Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 21 Februari 2010

. : JAMUAN KESYUKURAN : .

Isnin, 22 Februari 2010, seramai 21 orang kakitangan PPAK telah mengadakan jamuan kenduri kesyukuran kerana mendapat kenaikan pangkat, kenaikan untuk penyandang dan lantikan baru perjawatan. Jamuan kenduri kesyukuran yang tertangguh sejak beberapa hari yang lalu akhirnya berjaya juga diadakan pada tarikh ini, malangnya Tuan Pengarah pula tidak dapat bersama meraikan jamuan ini kerana terpaksa berangkat ke Pahang kerana urusan rasmi.

Amat bertuah juga kepada kakitangan yang mengadakan jamuan ini kerana YB Dr. Haji Hamdan b. Mohd Khalib, Pengerusi PPAK bersama PA beliau turut sudi datang memeriahkan majlis ini. Terima kasih YB!

Katering majlis ini didatangkan khas daripada Daerah Yan! Sapa lagi brokernya kalau bukan Kak Chik Ku Mastom kita! Antara menu ala kampong yang disediakan ialah gulai ikan termenung, ayam goreng berempah, sambal tumis ikan kering, ikan kering goreng, ulam campur , puding dan buah-buahan, manakala Pn. Juriza menyumbangkan bubur kacang sebagai pemanis mulut.

Senarai mereka yang mengadakan jamuan ini ialah :
  • En. Hashimi b. Hasan
  • En. Shahizan Affandi b. Zakaria
  • Pn. Siti Salmiah bt. Ahmad
  • En. Yahya b. Abd Raof
  • Pn. Che Som bt. Ahmad
  • En. Sohaimi b. Osman
  • En. Ku Zamri b. Ku Yahya
  • En. Mohd Yusof b. Ismail
  • En. Ghazali b. Yaakob
  • Pn. Hajah Sharipah bt. Bahadon
  • Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad
  • En. Ku Izham b. Ku Baharom
  • En. Ridhwan b. Shariff
  • Tn. Haji Alias b. Baharom
  • Cik Nor Khairunnisa' bt. Hashim
  • Cik Nur Azhani bt. Basharudin
  • En. Mohd Fuad b. Zainol
  • Pn. Azlina bt. Md Akhir
  • En. Che Saufi b. Ahmad
  • En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri
  • Pn. Juriza bt. Safie

Ha... semua ni dah buat kenduri, yang nak dapat S32 lepas ni kena buat kenduri sorang-sorang la noooo...



Gulai ikan temenung....


Sambal tumis ikan kering...


Ikan kering goreng...


Ayam goreng berempah....


Ni buah limau.. balance raya cina punya maaa..


Puding....


Terima kasih YB kerana sudi hadir!


Bila la jodoh dua orang ni nak mai.... kira jadi terus la senang kira... tak payah cari jauh-jauh ... mai kerja pun sekali... naik kereta baru pulak tu... nak bersanding nanti kita berarak dengan bas bergerak!... boleh gak masuk TV..ngeh!ngeh!ngeh!







Ai yaaa... bila mau makan lu angkat gambar... bila mau makan lu angkat gambar... bila masa wa mau makan ?




Oppp!!!! nang bo tey nang koi botey koi, jangan ambik gambar Nang la...


Ishhh, baik-baik Che Hashim, nanti jatuh pula HP tu dalam nasi...






Yang dua orang tu masuk pertandingan kuruskan badan... kira ratah lauk saja.. ha... tak pa! hampa nak ratah apa pun, tang nasi dan ayam tu hampa bagi kat aku... kuang! kuang! kuang!


Arop : Nik Man, hang tau tak pasai apa aku ajak hang mai makan lambat? pasai..... boleh makan dan tambah banyak...


Oooiiiii..... jangan la ambik gambar kami tengah makan! malu la...


Opppp!! jangan tengok,, aku ambil ayam banyak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan