Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 5 September 2011

CATATAN SELEPAS RAYA


Salam, Pa habaq semua? ada baik kot no... Macam mana berat badan? ada naik ka atau menten macam masa bulan posa? Hmmmm.... harap2 tu pakat2 jaga la kesihatan diri masing2 no..... bukan apa, hak yang muda2 tu boleh la nak tibai makan apa pun time raya ni, tapi mai yang geng 40an ke ataih ni, haaa... hampa kena jaga2 la pemakanan hampa....

Bukannya apa, mai masuk umur 40an ni, penyakit pun pakat dok lawan mai, kencing manih la, darah tinggi la, jantung la dan serba mak nenek lagi yang dok mai. Kata geng loyar buruk.... kencing manih tak pa, jangan kencing kawan saja... he.. he...Jadi yang mana dah dok ada penyakit tu, pakat beringat la masa dok pi terpa makan kat open house yang pakat dok ada la ni....jangan kira dok kata makan pi la, tumpang dok boleh makan dan tumpang ubat dok bawa.......

Sebut pasai penyakit ni. Pi Wai pun teringat kat geng kita di Bhg Rangkaian Perpustakaan iaitu En. Mustafa b. Kasim yang tiba2 jatuh sakit masa bulan posa hari tu, dan dengaq kata masih tak lega lagi. Dengaq kata dapat stroke ka apa tak tau, Pi Wai pun tak dan nak pi jengok lagi..... mau sapa2 nak pi jengok dia boleh la pi kat umah dia di Kg. Kubang Julok, Naka atau tel dia 013-4675592 kot2 nak tanya habaq.....


En. Mustafa Kassim

Lagi sorang yang dok MC lagi sampai hari ni tak mai reja ialah Pn Nurina Fadhlah bt. Mohd Salleh, Ketua Bhg Teknologi Maklumat. Nurina ni dengaq katanya jatuh kat umah dan retak dia punya kaki. Umah dia kat Taman Seri Abadi kat Jalan Kola Kedah. No phone dia 019-4435321. Dia ni pun Pi Wai tak dan nak pi jengok lagi......tah apa cerita tak tau...... ingat sari dua ni nak pi jengok la juga mu kalu dan......

Pn Nurina

Sembang pasai open house ni, Pi Wai dok tengok dlm blog, Fuhhhh... mak oiii geng Penang dan Perlis dah mula dok kiliaq mulut dah, buat open house, tak dan nak lepaih raya posa 6 Syawal depa dah mula buat open house...... syabas la kat hampa noo... kami kat Kedah ni tak tau lagi taon ni, nak ada ka tak ada tak tau lagi, pasai la ni dok loghat cikit pasai boss nak pencen. Mau ikut kalu pada 20 Sept ni...dan rayuan nak sambong pi setaon lagi tak tentu kalu lagi pasai MB dok sakit pulak la nii......

Cuma Pi wai dok dengaq, ada beberapa bhg dah dok pilih haribulan nak buat open house kat bhg masing2.... Hmmm.... buat ! jangan tak buat..... jangan lupa panggi Pi Wai sudah la no.... tumpang Pi Wai tak ada penyakit lagi...... he .. he......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan