Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Khamis, 7 Januari 2010

TAZKIRAH :- MUNAFIK.


Rasullullah saw bersabda, Terdapat 3 tanda orang MUNAFIK iaitu:

1. Apabila berkata, ia berdusta.

2. Apabila berjanji, ia mungkir.

4. Apabila diberi amanah, ia khianat.



( Shahih Bukhari dan Muslim )

Rabu, 6 Januari 2010

. : NAIK PANGKAT :.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang dinaikkan pangkat pada tahun 2010 ini. Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada PPAK.

En. Hashimi b. Hasan
( S41 ke S44 mulai Oktober 2009 )

En. Shahizan Affandi b. Zakaria
( S32 ke S41 mulai Januari 2010 )
Hmm..Hmmm bila nak buat kenduri ni?

Selasa, 5 Januari 2010

BUBUR ASYURA.

Tarikh : 12.1.2010, Selasa.
Lokasi : Tempat letak kereta Pengarah.
Sumbangan : RM 3.00.


Sila serahkan sumbangan anda kepada Ketua Bahagian masing-masing pada atau sebelum 7.1.2010. Sarapan pagi bihun goreng dan pulut ikan kering. Nah!!! jenuh dok menguap masa dok kacau bubur hari tu !


Boleh pakai T-shirt pada hari tu... tapi biarlah T-shirt yang ada logo PPAK ..... Haaaa...yang teringin nak kacau, boleh mula training mulai sekarang.... sehari kita pakat jogging 5 kilometer, nak ambil power !



Maaf la no... yang dok kat cawangan dan PD.... program ini hanya untuk kakitangan di Ibu Pejabat saja.....

Isnin, 4 Januari 2010

MUTIARA KATA - .:SEKADAR TAZKIRAH.:

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, terdapat 5 hak dan kewajipan Islam sesama Islam, iaitu :

1. Memberi dan menjawab salam.

2. Menziarahi orang sakit.

3. Takziah kepada yang kematian dan mengurus jenazah sampai ke kubur.

4. Memberi nasihat dan menjawab pertanyaan yang bertanya.

5. Kalau dia bersin, sehabis membaca Alhamdulillah, hendaklah dijawab Rahimakumullah. ( semoga Allah melimpahkan rahmatNya untuk engkau )

Rabu, 30 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010.


Pejam celik, pejam pelik dah setahun masa berlalu. Lagi kita dok pejam celik lagi banyaklah salah dan dosa yang kita lakukan. So, selagi kita dok boleh celik lagi ni, banyak-banyaklah kita berbuat pahala dan kebajikan sebelum kita PEJAM TAK BOLEH CELIK lagi.


Selamat menyambut Tahun Baru 2010 daripada Jawatankuasa BAKEB/PPAK. Kuatkan tekad, semangat dan azam kita demi untuk kerjaya, jabatan dan keluarga ditahun 2010 ini.


1 BAKEB

Ahli didahulukan, aktiviti diutamakan.


Ahad, 27 Disember 2009

ALBUM PERKAHWINAN PUAN AZLINA BT. MAT AKHIR

Haa...Tu dia nak tunjuk kat hampa semua, gambar-gambar perkahwinan Pn. Azlina ( jangan dok silap tulis cik lagi no kat nama dia ) untuk tatapan semua ahli BAKEB. Gambar ni dicilok daripada blog Murnimasreena... Makasihhhhh.

Hmm.. sama cantik sama padan.... sedondon..
Amboi... colour pun Kedah Sejahtera ....

Tumpang semangkok .....



Antara set hantaran perkahwinan.. Tu dia! siap dengan burung dalam sangkar sekali.. burung apa? BURUNG MURAI .... burung apa? BURUNG MURAI... burung apa? BURUNG MURAI...

Rabu, 23 Disember 2009

AMALAN SUNAT DALAM BULAN MUHARAM.

1. Tanggal 10 Muharam disunatkan berpuasa (puasa Asyura), tetapi Nabi s.a.w menganjurkan berpuasa juga pada hari sebelumnya supaya tidak menyerupai amalan orang Yahudi yang berpuasa sekali setahun iaitu pada 10 Muharam sahaja. Imam Syafie menyatakan sunat berpuasa pada tiga hari iaitu hari 9, 10 dan 11 Muharam.

2. Dalam bulan ini disunatkan juga agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin.

3. Disunatkan melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.

4. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.

5. Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.

6. Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari Asyura seolah-olah dia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.

7. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari Asyura seolah-olah telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.

8. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari Asyura maka nescaya dia tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

9. Sesiapa yang memberi minum pada hari Asyura maka dia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.

10. Sesiapa yang bersedekah pada hari Asyura maka seolah-olah dia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.


Haa.. dok tunggu apa lagi ? cuba kita pakat-pakat try ikut apa yang disarankan ini, jangan dok kira nak kacau BUBUR ASYURA saja...... 10 Muharam ialah pada hari Ahad, 27 Disember 2009.