Januari 2012

< BERITA TERKINI >

Assalamualaikom.


1. Takziah diucapkan kepada Pn. Mastura bt. Majid, kakitangan Bahagian Perolehan di atas kematian suami beliau yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 16 Januari 2012 lalu. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh suami tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....


2. Tahniah kepada 3 orang kakitangan Bahagian Sirkulasi yang selamat dan bakal mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati masing-masing. Cik Suriyawati bt. Shafie pada 14 Januari 2012, Cik Nur Nadhirah bt. Ahmad Tajudin pada 21 Januari 2012 dan En. Mohd Fuad b. Zainol pada Disember 2011 lalu.


3. BAKEB akan mengadakan Hari Keluarga pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan diisi dengan acara sukaneka dan cabutan bertuah. ( Jika ada sambutan akan diadakan pertandingan berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai..... hadiahnya ialah sekilo ikan bilis... he..he...)


Kepada yang berminat sila hubungi Pn. Ku Mastom b. Ku Hamad ( Kak Chik ). Bayaran penyertaan adalah RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Bayaran adalah untuk kos sewaan lokasi dan makan pagi dan tengahari di resort tersebut. Kakitangan yang berminat untuk bermalam, sila kemukakan tempahan bilik kepada Kak Chik dengan kadar segera....


Sempena Hari Keluarga tersebut jualan T-shirt juga akan dilakukan. Baju adalah berwarna hitam yang mempunyai lis kuning yang berharga RM 35.00.


Haa...hampa dok nganga apa lagi cepat hubungi Kak Chik untuk penyertaan dan pembelian baju ........

Rabu, 4 Januari 2012

< MAJLIS PERSARAAN PUAN JAWAHIR BINTI ISMAIL >

Perhatian, blog ni bukan blog BAKEB no, ni blog persendirian, cuma Pi Wai crita dan selit apa saja berita dan crita kat lebry. Pasai ada yg dok pok pet pok pet rata cerok kata crita dia tak masok dalam blog ni. Tu la, tak baca abih2 entry kat ataih tu.....kalu ada crita, habaq mai la kat Pi Wai, boleh la Pi Wai masok dlm blog ni, Pi Wai bukannya tau semua crita. Kalu tau pun, mungkin terlupa atau tak teringat !!!! dan kadang kalu ikut mood dan tekoh rajin jugak nak tulih....




Hmmm... masok taon baru 2012 ni, lebry Kedah hilang sorang lagi kakitangan yang berwibawa. Pada 1 Januari 2012, maka abih la alkisah kerjaya Pn. Jawahir ( Eds ) kat lebry setelah 28 taon dia menabor bakti pada rakyat Kedah.



Majlis ni diadakan pada 1.1.2012 di Auditorium PPAK. Ari tu ramai la otai2 lama lebry yang mai. Tapi sayang la jugak, pasai pihak atasan tak dak sama, tapi kot mana pun majlis on jugak.


Eds ni asainya sorang cikgu dok mengajar skolah swasta kat Alor Staq sebelum dapat reja lebry. Dia reja dulu sebulan sebelum Pi Wai reja. Eds masok reja bulan Mac 1983, Pi Wai masok bulan April 1983, tapi Pi Wai masih dok sangkut kat lebry ni lagi. Eds, dia lebih minat hala ke dok mengajar, jadi dia opsyen awai dan buka klas tadika Al-Jauhari kot mau tak silap Pi Wai kat umah dia.


Mai la kita pakat doa moga Eds berjaya ngan tadika dia dan moga Allah bagi dia kejayaan dan kesihatan yang baik.


Kek ni geng officer yang sponsor...


Antara staff yang hadir..


Zali baca doa pembuka majlis..


Che Nah tengah dok bagi ucapan aluan..


Che Hashimi berucap sebagai wakil Pengarah.


Pi Wai dok crita pengalaman mula2 reja dan kenai ngan Eds.


Otai yg banyak simpan kisah Eds, Kak Rahnah, CPU Eds.....


Yeh, Tuan Haji Alias, org yg mula kluaq bergerak ngan Eds.


Nazri : saya panggi Eds sebagai Che Ja, dari dulu sampai la ni...


Kak CT, tak tau nak kata apa dan tak boleh nak berucap psai ayaq mata dok meramu....


Eds dok berucap....





Cenderamata drp BAKEB.



Otai perempuan...




Bye ! bye lebry.....