Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 17 Februari 2010

. : SELAMAT HARI LAHIR : .


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kakitangan PPAK yang menyambutnya pada bulan Februari
  • Janaki A/P Murugan - PD Kg. Thye Eng (3 Feb)

  • En. Azarul Jimy b. Awang - PD Kg. Paya Pahlawan (6 Feb)

  • En. Abd. Rashid b. Ali - Cawangan Merbok (10 Feb)

  • Pn. Roshida bt. Othman - Bhg Gerakan Literasi (12 Feb)

  • Pn. Rohana bt. Omar - Bhg Katalog (12 Feb)

  • Siti Khadijah bt. Abdul Gani - PD KEDA Lahar Tunjung (14 Feb)

  • Buhairah bt. Hassan - PD Kg. Bendang Bukit (14 Feb)

  • Pn. Rafidah bt. Mohd Ghazi - Bhg Teknologi Maklumat (16 Feb)

  • En. Mohd Yusof b. Ismail - Cawangan Jalan Kuala Kedah (17 Feb)

  • Pn. Ku Mastom bt. Ku Hamad - Bhg Perolehan (18 Feb)

  • Siti Farah bt. Mohamad - Cawangan Jalan Kuala Kedah (21 Feb)

  • En. Zulkepli b. Yahaya - Cawangan Sungai Petani (22 Feb)

  • En. Mohd Tarmizi b. Khairodin - Bhg Rujukan (25 Feb)

  • Noorazilah bt. Azizan - Cawangan Baling (25 Feb)

  • Pn. Che Puteh bt. Mat - PD Felda Gunung Bongsu (25 Feb)

  • Pn. Hasnah bt. Haji Taha - Bhg Katalog (26 Feb)

  • Kartinah bt. Md. Sari - PD Felda Lubuk Merbau (26 Feb)

Antara yang akan ditanya apabila kita mati nanti ialah tentang umur kita! BAGAIMANA KITA MENGISI UMUR KITA SEWAKTU MASIH HIDUP! BERBAHAGIALAH BAGI MEREKA YANG MENGISI UMUR YANG DIPINJAMKAN SEKETIKA INI DENGAN MENGIKUT LUNAS AGAMA DAN SYARIATNYA.


Rabu, 10 Februari 2010

. : SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA 2010 : .

Tarikh : 4 - 8 Jun 2010.
Tempat : Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunus, Larkin, Johor.
Acara :
  • 4 x 100m (4 Lelaki / 4 Perempuan)
  • Bola Jaring (7 Perempuan)
  • Bola Tampar (6 Lelaki)
  • Bowling Berkumpulan (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Permainan Tradisional (VIP)
  • Rock Climbing (2 Lelaki / 2 Perempuan)
  • Polo Air (Lelaki / Perempuan)
  • Futsal (Lelaki / Perempuan)
Tu dia Aiiih!!! hampa boleh main ka semua acara ni?.. Mak Oii... ni la bahana Malaysia tak dapat pingat kat Olimpik agaknya yang depa buat acara ni! Tapi mana la tau no, kot-kot staff PPAK yang bakal mewakili Malaysia dapat dicungkil melalui sukan atau acara yang dipertandingkan kali ini !...

Itu baru acara, tak kira kos nak pi lagi!! Mesyuarat AJK BAKEB pada 10.2.2010 dok congak-congak, nak dekat RM 500 setiap orang yang berhajat nak pergi ke sukan ni tak kira samada sebagai peserta atau penyokong! Dan mesyuarat dah menetapkan hanya 2 buah bas iaitu 80 orang sahaja yang akan menyertai, itu pun jika ada sambutan!

Amacam sanggup ke you all semua tanggung semua ni? Lu Fikir La sendiri..... Tapi, PPAK akan cuba minta bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri, manalah tau kot-kot boleh. Jadi marilah bersama-sama kita berdoa semoga barisan atlet dan penyokong mendapat sedikit sokongan kewangan bagi membiayai dan menyertai sukan ini.....

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25.2.2010. Haa..... yang nak pi cepat-cepat confirm dengan Pn. Nurina noo......kot ramai orang kalu, terlopeh la pulok!!!
Apakah kejayaan di Terengganu 2008 akan berulang?

Selasa, 9 Februari 2010

. : WOW ! KERETA BARU : .

Fu Yoo.... tahun 2010 ni, ramai dikalangan staff PPAK yang membeli kereta baru... Tu tak termasuk yang beli 2nd punya. Kira loaded jugalah staff PPAK ni..

Ha... hampa yang dok di cawangan dan PD tu yang tau sapa-sapa lagi yang beli dan tukar kereta bagitau la mai kat kami no! Boleh kita pakat kongsi tengok, manalah tau kot-kot jumpa di jalan boleh kita lawan bagi hon.... macam Abang Kasim kat Raja Lawak tu.. PON ! PON !



  • Yang ni, tengah dok panas-panas dan bau kedai lagi. ALZA ni Cik Norshahila, Ketua Bhg Majalah, Hadiah dan Pertukaran yang punya..

  • Ha, yang ni pula Grand Livina. Sapa punya ? Rahsia....
  • Myvi ni pula lagi special, tak payah dok beli! dapat ceme sahaja berkat anugerah dan kebolehan beliau dalam penulisan. Tahniah dan dan syabas kepada Cik Li atau Uncle Bob kita iaitu En. Rosli, Ketua Bhg Koleksi Kedah kerana memenangi kereta ini dalam pertandingan yang dianjurkan oleh akhbar The Star. Dengar kata Myvi nak ditukar kepada MyLi dan nombor pun nak ditukar kepada S32... jangan marahhhh aaaa...

Ketua Bhg Rujukan, bila nak bawa mai HONDA CITY baru?

Sabtu, 6 Februari 2010

. : KEMBALI KE RAHMATULLAH : .


Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian. Hanya Allah SWT yang mengetahui bilakah kematian itu akan menjemput kita. Dari Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita akan kembali.


Jawatankuasa BAKEB/PPAK merakamkan ucapan takziah kepada Cik Asma bt. Ali, Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran & Kewangan di atas kematian ibunya, Allahyarhamah Saodah bt. Mahmud pada jam 9.30 pagi ini ( 7.2.2010 ) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat Kanser Perut.


Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita semua membaca Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada ibu beliau.. Al- Fatihah....


Cik Asma bt. Ali

Jumaat, 5 Februari 2010

. : TAZKIRAH - DOSA : .


Tidak dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau dosa besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita.

Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT.

Walaupun menurut Al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Menurut Imam Al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu,
  • Sifat Rububiyyah ( sifat ketuhanan )
Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT.
  • Sifat Syaitaniyyah ( sifat syaitan )
Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan.
  • Sifat Bahimiyyah ( sifat kehaiwanan )
Seperti tamak haloba, memperturutan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya.
  • Sifat Subu'iyyah ( sifat kebuasan )
Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.

Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat.

(Berita Harian 28.1.2010 )

Isnin, 1 Februari 2010

. : TAHNIAH & UCAP SELAMAT : .


Tahniah diucapkan kepada En. Faizal Affendi b. Ahmad Shukri kerana telah berjaya menjawat jawatan Pembantu Am Pejabat (N1) mulai 1 Februari 2010.

Beliau yang sekarang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan Sementara (S17) di Bahagian Koleksi Kedah telah menghadiri temuduga pada 12 Januari 2010, serentak dengan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan (S32) yang disaingi oleh En. Rosli b. Aziz, Ketua Bhg Koleksi Kedah, Pn. Norfardilla bt. Mohd Nor, Ketua Bhg Rujukan dan Pn. Roshida Ketua Bhg Gerakan Literasi.

Tapi result bagi jawatan S32 ini belum dikeluarkan lagi...... Agak-agak siapa yang berjaya? Haaa.... mari kita tanya pada Pak Belalang.... Wahai Ahli Nujum Negara, maklumkan kepada kami siapakah diantara mereka yang berjaya!

Ampunkan patik Tuanku, yang berjaya dalam temuduga itu ialah ......... ala... yang tu... Tuanku, yang tu... ala yang depa pakat-pakat sebut tu.... nampak tak yang goyang-goyang tu.......

Hmmm... dengar kata lagi, emak En. Faizal dah mula cari bahan-bahan nak buat Nasi Beryani, tapi Mak Cik jangan lupa cari mak baru pula pada anak En. Faizal nii...

Isnin, 25 Januari 2010

. : DOA - SENJATA MUKMIN : .


YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman

Doa adalah senjata yang dapat menguatkan manusia menghadapi cubaan hidup. Justeru, sebagai kakitangan kerajaan, kita disarankan untuk berdoa agar tanggung jawab yang diamanahkan dapat dipikul dengan sebaik mungkin.

Kita sebagai manusia, Allah perintah kita untuk berdoa, nescaya Allah akan kabulkan doa kita, pagi ini saya nak doa ringkas sahaja, kita pohon selamat pada agama. Yang kedua, bagi sejahtera, iaitu sihat tubuh badan kita untuk datang kerja, bila badan kita sihat, kita dapat tunai tanggung jawab kepada semua pihak, otak yang baik itu datang daripada badan yang sihat.

Yang ke tiga, minta Allah tambah ilmu. Pertambahan ilmu adalah melalui hasil apa yang kita belajar serta pengalaman. Maka dalam konsep pentadbiran hari ini, kita bagi kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan akademik dan performance, pertambahan ilmu ini melalui pembacaan, pengajian, pendengaran dan kursus seperti yang kita bagi pada tuan-tuan, ini kerana pertambahan ilmu ini dapat di manfaatkan untuk kepentingan orang lain serta kerjaya kita.

Rezeki yang diperolehi juga mestilah dari sumber yang halal bagi mendapatkan keberkatan Allah. Pendapatan yang kita dapat dari sekecil-kecil hingga sebesarnya, kalau kita dapat secara halal, tak ada masalah, dengan rezeki ini kita bagi pada anak isteri. Jadi keberkatan itu penting, banyak dalam dunia hari ini, orang-orang yang terlibat dengan RASUAH adalah mereka yang berpangkat BESAR, sebab dia ada KUASA.

Maka, berkat ini ada hubung kait dengan doa, ada doa yang Allah tak makbul sebab apa yang dia pakai, makan dan minum adalah benda HARAM.

Ucapan YAB Dato' Seri Menteri Besar di perhimpunan bersama kakitangan di Wisma Darul Aman pada bulan Disember 2009.
  • ( sumber : Warta Darul Aman Disember 2009 )