Ahli yang hadir pada 24 Mac 2011.
Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......
Sabtu, 23 April 2011
Khamis, 21 April 2011
MAKAN PULUT DURIAN .....
Geng hantu durian spesis yang sama dalam Upin & Ipin the movie
SAJA-SAJA BUAT JAMUAN......
Antara menu jamuan..
Kalau ada tapai lagi sedap no, Pn. Azlina ...
Orang yang paling lewat bayar duit tapi paling cepat masa makan...
Mau kalu tak posing macam ni, bukan nama Kak Chik la...
Doa sedang dibacakan....
Time yang dinantikan....
Ni geng pegawai PPAK...
Ni pulak geng makan polokkk.............
Cik Sarah kita sedang training makan bersuap menjelang perkahwinan beliau pada bulan Mei nanti...
PEMBERITAHUAN
Mulai 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Apa yang akan diterbitkan adalah berkisar kepada apa yang terjadi di PPAK, samada di Pusat, Cawangan dan Desa. Jika anda semua ada maklumat untuk dikongsi bersama, sila maklumkan kepada Pi Wai.
Adios !!!!
Rabu, 2 Mac 2011
BOM DAH MELETUP !!!!!
Jawapannya mudah. Gunung berapi yang ada sekarang, hanya menunggu masa untuk memuntahkan laharnya. Kini dah tiba masa lahar itu dikeluarkan apabila cukup sifatnya.... Kebabooooommmm.
Maka ekoran daripada itu beberapa 10 orang AJK lain turut menjejaki langkah beliau apabila meletakkan jawatan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.
MESYUARAT AGUNG KHAS AKAN DIADAKAN PADA :
Semua ahli adalah dijemput hadir !!
9.00 pagi : Pendaftaran / minum pagi.
Agenda Mesyuarat
Pakat mai ramai-ramai no.......
Jumaat, 19 November 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU
Gambar ni diambil sebelum bertunang lagi ni....
Tahniah kepada mempelai kita En. Khairul Azhar b. Mohd Asri, kakitangan Bahagian Sirkulasi Perpustakaan Pusat dan pasangannya Pn. Murshida bt. Zainol, bekas kakitangan Bahagian Sirkulasi yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 20 November 2010 di rumah pengantin perempuan di F 300, Kampong Belau, Merbok Kedah.
Manakala rumah pengantin lelaki di 65, Jalan Masjid Kabu 10, Kg. Selengkoh Tengah, Sungai Limau, Yan akan diadakan pada 11 Disember 2010.
Amboi!... amboi !... sempat lagi bercanda cinta sewaktu bertugas dikaunter no!...
Moga kekal ke anak cucu ......
Jumaat, 12 November 2010
PROGRAM QURBAN AIDILADHA 1431H / 2010
Syukur, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Jika sebelum ini kakitangan PPAK hanya melopong apabila mendengar dan melibat jabatan-jabatan lain dan tertentu sahaja yang menerima lembu qurban ini, kini kakitangan PPAK boleh mengambil bahagian menyertai ibadah qurban secara bergotong royong memasak dan merasai bersama menu dan masakan hasil dari daging qurban ini.
Sehubungan dengan itu semua kakitangan PPAK adalah dijemput beramai-ramai pada hari tersebut.
PPAK telah diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah, Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid menerima lembu tersebut dari YAB Menteri Besar.
Tuan Pengarah sedang menerima replika lembu daripada YAB Menteri Besar Kedah.
Lembu yang telah diterima oleh PPAK.
YAB Dato' Seri Menteri Besar sedang menyampaikan tazkirah qurban.
Deretan lori yang mengandungi lembu qurban.
Urusetia sedang membuat pengagihan lembu qurban.