Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 14 Jun 2010

. : ALBUM SPASM JOHOR BAHRU - BOLA JARING : .

Mungkin ramai yang sudah maklum, PPAK hanya memenangi 2 pingat sahaja pada kejohanan kali ini, iaitu johan dalam acara bola jaring dan ke tiga dalam acara badminton. Walau bagaimana pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kontijen PPAK yang menyertai kejohanan ini.

Seperti biasa pada setiap kejohanan pepatah rumah siap pahat berbunyi akan hangat diperkatakan, terutama dikalangan peserta yang menyertai kejohanan ini. Tapi nak buat camno.. dah agak kelamkabut kejohanan ini. Mesyuarat lain, pelaksanaannya lain pula, dah tu kalau ada bantahan perlu jelaskan wang RM300 pula......

Justeru itu tidak hairanlah kedengaran sorakan booo... pada malam akhir kejohanan dan tidak kurang juga yang memperkatakan kehebatan Terengganu apabila menjadi penganjur pada tahun 2008 lalu. Semoga Selangor yang bakal menjadi tuan rumah pada tahun 2012 akan mengambil iktibar dari kejohanan ini.

Dalam edisi ini dipaparkan aksi pasukan bola jaring yang muncul johan kejohana ini, manakala bagi pasukan lain akan dipaparkan selepas ini..



Kedudukan terakhir pingat pasukan yang mengambil bahagian.


Skuad Puteri Emas PPAK.


Sessi tunjuk jari siapa paling lentik dan cincin siapa paling cantik..


Woi! tepilah, aku nak shoot ni..


Agak-agak nak masuk tak bola ni....


Posing maut sebelum melangkah ke final bertemu pasukan Selangor..


Pemain relax saja... tapi penyokong pula yang lebiiih...Syabas kepada barisan penyokong yang memberikan sokongan yang padu! sampaikan ada yang tak selera nak makan nasi tengahari tu sebab terlalu seronok menyorak !!! caya lah....


Skill sakit perut dari Jannah..


Yang hang dok gawang macam tu. aku nak shoot macam mana ?

Penyokong lelaki pun pakat tumpang semangkok!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan