
Kata pepatah Melayu lama...
Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk mungkin muafakat....
Kalau dah jodoh tidak kemana..
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bahagian Koleksi Ismail Hussein yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan En. Nasari b. A. Rahaman pada hari ini 10 Jun 2010.
Semoga doa Puan Jawahir seperti yang tercatat dalam kad jemputan beliau akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T, iaitu :
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi, Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,sepertimana yang Engkau kehendaki......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan