Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Ahad, 3 Februari 2013

My Beautiful Malaysia : Volunteerism Day Negeri Kedah

Haaa... nak habaq kat hampa, program ni telah dilancarkan di Gunung Keriang, ala... tempat petang2 oghang pakat pi tengok kera tu..... Program ni serentak seluruh Malaysia, semua oghang pakat pi jd sukarelawan gtong ryong bersih kawasan2 tertentu.

Kat Gunung Keriang, perasmian telah dilakukan oleh Dato' Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, turut hadir ialah YAB Menteri Besar Kedah.

Geng lebry Kedah pi 10 oghang, ikut pi ilah big boss, En. Hashimi. Geng 10 oghang ni brtolak pi pkoi 7 pagi buta lagi, sbb prgram nak mula pkoi 8 pagi..... Hmmm abih lincin rumput, daun, pkok dan sampah geng ni pi clear....

Pi Wai pi jugak, tp ngan geng taman Pi Wai la..... 

Agak2 hampa la, masa ambik gmbar ni depa dah mula reja ka dah abih reja?

Hampa tengok Jannah sorang saja yg dok pulun kaih sampah he .. he...

Jujai PPAK aksyen tanam pokok .....


Oghang dok kalut gtong ryong depa dan dok posing lagi ni....

Rabu, 16 Januari 2013

TRANSFORMASI ISLAMIK PPAK

Mak oii, bukan main sakan entri berita Pi Wai kali ni.... Heh..heh.. macam slogan PM pulak.

Ha.. dah lama blog ni bersawang dengan sarang spiderman, maka kali ni barulah Pi Wai rasa nak berselera sikit nak menulis, dulu tak beropa nak sronok menulis sbb masalah dalaman PPAK, tapi la ni rasa naik balik semangat tu bila dah bertukar kepala dan tampuk kepimpinan........

Macam kita semua dok tau la, boss kita kat lebry ni dah bertukar, walaupun masih berstatus pemangku, tetapi En. Hashimi dah menunjukkan talent kepimpinan beliau. Beberapa perubahan berkaitan PPAK telah diubahsuai oleh beliau sikit demi sikit.....

Tapi tu la, masa YB tak menyambung khidmat mantan boss lama, bukan main lagi khabar angin yang menggoncang PPAK, riuh rendah kata nak ambil oghang luar la jadi boss, nak ambik KCS la jadi boss dan yang dok  perasan kata mantan dulu nak disambung pun ada.... he .. he..

Sampai satu peringkat, ada bebrp oghang pegawai dan staff yang pi jumpa YB nak minta YB jangan ambik En. Hashimi pun ada.... Mujurlah YB lebih arif dan peka dgn isu semasa dan YB tu lebih matang dan banyak pengalaman beliau di peringkat negeri dan global.....

Antara tindakan awal En. Hashimi ialah mengisi segera perjawatan Pen Peg Perpustakaan yang dikosongkan Pn. Jawahir yang dah berlarutan hampir stahun. Tahniah kepada Pn. Nurizma bt. Zahari yg berjaya menyandang jawatan tersebut selepas sessi temuduga yg Pi Wai rasakan lebih telus dan berintegriti berbanding temuduga2 yang lalu.

Bebrp calun favourite yg berstatus kontrak dan sementara telah gagal dalam temuduga tersebut, yg kini turut menjadi bualan hangat pulak di PPAK. Apa pun kita harus akur dengan ketentuan, kerana Qadha dan Qadhar Allah merupakan rukun iman yg wajib kita percaya....

Lepaih jawatan Pen Pegawai, jawatan Pembantu pulak menyusul apabila Kak Siti dan Kak Pah bersara awal. Akhirnya Maryani dan Arope berjaya dalam temuduga tersebut, dak tak lama lagi jawatan PAR pulak akan dibuat temuduga bila tempat Arope tu kosong, sapa yang nak kena loteri pulak? jeng..jeng.. mari kita pakat teka.......

Dan dalam sehari dua lagi drp ari ni ( 17.1.2013 ) akan ada pulak rasanya rombakan kerana pengisian perjawatan yang telah kosong dan terisi itu.... ha.. mai kita tengok pulak sapa yang nak kena tukar dan ditukarkan  ...... Opppss masa tak mengizinkan.... nanti Pi Wai sambung balik nooo ... gambaq pu tak dan nak boh caption.....


 

Tambah kapsyen

















 





Khamis, 16 Ogos 2012

Selasa, 14 Ogos 2012

SaLaM AiDiLfItRi


Slamat ari raya daripada Pi Wai. Maoh la kot terkasaq kata dan bahasa terutama kot-kot ada termengumpat kot belakang. Ishh... memang la kot belakang no, klu kot depan bukan mengumpat nama dia....

Raya  ni kira pakat raya sakan la no... gaji awai, celah tu pulak dapat bonoih pulak tu. Hmmm... bersyukurlah kita kepada Allah yang menentukannya. Tapi pakat beringat la sama no, jangan dok boroih tak ketahuan hala pula, nak tunggu gaji nanti, menyakar pulak... he.. he..

Lepaih raya ni ramai jugak kawan2 kita yang nak menamatkan zaman anak truna dan anak dara depa. Kat Pi Wai saja dok ada 3 @ 4 keping kat jmputan. Hak bhg Sirkulasi saja dah ada 2 org dah, Fuad dengan Nadhirah, kmudian hak bhg Perolehan mau tak silap Pi Wai nama Hafizoh ka apa. Hak cawangan dan desa  tak sampai kad lagi kat Pi Wai. Lepaih posa sebulan tak makan siang, kita pulun makan pulak dengan kenduri kendara kawan2 kita...

Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baru...

Ahad, 10 Jun 2012

** SALAM SIARAN **

Assalamualaikom,

Pa habaq semua, maoh la no pasai lama sungguh Pi Wai tak sembang merapu dalam blog ni. Tah, dia jadi kalut macam mana tak tau. Nak kata sibok tak la jugak, nak kata segan pun rajin la jugak... he.. he.. tak pa lepaih ni Pi Wai koi koi pelan tulih apa yang patut.

Ni nak habaq bagi kat hampa satu dua benda yang Pi Wai dengaq. Pertama,  En. Ali Amran, kakitangan Bhg Rangkaian Perpustakaan dah masok wad ICU kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Staq. Dengaq crita ada pendarahan dlm kepala. Pi Wai ingat mungkin kesan kemalangan 3 atau 4 taon lepaih kot. Ha,... yang ada masa lapang mai kita pakat pi tengok. Yang dok jauh dan tak da masa  lagi,  mai kita pakat doa moga dia cepat semboh.

En. Ali Amran
Lagi satu nak habaq, Pesta Buku taon ni akan diadakan pada 21 - 26 Jun ni. Ha taon ni, PPAK kalih angin sikit, slalu dok buat kat Alor Staq, taon ni kita buat kat Sungai Ptani pulak, mau tak silap Pi Wai kat Village Mall. Hampa yang dok kat dekat situ pakat terkam pi la tengok xtvt yg PPAK buat kat situ.

Ahad, 1 April 2012

HARI KELUARGA 2012

Maoh la no, lama tak update blog ni. Q sikit ngan urusan luaran. Ari ni baru ada masa ckit, bleh la Pi Wai crita serba sikit. Crita kali pasai Family Day. Kali ni buat kat Pantai Merdeka Resort. Ada yang tidoq kat sana, ada yang pi balik ari. Ada jugak yg tak pi langsung macam Pi Wai ! he .. he .. Ramai jugak yg dok heran dan dok tanya psai apa Pi Wai sbgai Timbalan YDP tak pi dan tunjuk muka. Lepaih tu tak ambik bhg langsung dlm pertandingan sukan dalaman, macam slalu...Jawapannya ... he .. he.. macam lagu Dato' Siti ..BIARLAH RAHSIA....

Dari maklum balaih yg Pi Wai dengaq, Fmly Day pada 31 Mac 2012 ari tu, banyak la jugak pro dan kontra dia... ala biasa la adat menesia mcm kita ni, bukan perfek 100%, sahih ada yg sangkut tang mana2....tapi matlmat dan tujuannya dah trcapai nak menghimpunkan ahli klurga lebry dalam satu program.

Ari ni geng2 hak pi Pntai Mrdeka tu ramai yg pakat coti... letih agaknya dok main banyak acara dan dok layan krenah laki bini dan anak2 spanjang ari gamaknya. Ha nanti depa masuk reja Pi Wai akan copy dan boh dlm blog ni gmbr2 depa dok brcanda kat pantai tu no....

Jumaat, 9 Mac 2012

PAKAT SENYUM SAMPAI KE TELINGA



Salam, alahai lama tak contiang kat blog ni. Nak kata sibuk, dak la juga... tapi awat tak tau,...macam tak beropa ada mood saja. Sebetoinya banyak jugak menda yang nak tulih, macam kenduri kahwin staff, program BAKEB dan macam2 perkara dan isu lagi kat lebry ni.

Kali ni Pi Wai nak crita pasai ari Khamis, 8 Mac 2012 time Pi Wai dok kat kaunter, tau2 saja ramai staff mengular, tak ada kat tempat masing2. Yang tepon bunyi tak berenti kat bhg masing2, tapi elekkk, tak da orang angkat. Pi Wai pun heran juga pakat pi mana abih, tak kan keluar menyorok kat kopitiam sampai pukoi 11 pagi kot. Ropanya depa pakat jege mata dan pasang telinga tengok TV, slot YAB Perdana Menteri umum kenaikan gaji geng gomen....

Alhamdulillah, syukur PM kita bagi angpau kat kita yang Pi Wai rasa agak lumayan juga. Masa CUEPACS minta RM700 lebih kenaikan dulu , ramai dah staff dok berkira2 nak overlap, he..he.. Tapi dapat 13% ni pun dah kira okey la jugak kot no.... Cuma kita lepaih ni kena pakat2 rajin reja la, jangan kerap dok keluar mengular dan buka kedai kopi kecik kat opis. Baru berbaloi dengan kenaikan ni dan yang penting dapat keberkatan....

Rabu, 8 Februari 2012

Cerita 8 Februari 2012

Hari Rabu, 8.2.2012 telah diadakan satu taklimat kaunter dan yang hal ehwal yang sewaktu dengannya kat PPAK. Kira seronok jugak la pasai taklimat ari ni Tuan Pengarah joint sama, jadi banyaklah benda yang boleh dibuat keputusan segera.

Antara benda yang diperkatakan ialah bab MBJ, bab SPASM, dan beberapa perkara lagi. Pi Wai cuma nak habaq kata dalam taklimat tu, dikatakan MBJ nak dihidupkan balik selepaih diMATIKAN sendiri oleh ..... eh, sapa tak tau?. Tapi ada pulak syarat tu, kakitangan yang rajin bercakap dicadangkan pulak supaya tidak dilantik sebagai AJK yg baru !! Kononnya ahli MBJ dulu rajin kritik ! He..he .. apa punya law. Kakitangan yang dipilih dulu cuma menyampaikan apa yang diketengahkan oleh kakitangan saja bukannya  mengkritik..... dan ikut suka kakitangan la,.. depa nak pilih sapa.... kena hormatla sama pada kakitangan, depa pilih tu yang depa yakin boleh bela nasib depa.....

Yang jadi punca dulu cuma AJK mintak diperbetul minit mesorat saja sebab banyak yang tak kena. Hak dibincang tak dicatit, hak tak dibincang dicatit pulak. Tak kan yang tu pun kira kritik kot? kita kena akur pada demokrasi, patuh pada keputusan mesorat, klu mesorat kata kena buat lain, buat la ......

Kmudian ada staff yang komen bab sms kematian dikalangan ahli keluarga PPAK. Tu la Pi Wai pun dok perasan jugak benda tu, masa emak Jawahir, anak Nazri meninggal, tak disms pun kat staff,.. tapi yang lain ada pulak sms. Nak kata lagu mana ni? Kata apa, kata macam orang tua2 dulu kata la, gajah depan mata tak nampak, kuman......

Kita sebenarnya kena terima hakikat, kita bukannya semua betoi selalu dan MAKSUM. Kot mana pun sahih buat silap punya, tapi tang nak mengaku silap dan minta maaf tu la yang payah sikit ......

Tang SPASM pulak rasanya,. hampa tunggu tengok la.... Cuma kita harap jangan dok ulang jadi masa kat Trgganu dulu sudah, yang pi jadi wakil dan pemain kena bayaq, hak jadi penyokong .......... he ...he..

Selasa, 24 Januari 2012

APA DAH JADI ??

Salam,

Ai yaa apa sudah jadi wa punya blog ? sudah kena godam maaa ... Manyak hali wa talak buka, tau-tau sudah jadi lain macam ma !!!

Mana antu la godam wa punya blog !!! Abih tunggang langgang... Ai yaaa manyak tarak baik punya olang ...

Wa ingat la, wa lupa log kluar punya pasai la ini macam jadinya ..... Abih design dia kacau ! Tak kan CHE GAYAH kot ???

Talak apa, bila wa free wa bikin lain dia punya design ......

Rabu, 18 Januari 2012

Selasa, 17 Januari 2012

< BERITA TERKINI >

Assalamualaikom.


1. Takziah diucapkan kepada Pn. Mastura bt. Majid, kakitangan Bahagian Perolehan di atas kematian suami beliau yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 16 Januari 2012 lalu. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh suami tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....


2. Tahniah kepada 3 orang kakitangan Bahagian Sirkulasi yang selamat dan bakal mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati masing-masing. Cik Suriyawati bt. Shafie pada 14 Januari 2012, Cik Nur Nadhirah bt. Ahmad Tajudin pada 21 Januari 2012 dan En. Mohd Fuad b. Zainol pada Disember 2011 lalu.


3. BAKEB akan mengadakan Hari Keluarga pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan diisi dengan acara sukaneka dan cabutan bertuah. ( Jika ada sambutan akan diadakan pertandingan berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai..... hadiahnya ialah sekilo ikan bilis... he..he...)


Kepada yang berminat sila hubungi Pn. Ku Mastom b. Ku Hamad ( Kak Chik ). Bayaran penyertaan adalah RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Bayaran adalah untuk kos sewaan lokasi dan makan pagi dan tengahari di resort tersebut. Kakitangan yang berminat untuk bermalam, sila kemukakan tempahan bilik kepada Kak Chik dengan kadar segera....


Sempena Hari Keluarga tersebut jualan T-shirt juga akan dilakukan. Baju adalah berwarna hitam yang mempunyai lis kuning yang berharga RM 35.00.


Haa...hampa dok nganga apa lagi cepat hubungi Kak Chik untuk penyertaan dan pembelian baju ........

Rabu, 4 Januari 2012

< MAJLIS PERSARAAN PUAN JAWAHIR BINTI ISMAIL >

Perhatian, blog ni bukan blog BAKEB no, ni blog persendirian, cuma Pi Wai crita dan selit apa saja berita dan crita kat lebry. Pasai ada yg dok pok pet pok pet rata cerok kata crita dia tak masok dalam blog ni. Tu la, tak baca abih2 entry kat ataih tu.....kalu ada crita, habaq mai la kat Pi Wai, boleh la Pi Wai masok dlm blog ni, Pi Wai bukannya tau semua crita. Kalu tau pun, mungkin terlupa atau tak teringat !!!! dan kadang kalu ikut mood dan tekoh rajin jugak nak tulih....




Hmmm... masok taon baru 2012 ni, lebry Kedah hilang sorang lagi kakitangan yang berwibawa. Pada 1 Januari 2012, maka abih la alkisah kerjaya Pn. Jawahir ( Eds ) kat lebry setelah 28 taon dia menabor bakti pada rakyat Kedah.



Majlis ni diadakan pada 1.1.2012 di Auditorium PPAK. Ari tu ramai la otai2 lama lebry yang mai. Tapi sayang la jugak, pasai pihak atasan tak dak sama, tapi kot mana pun majlis on jugak.


Eds ni asainya sorang cikgu dok mengajar skolah swasta kat Alor Staq sebelum dapat reja lebry. Dia reja dulu sebulan sebelum Pi Wai reja. Eds masok reja bulan Mac 1983, Pi Wai masok bulan April 1983, tapi Pi Wai masih dok sangkut kat lebry ni lagi. Eds, dia lebih minat hala ke dok mengajar, jadi dia opsyen awai dan buka klas tadika Al-Jauhari kot mau tak silap Pi Wai kat umah dia.


Mai la kita pakat doa moga Eds berjaya ngan tadika dia dan moga Allah bagi dia kejayaan dan kesihatan yang baik.


Kek ni geng officer yang sponsor...


Antara staff yang hadir..


Zali baca doa pembuka majlis..


Che Nah tengah dok bagi ucapan aluan..


Che Hashimi berucap sebagai wakil Pengarah.


Pi Wai dok crita pengalaman mula2 reja dan kenai ngan Eds.


Otai yg banyak simpan kisah Eds, Kak Rahnah, CPU Eds.....


Yeh, Tuan Haji Alias, org yg mula kluaq bergerak ngan Eds.


Nazri : saya panggi Eds sebagai Che Ja, dari dulu sampai la ni...


Kak CT, tak tau nak kata apa dan tak boleh nak berucap psai ayaq mata dok meramu....


Eds dok berucap....





Cenderamata drp BAKEB.



Otai perempuan...




Bye ! bye lebry.....

Selasa, 27 Disember 2011

MAKAN-MAKAN NGAN JAWAHIR

Minggu lepaih, time abih mesorat BAKEB, Cik Nah dgn Pi Wai dok sembang ngan 2 n 3 oghang otai lama kat lebry ni. Sembang punya sembang kami pun sepakat nak kuar makan2 dgn Jawahir, sebelum dia bersara pada 1.1.2012 ni. Riki punya riki dapatlah 14 oghang otai lama kat lebry ni yang setuju kuar makan tengahari dgn Eds pada 27.12.2011 kat restoran di Pumpong.

Nak jadi crita pulak, ari tu jugak adalah sebeday Pak Ku Am. Apa lagi gamat jugak lah geng otai ni dok sembang. Majlis rasmi akan dibuat kat lebry pada 1.1.2012 nanti.








Ahad, 18 Disember 2011

< KACAU BUBUQ SORA >

Musim bubuq sora mai pulak dah !!! Kat lebry Alor Setaq pun , macam taon-taon sudah jugak la, kami pakat kacau sorang sikit. Collect sorang RM5.00. Ada gak yang bagi lebih. Lepaih collect tu pakat atur orang pulak beli pekakaih dia. Pas tu pakat edar n bawak balik pulak sorang sikit pekakaih tu untuk di rebus.


Lupa pulak nak habaq, kami pakat kacau bubuq tu pada 13 Disember 2011. Port dia macam besa jugak la, belakang lebry. Makan pagi nasi lemak n cucuq sorang dua tiga biji, lebry sponsor! Mula start kacau pukoi 10.00 lebih kurang, nak dekat pukoi 1.00 baru masak masak bubuq tu...



Ni nak habaq sama kat hampa, ari ni 20 Disember 2011, AJK BAKEB meeting buat kali ke 2. Antara agenda yang dibincang adalah nak bayaq balik RM120.00 kat geng kita yang pi Johor taon sudah. manakala bayaran tertunggak lain akan dibayaq pelan-pelan lepaih ni. Tapi tak tau jangkamasa lagi pasai dok tunggu mantan Bendahari lama serah balik barang-barang berkaitan kewangan spt buku cek n macam2 kagi. Dia kata nak kena cari dulu.... nak cari apa lagi tak tau la pulakkk...sepatutnya lepaih mesorat agung dulu tu, dah sepatutnya diserah kepada jawatankosa baru, tak payah tunggu oghang pi mintak dah....



Dan kalu ikut perancangan. kita akan buat majlis perpisahan untuk Puan Jawahir bt. Ismail, Ketua Bhg Koleksi Ismail Hussein pada 2 Januari 2012 nanti. Kak Eds kita dah opsyen taon depan, n tarikh 2 Januari tu adalah ari terakhir dia reja kat lebry. Hmmm..... sahih ramai yang pakat meramu ayaq mata ari tu ....




Pn. Jawahir







Atas & bawah : Ahli BAKEB yang kena turn juai buku untuk tabung BAKEB.




Jeng ! jeng ! ni la dia buboq sora yang dah siap di packing dan dah ready untuk di ngap!

Sodap jugak ayaq tangan geng lebry Kedah ni ropanya.....