Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Khamis, 28 April 2011

SALAM TAKZIAH

Pn. Noor Anisah bt. Harun.


Takziah diucapkan kepada Puan Noor Anisah bt. Harun di atas kematian bapanya pada 9 Mei 2011. Pn. Noor Anisah yang mesra dipanggil Anis adalah kakitangan Bhg Perolehan. Semoga beliau dan ahli keluarganya tabah dengan pemergian ayahanda tercinta ini.


Marilah kita bersama membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham bapanya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, bertaqwa serta beramal soleh denganNya. Al-Fatihah....





SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA.

Pada hari Sabtu, 23 April 2011 PPAK telah mengadakan majlis Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haji Hamdan b. Mohamaed Khalib, Pengerusi PPAK.


Semua kakitangan PPAK diwajibkan hadir pada hari itu... Terdapat juga beberapa kakitangan PPAK yang menerima anugerah sempena majlis sambutan itu....




YB Dato' Dr. Haji Hamdan berucap merasmikan majlis.


Antara tetamu jemputan yang hadir.



Tuan Pengarah PPAK .


Mantan orang kuat BAKEB dan MBJ, En. Addi Abu Bakar menerima anugerah khas kerana giat mengadakan aktiviti di Cawangan Kulim. Hmmm... bila nak buat kenduri ?..


Cik Norshahila pun turut menerima anugerah. TAHNIAH !!!!


Forum khas sempena majlis sambutan tersebut.

JUADAH PETANG.

Haa.... hari ni Pi Wai nak cerita bagi kat hampa pasai makan petang geng PPAK yang dok kat lebry Kolam Ayaq. Depa ni time antara pukoi 1 hingga 2 petang siap dok pakat tunggu nak beli cucoq. Cucoq ni akan dibawa mai oleh Pak Hasan, mantan pengawal keselamatan kat lebry.


Macam-macam jenih cucoq dia bawa. Dia juai 3 biji seringgit! Bukan takat cucoq, dia juga bawa mai laksa, mee kari bihun goreng dan serba mak nenek lagi. Dia punya rasa cucoq ni boleh tahan juga rasanya ..... Pi Wai ingat lepaih ni nak juai ayaq kopi pulak la tang Pak Hasan dok mai juai ni!





Haaa.. ni dia Pak Hasan, yang pakai lebai puteh. Siap pakai kereta baru lagi! dulu pakai KE 30 saja.. Alhamdulillah.. rezeki Allah..






Geng kemaruk cucoq Pak Hasan.......






Ni dia cucoq badak, tapi hampa jangan dok cari tang mana badak dia dok ada.....






Mak oiii.. gebu-gebu apom ni! cicah dengan nyok cukup piaww ni...






Yang ni pulak kueh lopeh... nak kena cicah dengan air gula merah.... jangan dok silap pi cicah dengan tongyu pula sebab kala sama hitam......






Kacang putih taruk cabai pun ada....





Selasa, 26 April 2011

PELAJAR PRAKTIKAL.

Buah cempelak di luar pagar

Ambil ngalah tolong jolokan

Kami mudak balu melajar

Kalau salah tolong nunjukan

( Davie Teo punya pantun dalam Raja Lawak )


Haa.. ini hali Pi Wai mau celita pasai 2 orang budak yang buat praktikal kat lebry...


Ha.... jeng ! jeng !.. Kat belakang tu namanya HUMAIRAH, kat depan pula namanya MASHITAH..



Amacam kami punya posing? Maut punya tau...



Namasti, mera naam, Mashitah bt. Meor Hashim. Ipoh mali maaa... Mula praktikal kat lebry pada 10.1.2011 dan akan habis pada 28.4.2011. Hu.. Huu.. dah nak abis dah esok ... Sekarang sedang menuntut di Kolej Poly Tech Mara Alor Setar. Nak no. hp saya ? hmmm.. kalu nak, tanya sama Pi Wai...



Yooo. Yoo.. nama chek Humairah bt. Mostapar. Tapi Pi Wai selalu panggil dengan panggilan budak kemerah-merahan kat chek... ala.. dia translate dari bahasa Arab la tu.. Mula praktikal kat lebry ni pada 3.1.2011 dan akan habis pada 16.6.2011. Yes ! lambat lagi la aku nak habis Mashitah oi ! Buat masa la ni chek sedang belajar kat Universiti Malaysia Sabah. Nak tau asal dari mana? Ala.. chek orang Kedah juga.. orang Pendang.... Apa? nak no hp? Haa... kalu nak , pi tanya Pi Wai la nooo...



Amacam posing ni? ada macam YUNA tak?



Opppss !! tak aci la... tak dan nak make up lagi ni ....



Gaya ada sikit-sikit Charlie Angel ....

Sabtu, 23 April 2011

Ramai yang dok tanya Pi Wai, apa dah jadi dengan BAKEB? Mak oi!!...nak jawab pun tak kena, tak jawab pun tak kena ...


Nak habaq bagi kat hampa, mau kalau ikut EGM pada 24 Mac 2011 dulu, 10 orang AJK yang pakat letak jawatan dulu, kira dah bersetuju tarik balik perletakan jawatan depa dengan syarat apa yang ahli tuntut pada hari tu, dipenuhi sehingga 30 Mac 2011. Tapi sampai hari ni, 24 April 2011, habuk apa pun tarakkk... maka ... 10 orang MANTAN AJK pun meneruskanlah tindakan depa letak jawatan tu....


Maka al-kisahnya, kini hanya tinggal 2 orang sahaja AJK lagi dalam BAKEB. Makanya terletak pada depa pula la pula halatuju BAKEB la ni... kami dah tak ada apa-apa dah. Sebab kalau ikut kata Bendahari pada hari tu, kami pun tak boleh cakap apa dah sebab dah letak jawatan dan dah tak ada hak nak panggil buat EGM pun !


So, la ni ikut pada ahli semua lah nak buat apa pun ! Kami 10 orang dah surrender dan tak mampu nak buat apa dah, sebab dah KOMPOM memang kami dah letak jawataaaaaaannn !!!



Ahli yang hadir pada 24 Mac 2011.
















Naib YDP memangku YDP mempengerusikan EGM.

Ahli yang mai hari ni cuma boleh mai makan nasi lemak saja.. sebab EGM ni tak sah sebab AJK yang letak jawatan yang keluarkan surat jemputan.. Dan demi untuk kebaikan bersama, saya meminta mereka yang letak jawatan tu, tarik balik perletakan jawatan mereka, sebab perkara yang timbul adalah KECIL sahaja dan boleh diselesaikan...

Salam, saya nak tau pasai apa, ada ahli yang dapat balik syer atau saham mereka?

Saya setuju dengan cadangan Bendahari supaya AJK yang letak jawatan menarik balik perletakan jawatan mereka dan kita selesaikan secara baik apa sahaja masalah yang timbul.

Bagi saya, mudah saja, kalau dah perkara yang jadi isu tu KECIL, tak payah lah kita sampai nak ke peringkat nak guna .......

Apakah AJK BAKEB mengalami communication breakdown ?


Kita dah dapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, mengapa kita tak boleh bayar balik wang yang telah dibayar oleh ahli?

Kami cuma nak tahu adakah wang kami akan dibayar balik? Kalau ya, bila ?

Kami sedia menarik balik perletakan jawatan kami dengan syarat apa dipersetujui pada hari ini dipenuhi ....

Khamis, 21 April 2011

MAKAN PULUT DURIAN .....

Pada hari Khamis, 21 April 2011, beberapa orang kakitangan lelaki PPAK bersetuju untuk "menyorok" pulut durian ramai-ramai kat lebry. Pak Ku Am bertindak sebagai broker collect duit. Hmm... macam nak lawan Kak Chik Ku Mastom saja ni....


Port yang depa pilih untuk nyorok ialah di bahagian belakang PPAK. Selain pulut durian, turut dimakan ialah pulut ikan kering. Fu yoo!! betul-betul holiau wa cakap lu... top up dengan air kopi pula.... apa nak kata lagi !!!


Hari tu, depa dok dalam econ pun berpeluh sakan la kerana penangan pulut durian...







Buah durian yang dibeli di pasar malam pada petang Rabu.

































Tu dia!!! Mat Sayut sedang menunjukkan skill kopek durian...





Arope dengan skill lulur biji durian..













Pak Jo jadi tukang tuang santan...













Arope dengan skill ramaih pulut dan durian !!






















Geng hantu durian spesis yang sama dalam Upin & Ipin the movie