Salam, mulai dari 21 April 2011, blog ini akan dikenali sebagai Cit Cat @ PPAK. Paparannya akan berkisar kepada apa yang berlaku di PPAK samada di Pusat, Cawangan dan Desa.... dan apa saja yang ikut suka Pi Wai nak boh........

Mau kalu hampa ada berita nak di syer bersama dalam blog ni, hampa habaq mai la kat Pi Wai ......

Jumaat, 19 November 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Gambar ni diambil sebelum bertunang lagi ni....


Tahniah kepada mempelai kita En. Khairul Azhar b. Mohd Asri, kakitangan Bahagian Sirkulasi Perpustakaan Pusat dan pasangannya Pn. Murshida bt. Zainol, bekas kakitangan Bahagian Sirkulasi yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 20 November 2010 di rumah pengantin perempuan di F 300, Kampong Belau, Merbok Kedah.


Manakala rumah pengantin lelaki di 65, Jalan Masjid Kabu 10, Kg. Selengkoh Tengah, Sungai Limau, Yan akan diadakan pada 11 Disember 2010.


Amboi!... amboi !... sempat lagi bercanda cinta sewaktu bertugas dikaunter no!...


Moga kekal ke anak cucu ......


Jumaat, 12 November 2010

PROGRAM QURBAN AIDILADHA 1431H / 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini PPAK sekali lagi mendapat seekor lembu untuk dijadikan qurban sempena Hari Raya AidilAdha. Ini merupakan tahun atau kali ke 2 PPAK menerima lembu qurban daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Syukur, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Jika sebelum ini kakitangan PPAK hanya melopong apabila mendengar dan melibat jabatan-jabatan lain dan tertentu sahaja yang menerima lembu qurban ini, kini kakitangan PPAK boleh mengambil bahagian menyertai ibadah qurban secara bergotong royong memasak dan merasai bersama menu dan masakan hasil dari daging qurban ini.

Pada tahun ini sembelihan akan dilakukan di belakang PPAK Jalan Kolam Air pada hari Sabtu 20.11.2010 manakala daging tersebut akan dimasak pada hari Ahad, 21.11.2010.

Sehubungan dengan itu semua kakitangan PPAK adalah dijemput beramai-ramai pada hari tersebut.

Majlis penyerahan lembu qurban ini telah diadakan pada hari Sabtu, 13.11.2010 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman.

PPAK telah diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah, Dr. Zahidi b. Dato' Zainol Rashid menerima lembu tersebut dari YAB Menteri Besar.

Tuan Pengarah sedang menerima replika lembu daripada YAB Menteri Besar Kedah.

Lembu yang telah diterima oleh PPAK.

YAB Dato' Seri Menteri Besar sedang menyampaikan tazkirah qurban.

Deretan lori yang mengandungi lembu qurban.

Urusetia sedang membuat pengagihan lembu qurban.