Nak jadi crita pulak, ari tu jugak adalah sebeday Pak Ku Am. Apa lagi gamat jugak lah geng otai ni dok sembang. Majlis rasmi akan dibuat kat lebry pada 1.1.2012 nanti.
Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......
Selasa, 27 Disember 2011
MAKAN-MAKAN NGAN JAWAHIR
Nak jadi crita pulak, ari tu jugak adalah sebeday Pak Ku Am. Apa lagi gamat jugak lah geng otai ni dok sembang. Majlis rasmi akan dibuat kat lebry pada 1.1.2012 nanti.
Ahad, 18 Disember 2011
< KACAU BUBUQ SORA >

Pn. Jawahir
Isnin, 5 Disember 2011
MATI HIDUP SEMULA
Isnin, 24 Oktober 2011
MUSIM KENDURI KENDARA
Mu kalu abih periksa ni, mai la musim kemduri pulak. Kat lebry Kedah dah mula start dah kenduri ni. Nak habaq bagi la kat hampa yang tak tau lagi, kakitangan Bhg Rujukan kat Kolam Ayaq ni, Cik Siti Farah bt. Mohamad akan menamatkan zaman anak dara dia pada 27 Oktober 2011 ni. Dia punya couple nama Sarizal b. Abdul Muzit. Tak tau pulak Pi Wai orang mana, dan dok reja apa.
Mu kalu dan, hampa pi la umah dia di Kampong Sakan, Jalan Datuk Kumbar pada 27 Oktober ni. Mu kalu tak kena panggi pun apa salahnya nak pi. Lepaih jumpa pengantin, balik la, tok sah dok makan....
Jadi,.... pada pasangan ni kita ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekai ke anak cucu la harapnya. Jangan dok jadi macam geng artis, sudah la..... nak bertunang, nak kawin,.... riuh rendah..... tapi dok bercerai pun riuh rendah jugak !.... he ... he .... menikah tak dan setaon pakat riuh nak bercerai pulak.... Donia... donia.....
Isnin, 17 Oktober 2011
JOYAH PEKASAM


Hampa besa tengok ka gambaq di ataih ni? hampa besa makan ka ? Ha.. mu kalu kot belah utara ni tak besa tengok dan tak besa makan, saja nak mati dah tu atau dah jadi melayu murtad oghang tua-tua kampong kata... he...he...
Kalu sebelum ni hampa dok besa tengok Rozita Che Wan dok belakon dalam telemovie Kiah Pekasam, ha... kat lebry Kedah ada sorang klon dia, nama dia Joyah. Jadi kita panggi dia Joyah Pekasam. Dia suruh Pi Wai promote ikan pekasam ni kat sapa-sapa yang rajin layan blog ni dan teringin nak makan.
Mu kali hampa teringin dan telioq nak makan, hampa tepon dia di 016 - 5063176. Dia kata ada dua tiga jenih ikan dia dok juai, ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat dan ikan lampam. Harga dia sekilo RM 18.00. Nak beli ckit pun boleh dia kata..... Mu kalu nak, hampa tepon cepat.
Huiiii..... mau kalu goreng tengah hujan turun masa nak makan nasi tengahari,,, mak oiii... satu kampong bau dan meleleh ayaq lioq ooooo....
Isnin, 10 Oktober 2011
JOM PI SINGAPORE !!!

Dalam pukoi 3.00 petang kita akan masuk ke Universal Studio sampai pukoi 6.00 ptg. Lama jugak kita masuk kat sini pasai luaih dan besaq tempat ni, lagi pun pasai tiket masok dia mahai nak mampuih. Lepaih kita kluar dari sini, kita akan pi tengok Songs Of The Sea pulak, nak tengok pertunjukan ayaq skali ngan bunga api. Habih tu kita akan pi kat Seranggoon Road pulak untuk beli belah dan makan malam. Kat sini ada Mustafa Centre, ala... macam Mydin kat Malaysia la jugak. Abih shopping dan makan kita kan balik ke Johor untuk tidoq.
Mangkit pagi esok, lepaih menyorok kat hotel ni, kita akan bertolak balik dan singgah kat Bandar Hilir Melaka pulak, habuan nak tunjuk dan crita mngenai sejarah negeri Melaka kat anak2. Kat sini kita dok sampai pukoi 4 petang dan teruih balik Aloq Staq.
Pakej ni Pi Wai atur untuk keriangan dan bagi sronok penutup taon saja. Tak untung tera mana pun, lepaih beda tambang Pi Wai saja, tapi sronok nak bawak geng taman Pi Wai dan geng lebry saja pi makan angin.
Gerai makan kat Geylang Serai
Gerai cenderamata kat Bugis Street