Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 19 Mei 2010

. : LATIHAN KAWAD SPASM :.

Latihan kawad untuk perbarisan sempena SPASM di Johor mulai diadakan pada 20.5.2010 di PPAK Alor Setar. Latihan diketuai oleh En. Mohd Baser b. Othman. Seramai 30 orang kakitangan terlibat dalam kumpulan kawad ini.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan dari Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Desa yang sanggup bersusah payah datang untuk sessi latihan kawad ini... Niat cuma satu, UNTUK PPAK ! semoga mereka dan kakitangan lain yang akan mewakili dan menyokong PPAK akan mendapat sesuatu ganjaran yang sewajarnya daripada pihak pengurusan PPAK.








Siapa pulak yang lindung kamera ni...........


Amboi... dalam letih kawad pun sempat berposing lagi Mama Rina kita ni..







Ini dia jurulatih kawad kita, En. Mohd Baser, nampak bersemangat sekali pagi ni, apa tidak nya, hari ini merupakan hari lahir beliau ! SELAMAT HARI LAHIR kita ucapkan! Petang ni boleh buka kedai kecik kot?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan