Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Sabtu, 26 Jun 2010

. : ALBUM SPASM - RENANG :.

Haaa... kalau sebelum ini kita tengok barisan ratu bola jaring PPAK, apakata kali ini kita tengok barisan perenang kita pula!.. Siapa sangka pada saat-saat terakhir dapat juga anak didik Michael Phelp dari PPAK menyertai acara ini.

Dari hari mula sampai lagi anak-anak duyung ni dah tidak sabar nak menguak dalam air. Sebaik sahaja selesai urusan check in dalam hotel, terus mereka naik ke tingkat 8 kerana terdapat kolam renang di aras tersebut. Apa lagi habis berkocak air kolam tersebut dengan gelagat Man From Atlantis @ PPAK ni...

Tahniah kita ucapkan kepada team ini kerana dapat juga menyertai menyertai acara yang julong kali diadakan. Pencapaian mereka dalam acara ini agak memuaskan kerana berjaya juga menamatkan perlumbaan ini walaupun terpaksa beraksi dalam beberapa gaya seperti kuak kupu-kupu, kuak lentang, kuak tarik tali dan kuak makan air...


Apa-apa pun kita warm up dulu...


Gaya jaguh ada, gaya model pun ada....


Biar menang gaya...


Aiiikk... apa hal tu? lintah masuk ke bang?


Tahun 2012 boleh masuk acara bina badan kat Selangor..









Gaya ala bapa dugong oleh anak duyung Cawangan Yan. Dia kata sempat minum air 5 kali...

1 ulasan:

  1. Gaya ala bapa dugong oleh anak duyung Cawangan Merbok la...
    apa²pun tahniah! semangat kesukanan itu yg kita mau! ;)

    BalasPadam