Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........
Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......
Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......
Khamis, 16 Ogos 2012
Selasa, 14 Ogos 2012
SaLaM AiDiLfItRi
Slamat ari raya daripada Pi Wai. Maoh la kot terkasaq kata dan bahasa terutama kot-kot ada termengumpat kot belakang. Ishh... memang la kot belakang no, klu kot depan bukan mengumpat nama dia....
Raya ni kira pakat raya sakan la no... gaji awai, celah tu pulak dapat bonoih pulak tu. Hmmm... bersyukurlah kita kepada Allah yang menentukannya. Tapi pakat beringat la sama no, jangan dok boroih tak ketahuan hala pula, nak tunggu gaji nanti, menyakar pulak... he.. he..
Lepaih raya ni ramai jugak kawan2 kita yang nak menamatkan zaman anak truna dan anak dara depa. Kat Pi Wai saja dok ada 3 @ 4 keping kat jmputan. Hak bhg Sirkulasi saja dah ada 2 org dah, Fuad dengan Nadhirah, kmudian hak bhg Perolehan mau tak silap Pi Wai nama Hafizoh ka apa. Hak cawangan dan desa tak sampai kad lagi kat Pi Wai. Lepaih posa sebulan tak makan siang, kita pulun makan pulak dengan kenduri kendara kawan2 kita...
Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baru...
Jumaat, 20 Julai 2012
Ahad, 10 Jun 2012
** SALAM SIARAN **
Assalamualaikom,
Pa habaq semua, maoh la no pasai lama sungguh Pi Wai tak sembang merapu dalam blog ni. Tah, dia jadi kalut macam mana tak tau. Nak kata sibok tak la jugak, nak kata segan pun rajin la jugak... he.. he.. tak pa lepaih ni Pi Wai koi koi pelan tulih apa yang patut.
Ni nak habaq bagi kat hampa satu dua benda yang Pi Wai dengaq. Pertama, En. Ali Amran, kakitangan Bhg Rangkaian Perpustakaan dah masok wad ICU kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Staq. Dengaq crita ada pendarahan dlm kepala. Pi Wai ingat mungkin kesan kemalangan 3 atau 4 taon lepaih kot. Ha,... yang ada masa lapang mai kita pakat pi tengok. Yang dok jauh dan tak da masa lagi, mai kita pakat doa moga dia cepat semboh.
![]() |
En. Ali Amran |
Lagi satu nak habaq, Pesta Buku taon ni akan diadakan pada 21 - 26 Jun ni. Ha taon ni, PPAK kalih angin sikit, slalu dok buat kat Alor Staq, taon ni kita buat kat Sungai Ptani pulak, mau tak silap Pi Wai kat Village Mall. Hampa yang dok kat dekat situ pakat terkam pi la tengok xtvt yg PPAK buat kat situ.
Ahad, 1 April 2012
HARI KELUARGA 2012
Maoh la no, lama tak update blog ni. Q sikit ngan urusan luaran. Ari ni baru ada masa ckit, bleh la Pi Wai crita serba sikit. Crita kali pasai Family Day. Kali ni buat kat Pantai Merdeka Resort. Ada yang tidoq kat sana, ada yang pi balik ari. Ada jugak yg tak pi langsung macam Pi Wai ! he .. he .. Ramai jugak yg dok heran dan dok tanya psai apa Pi Wai sbgai Timbalan YDP tak pi dan tunjuk muka. Lepaih tu tak ambik bhg langsung dlm pertandingan sukan dalaman, macam slalu...Jawapannya ... he .. he.. macam lagu Dato' Siti ..BIARLAH RAHSIA....
Dari maklum balaih yg Pi Wai dengaq, Fmly Day pada 31 Mac 2012 ari tu, banyak la jugak pro dan kontra dia... ala biasa la adat menesia mcm kita ni, bukan perfek 100%, sahih ada yg sangkut tang mana2....tapi matlmat dan tujuannya dah trcapai nak menghimpunkan ahli klurga lebry dalam satu program.
Ari ni geng2 hak pi Pntai Mrdeka tu ramai yg pakat coti... letih agaknya dok main banyak acara dan dok layan krenah laki bini dan anak2 spanjang ari gamaknya. Ha nanti depa masuk reja Pi Wai akan copy dan boh dlm blog ni gmbr2 depa dok brcanda kat pantai tu no....
Jumaat, 9 Mac 2012
PAKAT SENYUM SAMPAI KE TELINGA
Salam, alahai lama tak contiang kat blog ni. Nak kata sibuk, dak la juga... tapi awat tak tau,...macam tak beropa ada mood saja. Sebetoinya banyak jugak menda yang nak tulih, macam kenduri kahwin staff, program BAKEB dan macam2 perkara dan isu lagi kat lebry ni.
Kali ni Pi Wai nak crita pasai ari Khamis, 8 Mac 2012 time Pi Wai dok kat kaunter, tau2 saja ramai staff mengular, tak ada kat tempat masing2. Yang tepon bunyi tak berenti kat bhg masing2, tapi elekkk, tak da orang angkat. Pi Wai pun heran juga pakat pi mana abih, tak kan keluar menyorok kat kopitiam sampai pukoi 11 pagi kot. Ropanya depa pakat jege mata dan pasang telinga tengok TV, slot YAB Perdana Menteri umum kenaikan gaji geng gomen....
Alhamdulillah, syukur PM kita bagi angpau kat kita yang Pi Wai rasa agak lumayan juga. Masa CUEPACS minta RM700 lebih kenaikan dulu , ramai dah staff dok berkira2 nak overlap, he..he.. Tapi dapat 13% ni pun dah kira okey la jugak kot no.... Cuma kita lepaih ni kena pakat2 rajin reja la, jangan kerap dok keluar mengular dan buka kedai kopi kecik kat opis. Baru berbaloi dengan kenaikan ni dan yang penting dapat keberkatan....
Rabu, 8 Februari 2012
Cerita 8 Februari 2012
Hari Rabu, 8.2.2012 telah diadakan satu taklimat kaunter dan yang hal ehwal yang sewaktu dengannya kat PPAK. Kira seronok jugak la pasai taklimat ari ni Tuan Pengarah joint sama, jadi banyaklah benda yang boleh dibuat keputusan segera.
Antara benda yang diperkatakan ialah bab MBJ, bab SPASM, dan beberapa perkara lagi. Pi Wai cuma nak habaq kata dalam taklimat tu, dikatakan MBJ nak dihidupkan balik selepaih diMATIKAN sendiri oleh ..... eh, sapa tak tau?. Tapi ada pulak syarat tu, kakitangan yang rajin bercakap dicadangkan pulak supaya tidak dilantik sebagai AJK yg baru !! Kononnya ahli MBJ dulu rajin kritik ! He..he .. apa punya law. Kakitangan yang dipilih dulu cuma menyampaikan apa yang diketengahkan oleh kakitangan saja bukannya mengkritik..... dan ikut suka kakitangan la,.. depa nak pilih sapa.... kena hormatla sama pada kakitangan, depa pilih tu yang depa yakin boleh bela nasib depa.....
Yang jadi punca dulu cuma AJK mintak diperbetul minit mesorat saja sebab banyak yang tak kena. Hak dibincang tak dicatit, hak tak dibincang dicatit pulak. Tak kan yang tu pun kira kritik kot? kita kena akur pada demokrasi, patuh pada keputusan mesorat, klu mesorat kata kena buat lain, buat la ......
Kmudian ada staff yang komen bab sms kematian dikalangan ahli keluarga PPAK. Tu la Pi Wai pun dok perasan jugak benda tu, masa emak Jawahir, anak Nazri meninggal, tak disms pun kat staff,.. tapi yang lain ada pulak sms. Nak kata lagu mana ni? Kata apa, kata macam orang tua2 dulu kata la, gajah depan mata tak nampak, kuman......
Kita sebenarnya kena terima hakikat, kita bukannya semua betoi selalu dan MAKSUM. Kot mana pun sahih buat silap punya, tapi tang nak mengaku silap dan minta maaf tu la yang payah sikit ......
Tang SPASM pulak rasanya,. hampa tunggu tengok la.... Cuma kita harap jangan dok ulang jadi masa kat Trgganu dulu sudah, yang pi jadi wakil dan pemain kena bayaq, hak jadi penyokong .......... he ...he..
Selasa, 24 Januari 2012
APA DAH JADI ??
Salam,
Ai yaa apa sudah jadi wa punya blog ? sudah kena godam maaa ... Manyak hali wa talak buka, tau-tau sudah jadi lain macam ma !!!
Mana antu la godam wa punya blog !!! Abih tunggang langgang... Ai yaaa manyak tarak baik punya olang ...
Wa ingat la, wa lupa log kluar punya pasai la ini macam jadinya ..... Abih design dia kacau ! Tak kan CHE GAYAH kot ???
Talak apa, bila wa free wa bikin lain dia punya design ......
Rabu, 18 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
< BERITA TERKINI >
Assalamualaikom.
1. Takziah diucapkan kepada Pn. Mastura bt. Majid, kakitangan Bahagian Perolehan di atas kematian suami beliau yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 16 Januari 2012 lalu. Semoga beliau dan anak-anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh suami tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....
2. Tahniah kepada 3 orang kakitangan Bahagian Sirkulasi yang selamat dan bakal mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati masing-masing. Cik Suriyawati bt. Shafie pada 14 Januari 2012, Cik Nur Nadhirah bt. Ahmad Tajudin pada 21 Januari 2012 dan En. Mohd Fuad b. Zainol pada Disember 2011 lalu.
3. BAKEB akan mengadakan Hari Keluarga pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Program akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan diisi dengan acara sukaneka dan cabutan bertuah. ( Jika ada sambutan akan diadakan pertandingan berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai..... hadiahnya ialah sekilo ikan bilis... he..he...)
Kepada yang berminat sila hubungi Pn. Ku Mastom b. Ku Hamad ( Kak Chik ). Bayaran penyertaan adalah RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Bayaran adalah untuk kos sewaan lokasi dan makan pagi dan tengahari di resort tersebut. Kakitangan yang berminat untuk bermalam, sila kemukakan tempahan bilik kepada Kak Chik dengan kadar segera....
Sempena Hari Keluarga tersebut jualan T-shirt juga akan dilakukan. Baju adalah berwarna hitam yang mempunyai lis kuning yang berharga RM 35.00.
Haa...hampa dok nganga apa lagi cepat hubungi Kak Chik untuk penyertaan dan pembelian baju ........
Rabu, 4 Januari 2012
< MAJLIS PERSARAAN PUAN JAWAHIR BINTI ISMAIL >
Perhatian, blog ni bukan blog BAKEB no, ni blog persendirian, cuma Pi Wai crita dan selit apa saja berita dan crita kat lebry. Pasai ada yg dok pok pet pok pet rata cerok kata crita dia tak masok dalam blog ni. Tu la, tak baca abih2 entry kat ataih tu.....kalu ada crita, habaq mai la kat Pi Wai, boleh la Pi Wai masok dlm blog ni, Pi Wai bukannya tau semua crita. Kalu tau pun, mungkin terlupa atau tak teringat !!!! dan kadang kalu ikut mood dan tekoh rajin jugak nak tulih....
Hmmm... masok taon baru 2012 ni, lebry Kedah hilang sorang lagi kakitangan yang berwibawa. Pada 1 Januari 2012, maka abih la alkisah kerjaya Pn. Jawahir ( Eds ) kat lebry setelah 28 taon dia menabor bakti pada rakyat Kedah.
Majlis ni diadakan pada 1.1.2012 di Auditorium PPAK. Ari tu ramai la otai2 lama lebry yang mai. Tapi sayang la jugak, pasai pihak atasan tak dak sama, tapi kot mana pun majlis on jugak.
Eds ni asainya sorang cikgu dok mengajar skolah swasta kat Alor Staq sebelum dapat reja lebry. Dia reja dulu sebulan sebelum Pi Wai reja. Eds masok reja bulan Mac 1983, Pi Wai masok bulan April 1983, tapi Pi Wai masih dok sangkut kat lebry ni lagi. Eds, dia lebih minat hala ke dok mengajar, jadi dia opsyen awai dan buka klas tadika Al-Jauhari kot mau tak silap Pi Wai kat umah dia.
Mai la kita pakat doa moga Eds berjaya ngan tadika dia dan moga Allah bagi dia kejayaan dan kesihatan yang baik.
Kek ni geng officer yang sponsor...
Antara staff yang hadir..
Zali baca doa pembuka majlis..
Che Nah tengah dok bagi ucapan aluan..
Che Hashimi berucap sebagai wakil Pengarah.
Pi Wai dok crita pengalaman mula2 reja dan kenai ngan Eds.
Otai yg banyak simpan kisah Eds, Kak Rahnah, CPU Eds.....
Yeh, Tuan Haji Alias, org yg mula kluaq bergerak ngan Eds.
Nazri : saya panggi Eds sebagai Che Ja, dari dulu sampai la ni...
Kak CT, tak tau nak kata apa dan tak boleh nak berucap psai ayaq mata dok meramu....
Langgan:
Catatan (Atom)