Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 31 Mei 2011

PENGANTIN BARU.



Haaa....... ni dia gambar Puan Sarah bt. Hasbullah nak tunjuk bagi kat hampa yang tak pi makan kenduri ari tu. Bertuah sungguh pengantin baru ni, abang pun dapat .... dan dengar kata.. kerja baru pun dapat..... hmmmmmm.. kena ambik orang baru pulak la kat Bhg Gerakan Literasi lepaih ni...


Hang kena buat kenduri sekali lagi la Sarah oiii pasai dapat kerja baru....

Selasa, 24 Mei 2011

ROMBONGAN CHE NAH KE KODIANGO !


Nak habaq bagi kat hampa, pada hari Selasa 24.5.2011 lalu, Pn. Hasnah ( Che Nah ) selaku Ketua Bhg Koleksi Kedah bawa la geng bhg dia pi melawat tempat-tempat bersejarah di kawasan Kubang Pasu. Lawatan ala-ala lasbela ada, ala-ala rombongan Che Kiah yang kat ntv7 pun ada.

Dok ada 12 orang semuanya yang pi termasuk pemandu dan tukang gambaq. Depa mula pi tu kira stat dari Kota Naga, ke Kota Pulau Pisang, Kota Si Puteh, Gua Kerbau dan berakhir di Kota Hutan Palas.... he.. he... rumah Che Nah la...

Pi Wai jadi co pilot depa sebab kawasan tu area pemerintahan Pi Wai ! Yang syok tu ialah time makan tengahari kat rumah mak Che Nah la... hmmm... pakat sapu makan sampai tak cukup nasi.... penangan ayaq tangan mak Che Nah...


Di Makam Tunku Anom, Raja Negeri Kubang Pasu.


Berlatar belakang Pulau Kain, tempat yang dijadikan penjara zaman pemerintahan Tunku Anom.

Hampa kenai ka dia ni?

Di makan Puteri Lindungan Bulan.



Posing ala kumpulan nasyid ada, ala gambar seram yang ditayang TV3 baru-baru ni pun ada, yang pelakon dia jadi pengacara ketuk-ketuk ramadhan tu...



MAI SECAWAN...................

Minum petang di Bahagian Perolehan.....



Rabu, 18 Mei 2011

TAHNIAH ! TAHNIAH ! DAN TAHNIAH !!!

Tahniah diucapkan kepada 2 orang pegawai PPAK yang berjaya memperolehi master daripada UiTM di majlis konvokesyen pada 12 Mei 2011 lalu.

Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Norfardilla bt, Mohd Nor, Ketua Bahagian Rujukan dan Cik Murni Masreena bt. Mohd Disa, Pegawai Bahagian Sumber Manusia. ( rasanya tak lama dah kot nak jadi Puan ni .. Ngeee..... )

Hmmm....... tak mau buat kenduri sekali lagi ka?



SELAMAT MENIMANG CAHAYA MATA.


Tahniah diucapkan kepada Puan Muazah bt. Mokhtar yang selamat menimang cahaya matanya yang pertama pada 7 Mei 2011 lalu. Dengaq kata dapat baby pompuan.......dan sama pulak dengan tarikh lahir Muazah sendiri .... Ish..ish... pandai depa adjust noooo....


Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Mak oiii... pejam celik pejam celik dah nak masuk tengah tahun dah.... mu kalu tengah tahun saja.....dah tentu cuti sekolah pertengahan tahun... Mu dah cuti sekolah ni... faham-faham saja la... musim makan kenduri.....

Ni kad undangan pun dah mula sampai dah kat tangan Pi Wai daripada Cik Siti Sarah bt. Hasbullah, kakitangan Bahagian Gerakan Literasi. Beliau akan menamatkan zaman anak dara dia pada Ahad, 29 Mei 2011 di TJ-1, Lorong 8, Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.


Pilihan hatinya bukan jauh pun..... orang sekampung jugak... pandai Cik Sarah kita cari noo..... senang la mu kalu time hari raya... tak gadoh nak berkelai nak balik rumah mak bapak sapa.....


Moga kekal ke anak cucu la Sarah nooo...




Rabu, 11 Mei 2011

MASIHKAH KAU INGAT .....


Hmmmmm ...... dok saja-saja kelebek pc depan kaunter ni, Pi Wai terjumpa la gambaq-gambaq kenangan mengusik jiwa ni... jadi.... ingat daripada nak delete buang bagitu saja, baik post gambar ni dalam blog, boleh juga teringat kawan-kawan yang sama-sama pi sana dulu.....






















Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU........

( Hampa teka sapa dia yang jadi model kek hari ibu ni ? )

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua warga PPAK dan pengikut blog ini yang bergelar IBU...

Pi Wai : taon depan hampa pakat minta kat PM minta bagi cuti umum pada hari ibu..... boleh jugak kami geng bapa ni tumpang semangkok buat tahi mata hari tu....

Khamis, 5 Mei 2011

GELAGAT GENG POMPUAN PEROLEHAN / KATALOG

Haaa.. ari ni Pi Wai nak tunjuk kat hampa kelaku geng pompuan Bhg Perolehan dan Katalog masa time makan tengahari......Gambar ni ada dalam memory card kamera Pi Wai yang di pinjam oleh kak Chik........ he.. he ... i'm sorry...



Amboi masa nak makan dia tak habaq kat kita pun.....




Hampa perasan tak ada orang baru dalam gambaq ni? Haaa.. dia ni baru 3 hari mai masuk praktikal... student UKM! nanti lepaih ni Pi Wai pi interview dia...



Ni dia kek yang depa dok tibai... perasan Kak Chik yang buat....