Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Isnin, 13 Jun 2011

KONVENSYEN ICC PERPUSTAKAAN SEMALAYSIA KE 3 2011.


Pada 10 - 11 Jun 2011, PPAK telah menjadi tuan rumah Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia Kali Ke 3. Majlis telah berlangsung di Hotel Bay View, Langkawi. Sebanyak 12 kumpulan daripada 10 pasukan telah menyertai konvensyen ini yang terdiri daripada 5 buah Perpustakaan Akademik, 4 buah Perpustakaan Awam dan sebuah Perpustakaan Khusus.

Tahniah kepada Kumpulan Whopedia daripada Perpustakaan BERNAMA yang telah menjuarai konvensyen ini..... Hadiah kepada pemenang dan peserta telah disampaikan oleh YB Ustazah Hajah Siti Aishah bt. Ghazali, EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili YB Dato' Dr. Hamdan b. Mohamed Khalib, Pengerusi PPAK.

































Barisan urusetia daripada PPAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan