Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 26 September 2011

SESSI MAKAN-MAKAN

Salam.....
Alaaaahai. dok tak dok, dah nah abih Syawal. Oghang pun dah dok koi mula pakat nak pi Mekah pulak...... Amacam geng, dah cukup ka atau dan ka hampa dok posa 6 Syawal. Bukan apa, setengah tu kot terlupa nak posa sunat 6 ari ni, almaklumlaaaa.... sibuk dok pi makan kat open house.

Bila mai bab open house ni, sedeyyy juga la Pi Wai bila dok ingat dan dok pikiaq pasai open house PPAK. Tak tau nak kata apa. Cukup lekeh taon ni kata geng kat Kolam Air dan geng Cawangan dan PD yang mai pada 13 September lalu...... Tak macam taon-taon lepaih. Macam mai makan kenduri mayat saja depa kata....


Apa taknya, dulu meriah melaram pakai baju raya, dengan pakat bawa anak bini sekali mai makan jamuan raya, ada cabutan bertuah pulak tu, tapi taon ni ceroi sajaaaa..... YB cakap pun ceroi, Dr cakap pun ceroi sampai tang menu makan pun ceroiiiii.......


Pi Wai pun no komen sangat la bab benda ni, sat ni bukan tak tau, Pi Wai ni depa dok kata macam-macam dah slama ni. Dah pakat tua dan pakat ada akai,... la ni, hampa boleh pikiaq sendiri la no.....


Ni, Pi Wai nak crita pasai jamuan penutup Syawal yang staff tingkat 1 buat pada 26 September 2011 kelmarin. Geng tingkat satu yang merangkumi Bhg Rujukan, Koleksi Kedah, Koleksi Ismail Hussein dan Bhg Multimedia telah pakat collect duit sorang 5 ringgit, buat jamuan akhir Syawal dan pasai mesyuarat bersama bhg2 di tingkat satu.


Menu yang disediakan ialah bihun goreng. Celah2 tu ada juga yang pakat bawa mai serdak2 kueh raya yang ada kat umah depa mai sama. Pi Wai yang tengah dok cuti pasai penat baru balik dari Phuket pun depa calling suruh mai mesyuarat sama...... Ishh....ishh... tak patut betoi......


Dalam mesyuarat tu, banyak juga la idea yang timboi untuk menambahbaik lagi bhg2 yang ada di tingkat satu ni....



Geng pompuan tengah sibok dok beridang




Geng lelaki pakat dok makan, hero kita kat multimedia ni dan lagi dok sms dalam dok makan tu......



Antara menu sampingan..




Pn. Hasnah, boss Koleksi Kedah sedang mempengerusikan meeting..










Pi Wai ngan boss Rujukan....

Rabu, 21 September 2011

MALANG TAK BERBAU

Salam.

Pi Wai dok teringat la kata-kata orang tua-tua kita dulu... malang tak berbau bila dengaq crita geng kita yang dok reja di Bhg Media.... ala yang dok galaih kamera video tu.... haaa.., sapa lagi kalu bukan Sohaimi Osman, yang femos dgn nama Men.



Sohaimi Osman.


Dia ni la ni dok kat Kedah Medical Centre (KMC) . Dah masok dua hari dok terlantaq situ pasai mengalami kecederaan pada 21/9/2011. Cerita dia lagu ni ..... Pi Wai dah pi ziarah dia pada pagi 22/9/2011 bersama En. Hashimi dan En. Mohd Baser. Men cerita kata, pada malam 21/9/2011, dia pi balik tengok rumah pusaka orang tua dia kat Jalan Kola Kedah.


Pi .. pi.. hampa kata, pintu rumah dia tak boleh buka, pasai jem. Apa lagi, dia pun ragaih la kot tingkap belakang rumah tu..... Nak jadi cerita masa nak landing masok tu, dia teruih terjun dalam rumah, tanpa sedaq yang ketinggian tingkap tu dengan lantai lebih daripada 8 kaki. Hampa tau la Men tu bukannya tinggi mana pun.... Apa lagi, terjun saja dia kata terus kebaih kedua kaki dan tak boleh jalan......


Bila bini dia bawa pi check kat PMC, baru tau kata yang ke dua tumit dan tapak kakinya retak. Dan dengaq Men kata, kaki belah kiri akan kena operate dalam sari dia ni.....


Mu kalu hampa semua nak pi ziarah pi la tumpang esok ngan lusa ni cuti, boleh juga dia tumpang seronok dan kurang cikit rasa sakit dia. Mu kalu hampa dok jauh, hampa tepon dia di 013-4888330.

Isnin, 5 September 2011

CATATAN SELEPAS RAYA


Salam, Pa habaq semua? ada baik kot no... Macam mana berat badan? ada naik ka atau menten macam masa bulan posa? Hmmmm.... harap2 tu pakat2 jaga la kesihatan diri masing2 no..... bukan apa, hak yang muda2 tu boleh la nak tibai makan apa pun time raya ni, tapi mai yang geng 40an ke ataih ni, haaa... hampa kena jaga2 la pemakanan hampa....

Bukannya apa, mai masuk umur 40an ni, penyakit pun pakat dok lawan mai, kencing manih la, darah tinggi la, jantung la dan serba mak nenek lagi yang dok mai. Kata geng loyar buruk.... kencing manih tak pa, jangan kencing kawan saja... he.. he...Jadi yang mana dah dok ada penyakit tu, pakat beringat la masa dok pi terpa makan kat open house yang pakat dok ada la ni....jangan kira dok kata makan pi la, tumpang dok boleh makan dan tumpang ubat dok bawa.......

Sebut pasai penyakit ni. Pi Wai pun teringat kat geng kita di Bhg Rangkaian Perpustakaan iaitu En. Mustafa b. Kasim yang tiba2 jatuh sakit masa bulan posa hari tu, dan dengaq kata masih tak lega lagi. Dengaq kata dapat stroke ka apa tak tau, Pi Wai pun tak dan nak pi jengok lagi..... mau sapa2 nak pi jengok dia boleh la pi kat umah dia di Kg. Kubang Julok, Naka atau tel dia 013-4675592 kot2 nak tanya habaq.....


En. Mustafa Kassim

Lagi sorang yang dok MC lagi sampai hari ni tak mai reja ialah Pn Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh, Ketua Bhg Teknologi Maklumat. Nurina ni dengaq katanya jatuh kat umah dan retak dia punya kaki. Umah dia kat Taman Seri Abadi kat Jalan Kola Kedah. No phone dia 019-4435321. Dia ni pun Pi Wai tak dan nak pi jengok lagi......tah apa cerita tak tau...... ingat sari dua ni nak pi jengok la juga mu kalu dan......

Pn Nurina

Sembang pasai open house ni, Pi Wai dok tengok dlm blog, Fuhhhh... mak oiii geng Penang dan Perlis dah mula dok kiliaq mulut dah, buat open house, tak dan nak lepaih raya posa 6 Syawal depa dah mula buat open house...... syabas la kat hampa noo... kami kat Kedah ni tak tau lagi taon ni, nak ada ka tak ada tak tau lagi, pasai la ni dok loghat cikit pasai boss nak pencen. Mau ikut kalu pada 20 Sept ni...dan rayuan nak sambong pi setaon lagi tak tentu kalu lagi pasai MB dok sakit pulak la nii......

Cuma Pi wai dok dengaq, ada beberapa bhg dah dok pilih haribulan nak buat open house kat bhg masing2.... Hmmm.... buat ! jangan tak buat..... jangan lupa panggi Pi Wai sudah la no.... tumpang Pi Wai tak ada penyakit lagi...... he .. he......