Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Rabu, 27 Julai 2011

RAMADHAN KAREEM



Mak oiii,.. dok tak dok dah nak masuk bulan Ramadhan dah no... ish..ish.. macam baru bropa hari saja Pi Wai rasa baru lepaih semayang terawikh taon sudah, tau tau dak boleh wat semayang terawikh lagi... cepat sungguh no masa berlalu...


Alhamdulillah...syukurlah kepada Allah yang bagi can kat kita boleh jumpa lagi posa taon ni, dan boleh pakat-pakat buat ibadah posa dan lain-lain ibadah sempena bulan berkat ni....


La ni Pi Wai tengok ramai dah geng lebry dok bawa mai katalog kueh dan baju raya... Hmmmm.... pakat-pakat cari duit paket habuan sedekah kat anak-anak dan adik beradik kat rumah dan kat kampong masa balik raya nanti....


Ni kalu dah masok posa ni, kita pakat-pakat tinggai la gosip-gosip dan besembang benda-benda yang orang tua-tua kata hak lagho tu no.... kita pakat-pakat tinggai pelan-pelan benda tu dan pakat-pakat tingkatkan amalan kita......


Kat lebry kita banyak buku-buku agama,... cuba kita pakat kelebek sehari dua tiga muka sorat masa time makan yang tak boleh makan masa bulan posa ni, dan time rehat tengahari pulak, kita pakat kelebek dan baca Quran, dua tiga muka sorat sehari, ada juga manafaat untuk habuan kita no... daripada kita dok tidor melingkar dan dok pi melilau dan ronda rata kedai dan supamarket .....


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa daripada Pi Wai.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan