Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Khamis, 30 September 2010

. : SELAMAT PANJANG UMUR : .


1 Oktober - Abdul Rahman b. Md. Isa - PD Labu Besar, Kulim.
- Fazirah bt. Abdul Kadir - PD Kg. Sawa, Padang Pusing Pendang.

5 Oktober - Idris b. Ahmad - Cawangan Sungai Petani.

8 Oktober - Siti Zaharah bt. Mohamad Razak - PD Kg. Masjid Siong Pokok Setol, Siong Baling.


9 Oktober - Rosnani bt. Ibrahim - PD Kg. Lubok Batu, Jitra.

10 Oktober - Hashimi b. Hassan - Ketua Bhg Katalog.

16 Oktober - Muhamad Jefri b. Sobri - PD Kg. Permatang Pasir, Bandar Baharu.

- Sompit A/P E Tian - PD Kg Tok Set, Pendang.


18 Oktober - Rabiatul Adawiyah bt. Md. Yusof - PD Kg. Mahawangsa, Pendang.

21 Oktober - Muhammad Radzi b. Md. Isa - PD Dato' Syed Ahmad, Padang Peliang.


22 Oktober - Norfardilla bt. Mohd Nor - Ketua Bhg Rujukan.
- Rosli b. Aziz - Ketua Bhg Pembangunan.
- Talib b. Ali - Cawangan Yan.
- Siti Mariam bt. Din - Cawangan Kulim.

23 Oktober - Shazwani bt. Mohd Zulkifli - Bhg Sirkulasi.

- Wan Mohd Helmie b. Wan Salim - Cawangan Baling.

27 Oktober - Zarinawati bt. Zakaria - Cawangan Sungai Petani.

28 Oktober - Rosniza bt. Ali - PD Kg. Padang Lalang, Langkawi.

31 Oktober - Siti Salmiah bt. Ahmad - Bhg Pentadbiran & Kewangan.

- Mohd Rodzi b. Othman - PD Kg. Masjid Al-Istiqamah, Kg. Kuala
Teriang, Langkawi.

Selasa, 28 September 2010

. : JAMUAN HARI RAYA AIDIFITRI 2010 : .

Tarikh - Sabtu 25 September 2010.
Tempat - Perkarangan PPAK, Jalan Kolam Air.
Menu - Nasi Tomato, sate, ais krim, nuget, dadih, puding, kek, kuew teau dan mee goreng.

YB Dr. Hamdan, Pengerusi PPAK sedang memberikan ucapan di majlis. Walaupun masih dalam kesedihan dengan kematian anak beliau menjelang Aidilfitri, namun beliau tetap sudi hadir ke majlis.

Sessi cabutan bertuah ... hadiah yang diterima amat bersesuaian dengan penerima yang sedang lena diulit dalam dunia pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Tahniah En. Mohd Azhar! ... Dalam diam-diam sempat lagi jual minyak di kaunter no!...

Antara barangan cabutan bertuah.

Ha... kepada yang masih belum tahu dan kenal, inilah dia suami Puan Jawahir bt. Ismail kita..

Makanan terhangat di jamuan!!!

Lagi ... barangan cabutan bertuah ... rugi siapa yang tak hadir...

Sessi mengisi perut dah bermula ....

Sessi menerima duit raya....

Hmmm,.. Pakya menerima blender tahun ini ....

En. Idris b. Ahmad daripada Cawangan Sungai Petani...

En. Abd Rashid b. Ali daripada Cawangan Merbok.

Puan Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh, menerima cabutan ke 3 yang terbesar. Boleh naik ke tu ?

Cabutan ke 2 terbesar, En. Mohd Syafik Ihsan Affandi menerima mesin basuh.

Pemenang cabutan bertuah pertama, En. Wan Khairul Anuar menerima sebuah peti sejuk.



YB Dr. Hamdan pun turut menerima cabutan bertuah....

Rabu, 8 September 2010

. : SALAM AIDILFITRI : .


Yang DiPertua dan seluruh Ahli Jawatatankuasa BAKEB/PPAK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli-ahli BAKEB/PPAK. InsyaAllah semoga kita semua dapat bertemu dalam majlis Jamuan Hari Raya pada 25 September 2010 nanti.


Daripada Abu Ayub, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa selama setahun." ( Hadis riwayat Muslim )

Ahad, 5 September 2010

. : SALAM TAKZIAH : .



YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib

Allahyarham Mohd Syazmin.

Jawatankuasa BAKEB/PPAK merakamkan ucapan takziah kepada YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib, Penaung BAKEB/PPAK selaku Pengerusi PPAK di atas kematian putra beliau Allahyarham Mohd Syazmin, 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau pada petang 2 September 2010 lalu.

Seorang lagi putra beliau iaitu Mohd Syazwan, 18 tahun kini sedang koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh Mohd Syazwan terbabas apabila cuba mengelak kenderaan yang sedang memotong kenderaan lain dilorong yang bertentangan dengan mereka.

Ketika kejadian, kedua orang anak beliau ketika itu sedang dalam perjalanan pulang daripada SMK Agama Sik.

Marilah kita doakan agar putra yang sulong itu segera sembuh dan putra yang ke dua itu dicucuri rahmat dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga YB Dr. Haji Hamdan dan keluarga tabah menerima ujian yang terhebat daripada Allah ini apatah lagi disaat kita semua akan menyambut Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Aminnnn...

Al- Fatihah.....

Rabu, 1 September 2010

. : TAZKIRAH RAMADHAN - 3 : .


Daripada Aisyah R.A, katanya : Rasululullah S.A.W apabila masuk sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malamnya ( dengan memperbanyakkan ibadat ), membangunkan isterinya ( agar turut memperbanyakkan beribadat ) serta mengeraskan ikat pinggangnya ( sebagai kiasan bahawa Baginda menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya ).


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.