Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 17 Januari 2012

< BERITA TERKINI >

Assalamualaikom.


1. Takziah diucapkan kepada Pn. Mastura bt. Majid, kakitangan Bahagian Perolehan di atas kematian suami beliau yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 16 Januari 2012 lalu. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh suami tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....


2. Tahniah kepada 3 orang kakitangan Bahagian Sirkulasi yang selamat dan bakal mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati masing-masing. Cik Suriyawati bt. Shafie pada 14 Januari 2012, Cik Nur Nadhirah bt. Ahmad Tajudin pada 21 Januari 2012 dan En. Mohd Fuad b. Zainol pada Disember 2011 lalu.


3. BAKEB akan mengadakan Hari Keluarga pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan diisi dengan acara sukaneka dan cabutan bertuah. ( Jika ada sambutan akan diadakan pertandingan berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai..... hadiahnya ialah sekilo ikan bilis... he..he...)


Kepada yang berminat sila hubungi Pn. Ku Mastom b. Ku Hamad ( Kak Chik ). Bayaran penyertaan adalah RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Bayaran adalah untuk kos sewaan lokasi dan makan pagi dan tengahari di resort tersebut. Kakitangan yang berminat untuk bermalam, sila kemukakan tempahan bilik kepada Kak Chik dengan kadar segera....


Sempena Hari Keluarga tersebut jualan T-shirt juga akan dilakukan. Baju adalah berwarna hitam yang mempunyai lis kuning yang berharga RM 35.00.


Haa...hampa dok nganga apa lagi cepat hubungi Kak Chik untuk penyertaan dan pembelian baju ........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan