

YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib

Jawatankuasa BAKEB/PPAK merakamkan ucapan takziah kepada YB Dr. Haji Hamdan b. Mohamed Khalib, Penaung BAKEB/PPAK selaku Pengerusi PPAK di atas kematian putra beliau Allahyarham Mohd Syazmin, 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Selambau pada petang 2 September 2010 lalu.
Seorang lagi putra beliau iaitu Mohd Syazwan, 18 tahun kini sedang koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh Mohd Syazwan terbabas apabila cuba mengelak kenderaan yang sedang memotong kenderaan lain dilorong yang bertentangan dengan mereka.
Ketika kejadian, kedua orang anak beliau ketika itu sedang dalam perjalanan pulang daripada SMK Agama Sik.
Marilah kita doakan agar putra yang sulong itu segera sembuh dan putra yang ke dua itu dicucuri rahmat dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga YB Dr. Haji Hamdan dan keluarga tabah menerima ujian yang terhebat daripada Allah ini apatah lagi disaat kita semua akan menyambut Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Aminnnn...
Al- Fatihah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan