Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 23 Ogos 2011

<<<< SALAM AIDIL FITRI 1432H >>>>

Hmmmm..... lip pok lip pok mata mengantok, dah nak sambut raya dah...... Ish..ish... ni yang orang tua-tua dulu dok kata donia akhir zaman ni, masa cukup cepat berjalan.....

Amacam geng ,... cukup ka posa hampa semua taon ni? cukup la kot no.... dah tua-tua merongoh ni, buat malu kat budak-budak saja la mau kalu tak posa... lain la kalu orang pompuan. depa Allah bagi spesel kes....

Taon ni kira raya sakan la geng gomen macam kita, dah pakat dapat bonoih 1/2 bulan gaji.... tapi apa-apa pun kena beringat la sama, jangan dok memazir tak tentu gaya. Kena pakat beringat la sama dan kalu ada duit lebih tu, simpan sama habuan sesak hujung bulan....

Geng-geng cawangan amacam? hampa make up dah ka lebry hampa? Kat Kolam Ayaq, taon ni tak beropa nak meriyah macam taon-taon dulu. Hanya Bhg Sirkulasi, Koleksi Kedah dan Bhg Rujukan saja yang dok pakat lawan make-up bahagian masing-masing. Hak bahagian lain.... gelap gelita tak dak lampu lip lap..... tak tau pasai apa..... kot dok pakat suspen tarikh 20 haribulan depan ni tak tau la..... sebab masing-masing staff kata tak dak mood....

Mai time ni, Pi Wai pun teringat la masa Pn. Mazizah jadi boss dulu... mai time seminggu lagi nak raya saja riuh rendah dia suruh make up bahagian masing-masing dengan lampu lip lap dan lain-lain lagi. Apa lagi, semua orang pakat lawan penaik la bahagian masing-masing. Ada yang pasang lampu lip lap, ada cucuh pelita raya, ada gantong kat raya, siap dengan rock garden lagi........ KINI SEMUA TELAH TIADA..... (lagu Headwind)..

Haaa... sempena raya yang kita pakat nak sambut pada 1 Syawal / 30 Ogos ni, Pi Wai nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada seeeeeeeeemua geng lebry, tak kira la lebry Kedah ka, lebry Negeri ka, lebry PNM ka. Mau kalu Pi Wai ada buat salah masa dok melwak dan dok tulih macam-macam dalam blog ni, mau kalu ada salah silap tu, Pi Wai mintak maaf la dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Sapa-sapa yang tau umah Pi Wai, ha... mai la rumah Pi Wai masa raya nanti. Makan pi la apa yang ada......

Maaf Zahir Batin. Adios daripada Pi Wai.

Bahagian Rujukan, pemenang make up terbaeeekk taon ni dengan hiasan raya dan merdeka ..... Bhg Pi Wai la.... he..he..he..

Bhg Sirkulasi....

Bhg Koleksi Kedah

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Kemerdekaan dari kami Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang... semoga sambutan hari raya dan kemerdekaan kali nie membawa lebih makna dan kegembiraan pada rakan-rakan di PPAK....dan terus merapatkan hubungan antara PPAPP dan PPAK. Ikhlas dari Admin penanglibrary blogspot

    BalasPadam