Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 30 Jun 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR - JULAI : .


2 Julai - Nor Nuzaimah bt. Mokhti - PD Kg. Charok Kudung.

3 Julai - Raihana Humaira bt. Mohamed Ghaus - PD Kg. Belakang Pekan.

- Norhilmi bt. Abdul Ghani - PD Kg. Kelubi.

4 Julai - Mohamad Suberi b. Abd Raof - PD Kg. Pauh.

6 Julai - Shaharizal b. Saedon - Cawangan Sg. Petani.

7 Julai - Noor Azleen bt. Noor Azam - PD Kg. Pauh.

8 Julai - Siti Rohaida bt. Kamis - PD Kurnia Jaya.

10 Julai - Aiman b. Mohamed Kamil - PD Kg. Barokhas.

11 Julai - Zarina bt. Ishak - PD Bukit Jenun.

13 Julai - Sasmin b. Othman - Bhg. Media.

15 Julai - Zainab bt. Ismail - PD Felda Teloi Kanan.

16 Julai - Ali Amran b. Abu Bakar - Bhg. Rangkaian Perpustakaan.

18 Julai - Suhaida bt. Tajudin - PD Felda Sg. Tiang.

20 Julai - Nur Adila bt. Wahab - Cawangan Pendang.

21 Julai - Mohd Tarmizi b. Md Shab - Cawangan Merbok.

26 Julai - Nurulhuda bt. Mat Daud - PD Kg. Mahawangsa.

28 Julai - Rohana bt. Ismail - PD Kg. Bendang Raja.

- Zainol b. Ahmad - PD Kg. Hangus.

- Mohd Azhar b. Yahya - PD Masjid Kg. Lama.

30 Julai - Asma bt. Ali - Bhg. Pentadbiran & Kewangan.

- Nor Zaini bt. Khali Abd Halim - PD Kg. Kepala Bukit.

- Wan Badrul Hisham b. Arif - PD Tokai.

31 Julai - Aziyah bt. Md.Ghazi @ Raziawal - Bhg. Perolehan.


Isnin, 28 Jun 2010

. : SALAM TAKZIAH : .


En Zulkepli b. Yahya

Takziah diucapkan kepada En. Zulkepli b. Yahya, kakitangan Cawangan Sungai Petani kerana kematian bapanya pada 29 Jun 2010 di Kg. Baru, Lubuk Merbau.

Semoga beliau sekeluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Marilah kita semua bersama-sama membaca surah Al Fatihah dan kita hadiahkan kepada Allahyarham bapanya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


"Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah hubungan dan amalannya kecuali ilmunya yang bermanafaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya"

Sabtu, 26 Jun 2010

. : ALBUM SPASM - RENANG :.

Haaa... kalau sebelum ini kita tengok barisan ratu bola jaring PPAK, apakata kali ini kita tengok barisan perenang kita pula!.. Siapa sangka pada saat-saat terakhir dapat juga anak didik Michael Phelp dari PPAK menyertai acara ini.

Dari hari mula sampai lagi anak-anak duyung ni dah tidak sabar nak menguak dalam air. Sebaik sahaja selesai urusan check in dalam hotel, terus mereka naik ke tingkat 8 kerana terdapat kolam renang di aras tersebut. Apa lagi habis berkocak air kolam tersebut dengan gelagat Man From Atlantis @ PPAK ni...

Tahniah kita ucapkan kepada team ini kerana dapat juga menyertai menyertai acara yang julong kali diadakan. Pencapaian mereka dalam acara ini agak memuaskan kerana berjaya juga menamatkan perlumbaan ini walaupun terpaksa beraksi dalam beberapa gaya seperti kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak tarik tali dan kuak makan air...


Apa-apa pun kita warm up dulu...


Gaya jaguh ada, gaya model pun ada....


Biar menang gaya...


Aiiikk... apa hal tu? lintah masuk ke bang?


Tahun 2012 boleh masuk acara bina badan kat Selangor..









Gaya ala bapa dugong oleh anak duyung Cawangan Yan. Dia kata sempat minum air 5 kali...

Sabtu, 19 Jun 2010

. : UCAPAN TAKZIAH :.


Takziah diucapkan kepada Puan Zarinawati bt. Zakaria kakitangan Perpustakaan Cawangan Sungai Petani di atas kematian suami beliau Allahyarham Mohamad Jamal b. Ahmad yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Slim River pada jam 7.00 pagi, Sabtu, 19 Jun 2010. Berita berkenaan kemalangan tersebut boleh diikuti pada akhbar New Sunday Times keluaran 20 Jun 2010 , muka surat 3.



Semoga roh suami beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham. Al-Fatihah.....

Jumaat, 18 Jun 2010

. : KELAHIRAN CAHAYA MATA PERTAMA : .


Tahniah diucapkan kepada Puan Rafidah bt. Mohd. Ghazi, kakitangan Bahagian Teknoloji Maklumat kerana selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama, seorang anak lelaki pada pagi Jumaat, 18 Jun 2010.

Hmmm... bertambah lagi ahli keluarga PPAK....

Sabda Nabi SAW, fitrah seseorang anak itu adalah dilahirkan dalam keadaan puteh, terserah kepada kedua ibubapanyalah untuk mencorakkan masa depan seseorang anak itu samada mahu menjadi Muslim, Yahudi, Majusi ataupun Nasrani.

Isnin, 14 Jun 2010

. : ALBUM SPASM JOHOR BAHRU - BOLA JARING : .

Mungkin ramai yang sudah maklum, PPAK hanya memenangi 2 pingat sahaja pada kejohanan kali ini, iaitu johan dalam acara bola jaring dan ke tiga dalam acara badminton. Walau bagaimana pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kontijen PPAK yang menyertai kejohanan ini.

Seperti biasa pada setiap kejohanan pepatah rumah siap pahat berbunyi akan hangat diperkatakan, terutama dikalangan peserta yang menyertai kejohanan ini. Tapi nak buat camno.. dah agak kelamkabut kejohanan ini. Mesyuarat lain, pelaksanaannya lain pula, dah tu kalau ada bantahan perlu jelaskan wang RM300 pula......

Justeru itu tidak hairanlah kedengaran sorakan booo... pada malam akhir kejohanan dan tidak kurang juga yang memperkatakan kehebatan Terengganu apabila menjadi penganjur pada tahun 2008 lalu. Semoga Selangor yang bakal menjadi tuan rumah pada tahun 2012 akan mengambil iktibar dari kejohanan ini.

Dalam edisi ini dipaparkan aksi pasukan bola jaring yang muncul johan kejohana ini, manakala bagi pasukan lain akan dipaparkan selepas ini..



Kedudukan terakhir pingat pasukan yang mengambil bahagian.


Skuad Puteri Emas PPAK.


Sessi tunjuk jari siapa paling lentik dan cincin siapa paling cantik..


Woi! tepilah, aku nak shoot ni..


Agak-agak nak masuk tak bola ni....


Posing maut sebelum melangkah ke final bertemu pasukan Selangor..


Pemain relax saja... tapi penyokong pula yang lebiiih...Syabas kepada barisan penyokong yang memberikan sokongan yang padu! sampaikan ada yang tak selera nak makan nasi tengahari tu sebab terlalu seronok menyorak !!! caya lah....


Skill sakit perut dari Jannah..


Yang hang dok gawang macam tu. aku nak shoot macam mana ?

Penyokong lelaki pun pakat tumpang semangkok!!!!

Rabu, 9 Jun 2010

. : SELAMAT PENGANTIN BARU : .


Kata pepatah Melayu lama...

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk mungkin muafakat....

Kalau dah jodoh tidak kemana..

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bahagian Koleksi Ismail Hussein yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan En. Nasari b. A. Rahaman pada hari ini 10 Jun 2010.

Semoga doa Puan Jawahir seperti yang tercatat dalam kad jemputan beliau akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T, iaitu :

Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi, Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,sepertimana yang Engkau kehendaki......