Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 24 Februari 2010

. : MAULIDUR RASUL :.


Esok Jumaat, 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010 adalah hari Maulidur Rasul, dan kita akan bercuti sehingga ke hari Ahad kerana mendapat cuti gantian yang jatuh pada hari Jumaat. Diakhir-akhir ini, dan pada tahun ini sahaja, banyak peristiwa besar yang berlaku pada hari Jumaat yang perlu kita renungi dan hayati bersama dengan penuh keinsafan. Antaranya :


  • 27 November 2009 - Hari Raya AidilAdha.

  • 18 Disember 2009 - Tahun Baru Hijrah 1431.

  • 25 Disember 2009 - Hari Natal.

  • 1 Januari 2010 - Tahun Masehi.

  • 15 Januari 2010 - Gerhana Matahari.

  • 26 Februari 2010 - Maulidur Rasul.

  • 28 Mei 2010 - Hari Wesak.

  • 10 September 2010 - Hari Raya AidilFitri.

  • 27 Ogos 2010 - Nuzul Quran.

  • 5 November 2010 - Deepavali.

Apakah maksud tersirat yang Allah Taala aturkan ini? Hanya DIA yang lebih mengetahuinya. Dan ingatlah bahawa, KIAMAT juga akan berlaku pada hari Jumaat! Bagi yang masih alpa dengan nikmat DUNIAWI, masih belum terlambat rasanya untuk kita kembali kepangkal jalan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan