Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 26 September 2011

SESSI MAKAN-MAKAN

Salam.....
Alaaaahai. dok tak dok, dah nah abih Syawal. Oghang pun dah dok koi mula pakat nak pi Mekah pulak...... Amacam geng, dah cukup ka atau dan ka hampa dok posa 6 Syawal. Bukan apa, setengah tu kot terlupa nak posa sunat 6 ari ni, almaklumlaaaa.... sibuk dok pi makan kat open house.

Bila mai bab open house ni, sedeyyy juga la Pi Wai bila dok ingat dan dok pikiaq pasai open house PPAK. Tak tau nak kata apa. Cukup lekeh taon ni kata geng kat Kolam Air dan geng Cawangan dan PD yang mai pada 13 September lalu...... Tak macam taon-taon lepaih. Macam mai makan kenduri mayat saja depa kata....


Apa taknya, dulu meriah melaram pakai baju raya, dengan pakat bawa anak bini sekali mai makan jamuan raya, ada cabutan bertuah pulak tu, tapi taon ni ceroi sajaaaa..... YB cakap pun ceroi, Dr cakap pun ceroi sampai tang menu makan pun ceroiiiii.......


Pi Wai pun no komen sangat la bab benda ni, sat ni bukan tak tau, Pi Wai ni depa dok kata macam-macam dah slama ni. Dah pakat tua dan pakat ada akai,... la ni, hampa boleh pikiaq sendiri la no.....


Ni, Pi Wai nak crita pasai jamuan penutup Syawal yang staff tingkat 1 buat pada 26 September 2011 kelmarin. Geng tingkat satu yang merangkumi Bhg Rujukan, Koleksi Kedah, Koleksi Ismail Hussein dan Bhg Multimedia telah pakat collect duit sorang 5 ringgit, buat jamuan akhir Syawal dan pasai mesyuarat bersama bhg2 di tingkat satu.


Menu yang disediakan ialah bihun goreng. Celah2 tu ada juga yang pakat bawa mai serdak2 kueh raya yang ada kat umah depa mai sama. Pi Wai yang tengah dok cuti pasai penat baru balik dari Phuket pun depa calling suruh mai mesyuarat sama...... Ishh....ishh... tak patut betoi......


Dalam mesyuarat tu, banyak juga la idea yang timboi untuk menambahbaik lagi bhg2 yang ada di tingkat satu ni....



Geng pompuan tengah sibok dok beridang




Geng lelaki pakat dok makan, hero kita kat multimedia ni dan lagi dok sms dalam dok makan tu......



Antara menu sampingan..




Pn. Hasnah, boss Koleksi Kedah sedang mempengerusikan meeting..










Pi Wai ngan boss Rujukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan