Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 23 Ogos 2011

<<<< SALAM AIDIL FITRI 1432H >>>>

Hmmmm..... lip pok lip pok mata mengantok, dah nak sambut raya dah...... Ish..ish... ni yang orang tua-tua dulu dok kata donia akhir zaman ni, masa cukup cepat berjalan.....

Amacam geng ,... cukup ka posa hampa semua taon ni? cukup la kot no.... dah tua-tua merongoh ni, buat malu kat budak-budak saja la mau kalu tak posa... lain la kalu orang pompuan. depa Allah bagi spesel kes....

Taon ni kira raya sakan la geng gomen macam kita, dah pakat dapat bonoih 1/2 bulan gaji.... tapi apa-apa pun kena beringat la sama, jangan dok memazir tak tentu gaya. Kena pakat beringat la sama dan kalu ada duit lebih tu, simpan sama habuan sesak hujung bulan....

Geng-geng cawangan amacam? hampa make up dah ka lebry hampa? Kat Kolam Ayaq, taon ni tak beropa nak meriyah macam taon-taon dulu. Hanya Bhg Sirkulasi, Koleksi Kedah dan Bhg Rujukan saja yang dok pakat lawan make-up bahagian masing-masing. Hak bahagian lain.... gelap gelita tak dak lampu lip lap..... tak tau pasai apa..... kot dok pakat suspen tarikh 20 haribulan depan ni tak tau la..... sebab masing-masing staff kata tak dak mood....

Mai time ni, Pi Wai pun teringat la masa Pn. Mazizah jadi boss dulu... mai time seminggu lagi nak raya saja riuh rendah dia suruh make up bahagian masing-masing dengan lampu lip lap dan lain-lain lagi. Apa lagi, semua orang pakat lawan penaik la bahagian masing-masing. Ada yang pasang lampu lip lap, ada cucuh pelita raya, ada gantong kat raya, siap dengan rock garden lagi........ KINI SEMUA TELAH TIADA..... (lagu Headwind)..

Haaa... sempena raya yang kita pakat nak sambut pada 1 Syawal / 30 Ogos ni, Pi Wai nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada seeeeeeeeemua geng lebry, tak kira la lebry Kedah ka, lebry Negeri ka, lebry PNM ka. Mau kalu Pi Wai ada buat salah masa dok melwak dan dok tulih macam-macam dalam blog ni, mau kalu ada salah silap tu, Pi Wai mintak maaf la dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Sapa-sapa yang tau umah Pi Wai, ha... mai la rumah Pi Wai masa raya nanti. Makan pi la apa yang ada......

Maaf Zahir Batin. Adios daripada Pi Wai.

Bahagian Rujukan, pemenang make up terbaeeekk taon ni dengan hiasan raya dan merdeka ..... Bhg Pi Wai la.... he..he..he..

Bhg Sirkulasi....

Bhg Koleksi Kedah

Isnin, 15 Ogos 2011

SALAM TAKZIAH


En. Badrul Hisyam

Salam takziah kepada En. Badrul Hisyam b. Md. Arsyad, kakitangan di Bhg Pentadbiran & Kewangan, dengan kepulangan bapanya ke Rahmatullah pada hari Ahad 14 Ogos 2011 lalu. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan terutama di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Arwah bapa beliau pernah mengajar Pi Wai pada tahun 70 an di Sekolah Menengah Pulau Nyior, Jitra Kedah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatehah dan hadiahkan kepada arwah.......

Isnin, 8 Ogos 2011

<< JUALAN KUEH RAYA >>

Yahooooo dapat duit raya 1/2 bulan gaji.............. tak tau nak buat apa ? haaa.... hampa baca entri kat bawah n order ! he ... he ... he .....

Assalamualaikommmm..... pa habark semua? ish .. ish.. letih posa no... he..he.he... maklum saja la dok besa makan belah siang..... tau-tau Tuhan suruh stop sebulan .... tambah-tambah lagi hak kaki hisap rokok.... he.. he .. meleleh ayaq lioq Pi Wai tengok geng ni......

Nak habaq kat hampa la...Pi Wai tengok geng-geng hero kita kat Jalan Kolam Air ni....pakat lentok memanjang bulan posa ni. Mau kalu belah pagi tu, kira alright la juga, masa dok susun buku tu, depa boleh pakat sembang deraih kuk kik kuk kik lagi, tapi mai time pukoi 12 ke ataih, ha pakat lentok habihhhh....... kalah budak-budak baru belajaq posa.....

Haaa ... kali ni Pi Wai nak promote kueh raya kat hampa, kot-kot hampa teringin nak beli dan teringin nak makan masa hari raya nanti. Pi Wai jadi brokar saja.....habuan cari duit paket masa raya ni....

Hak ataih ni nama dia Kek Lapis. Sarawak mari maaa..... orang Sarawak yang dok sewa belakang rumah Pi Wai yang buat dan dok juai. Dok ada 4 jenis semuanya. Nama dia Kek Lapis Tembikai, Kek Lapis Horlick dan Kek Lapis Horlick / Milo. Harga dia RM 30.00. Lagi satu nama dia Kek Lapis Coklat Cheese, tapi harga dia hak ni RM50.00.

Semua jenis Kek Lapis ni berukuran 8 inci panjang, 4 inci lebar dan 3 inci tinggi.


Hak ni nama dia kueh Simpul Kasih. Harga dia RM26.00 sekilo.

Hak ni pulak nama dia Kueh Tiga Rasa. Harga dia RM24.00 sekilo.
Yang dua jenih kueh ni anak penakan Pi Wai yang buat,,,,,,

Haaa... mau kalu hampa teringin nak makan dan nak order hampa calling Pi Wai cepat-cepat no.. kot-kot tak dan nak buat kalu order dekat nak raya nanti. Kalu mau hampa calling 019 - 4426884.

Okey, Chauw.... Selamat berposa, selamat buka posa, selamat terawih dan selamat mangkit makan sok.