Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Selasa, 12 Januari 2010

. : MAJLIS ASYURA 1431H : .

Alhamdulillah, majlis Asyura bagi tahun 1431H / 2010 berjaya diadakan di belakang bangunan PPAK pada 13 Januari 2010. Program yang bermula dari awal jam 8.00 pagi ini berjaya menyemarakkan semangat gotong royong dan saling membantu dikalangan kakitangan PPAK.
Bermula dengan mesyuarat persiapan yang diketuai oleh Pn. Hasnah bt. Haji Taha diikuti dengan pembelian bahan dan mengambil peralatan memasak oleh En. Mohd Sayuti b. Kassim. Bahan-bahan Asyura ini kemudian diagihkan kepada kakitangan lain untuk dimasak dirumah masing-masing bagi memudahkan bubur dimasak.
Terima kasih daripada Jawatankuasa BAKEB/PPAK kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan terima kasih kepada kakitangan yang sudi menderma untuk merealisasikan program ini. Jumlah sumbangan yang diperolehi ialah RM 614.00.
Kepada kakitangan lain yang berada di Cawangan dan PD, InsyaAllah tahun hadapan kita akan cuba mengadakan program ini mengikut daerah atau zon, jika dipersetujui oleh pihak pengurusan PPAK.
Maaf kepada pengikut-pengikut blog ini kerana blogger tersilap memasukkan gambar-gambar ini. Sepatutnya gambar bermula dengan persiapan memasak tetapi tersilap memasukkan terus gambar-gambar asyura yang dah siap dahulu pulak! Al Maklumlah terlebih makan bubur...... I'm Sorry...
]
Ha.. ni la dia bubur yang dah siap diagihkan. Fulamak!!! tahun ini siap dilabel dengan komputer lagi, tak payah nak tulis dengan tangan dah ! Caya lah Pn. Ku Mastom ! Tu pun depa dok kata macam-macam lagi kat Kak Cik ......



Ish..Ish.. dalam orang dok kalut kacau bubur, dia dan dok telefon bini lagi ni...

Ha... ni la dia pakar basuh kawah PPAK!

Nasib aku la... mentang-mentang aku tak makan pisang dalam bubur asyura, depa pekena aku basuh kawah tiap-tiap tahun...

Ku Zamri dan Tarmizi sedang bertarung...

Blogger dan Miss Joyah.... jangan cuba dok kacau no.. Miss Joyah ni dah ada yang punya...

Apa tengok-tengok! tak tau kata orang lapar ayaq ni ..

Tuang Kak Siti tuang, biar perabih ubi tu, biar berangin habih orang yang makan bubur ni...

Tepi oi tepi!! hampa tau tengok saja, bukan hampa nak tolong !

Aloo En. Nazri, lu bikin bubur tarik ka ?

Amboi... ni baru lepas interview S32, dia dan dok mai posing lagi ! amacam? ada can ka ?

Abdol Loman pun bikin bubur tarik jugak !!!

Nak habaq bagi kat hampa, ni la Kak Cik Ku Mastom kita, dia pakai baju warna Kedah Sejahtera hari tu ! mujur masa candid gambar ni dia tak tau, kalau tidak hampa jenuh tengok senyum keryeh dia dok posing... jangan marah aaaa...


Tu dia bubur yang setengah masak ...

Tuan Haji Alias kita ni tak sabar tunggu jadi Asyura, dia bedal masa dok jadi bubur kacang lagiii... hentam saja la aji oi...

Barisan RATU ASYURA PPAK... ada 3 lagi yang masih kosong...

Hampa ingat kami yang dok pulas stereng bas bergerak, tak tau kacau asyura ka ?

Hoi! hang dok telefon apa? mai la kacau pulak!

Sekali tengok macam dua beradik la depa ni....


Ha... ni la cheif asyura pada hari tu, siap dok pintal rokok daun lagi...

Ni tengah beratur tunggu giliran nak kacau asyura..

Pak Ku kita ni lupa nak bawa baju T.

Ini saja yang tinggal kat blogger.. pulut ikan kering dah habis awal lagi...

Sessi meramas tepung .... nampak macam otai saja ....

Yang ni student UiTM yang dok buat praktikal kat PPAK.

Pisang emas yang tak jadi dibawa belayar...



3 bekas DARA PINGITAN PPAK ...

Haaa... ni la dia pengantin baru yang dah suam-suam sejuk... Pn. Muazah. Dia pekena bihun goreng, Yani pula MENYOROK pulut ikan kering..

Amboi... anak Safie ni..kalau tengok kamera dia senyum sampai ke telinga ... yang Aziyah pula dia tak kira, hampa nak ambil gambar ka, nak apa ka , aku tak kira, janji pulut ni habis...



Sessi mengopek kacang, patutla nampak kacang dalam kawah hari tu kurang, depa dok makan sama kot...





3 stooges kat belakang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan