

Takziah diucapkan kepada En. Zulkepli b. Yahya, kakitangan Cawangan Sungai Petani kerana kematian bapanya pada 29 Jun 2010 di Kg. Baru, Lubuk Merbau.
Semoga beliau sekeluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
Marilah kita semua bersama-sama membaca surah Al Fatihah dan kita hadiahkan kepada Allahyarham bapanya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
"Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah hubungan dan amalannya kecuali ilmunya yang bermanafaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan