Musim bubuq sora mai pulak dah !!! Kat lebry Alor Setaq pun , macam taon-taon sudah jugak la, kami pakat kacau sorang sikit. Collect sorang RM5.00. Ada gak yang bagi lebih. Lepaih collect tu pakat atur orang pulak beli pekakaih dia. Pas tu pakat edar n bawak balik pulak sorang sikit pekakaih tu untuk di rebus.
Lupa pulak nak habaq, kami pakat kacau bubuq tu pada 13 Disember 2011. Port dia macam besa jugak la, belakang lebry. Makan pagi nasi lemak n cucuq sorang dua tiga biji, lebry sponsor! Mula start kacau pukoi 10.00 lebih kurang, nak dekat pukoi 1.00 baru masak masak bubuq tu...
Ni nak habaq sama kat hampa, ari ni 20 Disember 2011, AJK BAKEB meeting buat kali ke 2. Antara agenda yang dibincang adalah nak bayaq balik RM120.00 kat geng kita yang pi Johor taon sudah. manakala bayaran tertunggak lain akan dibayaq pelan-pelan lepaih ni. Tapi tak tau jangkamasa lagi pasai dok tunggu mantan Bendahari lama serah balik barang-barang berkaitan kewangan spt buku cek n macam2 kagi. Dia kata nak kena cari dulu.... nak cari apa lagi tak tau la pulakkk...sepatutnya lepaih mesorat agung dulu tu, dah sepatutnya diserah kepada jawatankosa baru, tak payah tunggu oghang pi mintak dah....
Dan kalu ikut perancangan. kita akan buat majlis perpisahan untuk Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bhg Koleksi Ismail Hussein pada 2 Januari 2012 nanti. Kak Eds kita dah opsyen taon depan, n tarikh 2 Januari tu adalah ari terakhir dia reja kat lebry. Hmmm..... sahih ramai yang pakat meramu ayaq mata ari tu ....

Pn. Jawahir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan